Kenaikan Harga Petrol RON 97
Wednesday, November 3, 2010
KUALA LUMPUR:?Kenaikan harga petrol gred RON 97 sebanyak 5 sen kepada
RM2.15 seliter semalam bukan satu isu yang patut dimanipulasi pihak tertentu
kerana harganya sudah diapungkan mengikut pasaran minyak dunia. Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob, berkata penetapan harga itu tidak lagi dilakukan oleh
kerajaan dan ia tidak memerlukan sebarang pengumuman.
"Pembangkang kata kerajaan naikkan harga. Bukan kerajaan naikkan harga
tetapi (kenaikan) berlaku mengikut harga pasaran. Ini berbeza dengan harga
petrol RON 95 dan diesel yang masih diberi subsidi dan dikawal kerajaan,"
katanya kepada pemberita selepas pelancaran inisiatif sistem laluan Identiti
Korporat Malaysia (MyCoID) di sini hari ini. Katanya rakyat juga tidak perlu rasa panik kerana lebih 90 peratus penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON 95 selain menjangkakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini.
Beliau berkata demikian berikutan pembangkang yang didakwa menggunakan isu
kenaikan harga minyak RON 97 sebagai modal kempen pada pilihan raya kecil kerusi
Parlimen Batu Sapi, Sabah dan Dewan Undangan Negeri Galas, Kelantan.
Katanya, kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung, termasuk Gua Musang
dan Batu Sapi juga tidak menyediakan petrol jenis RON 97.
"Kenapa kita nak bimbang kepada perkara yang tidak memberi kesan kepada
kita. Rakyat tak perlu bimbang," katanya.
Beliau berkata kenaikan harga petrol RON 97 itu juga tidak akan menyebabkan
kenaikan harga barang kerana tidak membabitkan kenaikan harga diesel.
Ismail berkata harga petrol RON 97 boleh berubah naik atau turun pada hari
pertama setiap bulan, berdasarkan kiraan purata hari pertama hingga hari ke-28
bulan sebelumnya.
Harga seliter RON 95 ialah RM1.85 manakala diesel RM1.75 seliter.
Katanya, kerajaan tidak meletakkan harga lantai kepada pengusaha stesen
minyak yang meletakkan harga rendah berbanding saingan mereka namun sebarang
harga jualan dirujuk kepada Kementerian Kewangan.
Beliau berkata ia bagi memastikan harga RON 97 tidak dimanipulasi dan dijual
dengan harga tinggi berbanding dengan harga minyak pasaran dunia.
Mengenai MyCOID, beliau berkata lebih banyak agensi kerajaan persekutuan
akan dibabitkan pada fasa ketiga inisiatif itu selain cadangan untuk mengambil
kira pembabitan agensi kerajaan negeri pada masa akan datang.

BERNAMA

.jpg)

0 comments:
Post a Comment