Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Graduan 'ulat buku' Tak Ke Mana

Wednesday, December 8, 2010

PENERUS KESINAMBUNGAN...mahasiswa di menara gading bukan saja
perlu mempunyai kecemerlangan
akademik malah kualiti modal insan.

JIKA dulu menggenggam keputusan cemerlang dalam akademik bermakna masa depan cerah, kini semuanya berubah, malah bukan lagi jaminan mendapat pekerjaan.
Segulung ijazah bukan lagi ciri tarikan utama majikan dan pasaran kerjaya memilih graduan sebaliknya gabungan kemahiran insaniah lebih diutamakan industri.

Ini memberi 'amaran' kepada warga institusi pengajian tinggi (IPT) lebih bersedia mengimbangi tuntutan kecemerlangan akademik dan kepentingan kokurikulum.
Bagaimanapun, ada mahasiswa bersikap skeptikal dan menganggap jaminan kecemerlangan akademik masih menjadi tiket utama meraih pekerjaan.

Persoalannya, mengapa masih ada tidak mahu membuka minda dan menyalahkan semua pihak lain jika menganggur melainkan diri sendiri? Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata tiba masanya mahasiswa menukar minda bahawa kecemerlangan akademik dan penganugerahan ijazah bukan asas kecemerlangan, sebaliknya perlu meningkatkan nilai kemahiran serta modal insan.

Beliau berkata, universiti atau mahasiswa perlu bersiap sedia menghadapi fenomena perubahan kebolehan pasaran yang semakin ditekankan majikan.

"Mahasiswa hari ini bukan saja memerlukan ilmu, tetapi kemahiran bagi memenuhi permintaan kebolehan pasaran yang sudah menjangkau tahap global.


MENARUH HARAPAN...tanpa kemahiran dikehendaki majikan, graduan sukar menyerlah.


"Justeru, tiba masanya universiti menjadi institusi bukan saja berpengaruh kepada masyarakat, malah mampu menukar minda warganya mengeluarkan graduan yang memenuhi permintaan negara.




"Gandingan universiti dan akademik perlu diseimbangkan dan bukan semata-mata melahirkan graduan ulat buku, tetapi tidak tahu hidup bermasyarakat atau kurang nilai di pasaran ekonomi," katanya.

Beliau berkata, sama ada institusi awam atau swasta perlu berganding dan bekerjasama bagi menjayakan matlamat pembangunan negara. "Gabungan ini merangkumi ilmu, kemahiran dan modal insan. Semuanya perlu dikuasai supaya mampu menjadi pelaburan pendidikan dan negara.


"Konteks pembelajaran hari ini juga bukan lagi statik sebaliknya merangkumi semua aspek seperti elektronik pembelajaran, pengajaran dan kemahiran modal insan," katanya.


Menjelang 2012, sektor pendidikan tinggi negara bakal memasuki fasa kedua Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara yang menggariskan tujuh teras utama merangkumi empat fasa iaitu Peletakan Asas (2007-2010), Peningkatan dan Pemerkasaan (2011- 2015), Kecemerlangan (2016) dan Kegemilangan dan Kelestarian ( melangkaui 2020).


Pelan Tindakan ini memberi tumpuan pada pembangunan modal insan dalam usaha melahirkan rakyat kreatif dan inovatif, beretika dan bermoral tinggi, mudah diubah suai dan berfikiran kritis.


Tiga kelemahan nyata mahasiswa di institusi pengajian tinggi ialah kemahiran komunikasi yang lemah, sikap tidak pandai membawa diri di kalangan masyarakat serta pemikiran kurang kritikal.


Katanya, kelemahan ini perlu diatasi segera bagi memastikan graduan yang dikeluarkan mempunyai nilai idea baru, tidak terkongkong dan luhur dalam pencarian ilmu serta dapat membantu masyarakat dalam penjanaan negara pada masa depan.


"Mahasiswa adalah aset terpenting universiti dan negara selain menjadi penentu kejayaan. Kepentingan itu tidak semestinya sekadar memenuhi tuntutan kerjaya semata-mata namun turut menyumbang kekuatan modal insan atau bakat.


"Ia bertujuan melestarikan pembangunan negara pada masa depan yang tidak boleh hanya bergantung ada hasil bumi semata-mata, tapi kekuatan masyarakatnya.


"Kelemahan sedia ada perlu dicari penyelesaiannya supaya mereka menjadi generasi baru lebih mantap, berkualiti, berdaya saing serta jati diri kukuh," katanya.



Sumber : MyMetro

Read more...

Praktik Lima Asas HIJRAH

Monday, December 6, 2010


Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON


BULAN Muharam merupakan detik permulaan kalendar baru dalam Islam. Justeru, ketibaan tarikh 1 Muharam setiap tahun semestinya menjadi titik tolak kepada permulaan yang baru dalam kehidupan seorang Muslim. Ia juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai pencapaian peribadi selama setahun yang lalu dalam konteks melaksanakan perintah Allah SWT. Oleh itu, beberapa asas hijrah wajar dipraktikkan bagi memenuhi tuntutan hijrah masa kini yang jauh berbeza dengan hijrah era Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya.

Hijrah sikap dan perbuatan

Segelintir umat Islam masih terbelenggu dengan pelbagai sikap buruk seperti hasad dengki, dendam kesumat dan sikap suka menyalahkan orang lain. Sikap buruk sebegini jika tidak diubati dikhuatiri akan merosakkan individu dan masyarakat Islam keseluruhannya. Ia umpama api dalam sekam yang boleh membakar pada bila-bila masa. Malah jika diteliti sikap buruk seperti ini akan menyebabkan umat Islam semakin ketinggalan dalam arus globalisasi yang membadai dunia dewasa ini. Golongan seperti ini juga jauh daripada rahmat dan perlindungan Allah SWT yang sangat diperlukan bagi mengharung liku-liku hidup di dunia yang beraneka ragam.

Terdapat juga umat Islam yang boleh diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Perbuatan buruk mereka jauh menyimpang daripada ajaran syariat yang sebenar. Perilaku dosa seperti minum arak, berkhalwat dan berzina, merompak, mencuri dan membunuh termasuk bayi dalam kandungan sendiri seakan menjadi amalan biasa segelintir individu Muslim. Kesemua sikap buruk dan jenayah itu memerlukan kesungguhan dan azam yang tinggi untuk berubah dan kembali ke jalan yang diredai Ilahi.

Hijrah amal dan ketaatan

Bagi membendung perilaku buruk yang tidak bertepi, umat Islam diseru kembali ke pangkal jalan dengan memperbanyak amalan yang mampu mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Bagi yang tidak solat mahupun jarang-jarang melakukannya, dinasihat supaya mula berjinak-jinak dan mendampingkan diri kepada-Nya. Umat Islam juga sewajarnya menilai segala perlakuan ibadah setahun yang lalu sambil berazam untuk mempertingkatkan amalan agar lebih sempurna dan berkualiti.

Ketibaan 1 Muharam juga boleh dijadikan landasan untuk menggembleng usaha dan tenaga berbakti kepada Ilahi. Permulaan yang baik seperti membaca doa akhir dan awal tahun secara beramai-ramai sama ada di rumah bersama seisi keluarga, mahupun di masjid dan surau-surau mampu memberi impak yang baik kepada amalan sepanjang tahun. Seterusnya, ia diikuti pula dengan amalan-amalan yang wajib dilakukan oleh setiap individu Muslim seperti berbakti kepada Allah SWT dengan berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan fardu haji, selain amalan berbentuk jama'iy dan kemasyarakatan seperti berbuat baik kepada jiran, menolong dan membantu sesama manusia terutama golongan miskin dan kurang upaya. Dwi amalan yang diperintahkan ini akan mempertaut hubungan manusia dengan Allah SWT dan dalam masa yang sama mempererat hubungan sesama manusia.

Hijrah ilmu dan pencapaian

Secara umumnya, umat Islam agak ketinggalan dalam aspek ilmu dan kemajuan teknologi jika dibandingkan dengan masyarakat lain. Malah, terdapat negara-negara tertentu yang boleh dicontohi seperti China dan Korea yang begitu drastik bangkit sebagai kuasa baru dunia dalam pelbagai aspek termasuk kemajuan daripada sudut sains dan teknologi.

Sehubungan itu, pelbagai lapisan masyarakat Islam hendaklah menghayati tuntutan mencari ilmu dalam apa saja kegiatan seharian. Ini kerana ilmu boleh diperoleh di mana sahaja sama ada melalui kaedah pendidikan formal seperti di sekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, mahupun ilmu sepanjang hayat yang ada di persekitaran hidup manusia. Malah, pengalaman manis dan pahit yang pernah dilalui oleh seseorang juga merupakan ilmu yang sangat berguna jika dapat dimanfaatkan dengan sempurna.
Hijrah dalam konteks ini juga dilihat mampu mengembalikan semula kegemilangan tamadun Islam terdahulu sehingga umat Islam hari ini disegani dan dihormati di mata dunia. Ia sekali gus berupaya menolak pelbagai fitnah dan tohmahan seperti agama ekstrem dan menaja keganasan yang biasa ditujukan kepada umat Islam sedunia.

Hijrah ekonomi dan pemilikan

Umat Islam di Malaysia secara khususnya dan di beberapa negara Islam amnya agak jauh ke belakang daripada aspek ekonomi dan pemilikan harta. Ini berlaku kerana sikap sebahagian umat Islam yang berhati-hati dan berwaspada daripada menjadi hamba duit dan harta sehingga menghalang usaha mendekatkan diri kepada Ilahi. Ia boleh juga terjadi kerana kekeliruan dalam memahami falsafah pemilikan harta yang telah digarap sempurna dalam syariat Islam. Akibatnya, umat Islam terpinggir daripada arus pemodenan dunia yang sangat diperlukan dalam konteks membina semula ketamadunan manusia.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan salah faham segelintir umat Islam yang menolak dunia dan melalui kehidupan zuhud tanpa bersandarkan kepada realiti kehidupan masa kini yang berbeza daripada zaman awal Islam terdahulu.

Justeru, penglibatan umat Islam dalam bidang ekonomi dan pemilikan harta juga penting untuk direalisasikan dalam dunia kini. Walau bagaimanapun, ia wajib mematuhi garis panduan memperoleh, memanfaat dan mengagihkan harta menurut perspektif Islam. Penglibatan umat Islam dalam kegiatan ekonomi yang berteraskan riba' demi mencari keuntungan berlipat kali ganda adalah diharamkan. Selanjutnya, amalan buruk penipuan, berbuat zalim dan mengambil hak orang lain tanpa hak adalah tidak sesuai dengan amalan ekonomi Islam. Di samping itu juga, konglomerat Islam perlu memahami ada hak zakat yang diwajibkan dan sedekah sunat daripada harta yang perlu dilunaskan. Ini bagi mengelak kerosakan yang lebih besar kesan daripada kegiatan ekonomi yang tidak berteraskan kehendak Islam sebenar.

Hijrah kepada Islam yang syumul

Akhirnya, para Muslimin diseru menghayati ketibaan 1 Hijrah bukan dalam pengertian sambutan tahun baru yang difahami oleh golongan yang tidak mengerti agama yang syumul. Sambutan tahun baru juga bukanlah perayaan yang hanya diraikan di merata tempat. Lebih daripada itu, tuntutan melestarikan falsafah hijrah Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya yang sanggup bergadai nyawa dan harta demi kepentingan Islam wajib dicontohi.

Untuk tujuan itu, umat Islam hendaklah kembali melaksanakan Islam dalam segala gerak-geri kehidupan. Maknanya, seluruh kehidupan Muslim mesti berteraskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan hukum dalam menanggapi pelbagai persoalan hidup yang kompleks dan penuh cabaran dewasa ini. Syariat yang syumul sememangnya bersesuaian untuk direalisasikan dalam konteks kehidupan bernegara, bermasyarakat dan yang pasti untuk keperluan setiap individu. Persoalannya, adakah umat Islam masa kini berbangga menjadi individu Muslim lalu sanggup melaksanakan segala peraturan agama dalam segala lapangan kehidupan.

PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Read more...

Membetulkan Kefahaman - Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.. Haramkah membacanya??




Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre

Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid’ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid’ah dholalah (atau kata mereka bid’ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid’ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid’ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid’ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid’ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid’ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid’ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid’ah (baca bid’ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. 



Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid’ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara’. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma’ dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid’ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid’ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara’. Bid’ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A’lam

Wasallallahu ‘Ala Saiyidina Muhammad Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin

Sumber :

1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html

2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Biodata Penulis :

Pengkhususan : Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan seterusnya meyambung Sarjana Syariah juga di Mesir (Feqh Perbandingan Mazhab) (kajian bertajuk: Hukum hakam Masjid : Kajian Perbandingan Mazhab dan Permasalahan Kontemporari).Mantan Ketua Moderator Agama Laman Iluvislam.Com. Kini bertugas sebagai pegawai di Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Read more...

Bagaimana Ciri Pemimpin Sekolah yang dikehendaki ?

Saturday, November 27, 2010

Kita barangkali telah mengetahui banyak maklumat daripada berbagai sumber berkaitan ciri,sifat dan stail pengurus sekolah yang baik atau sebaliknya.


Pengalaman,pemerhatian dan dapatan kajian menjadi sumber rujuk untuk mengkelasifikasi spesis pemimpin terutama pemimpin sekolah (Guru Besar atau Guru Penolong Kanan). 


Istilah "ibu berintik" merujuk kepada pengurus sekolah perempuan garang dan suka mengawal. Sementara 'ayam wakang" merujuk kepada pengurus sekolah lelaki yang suka kontrol,menunjukkan gaya penguasaan tetapi "isi" atau ilmu pengurusan yang tidak seberapa.


Dalam entri kali ini,saya ingin berkongsi pengalaman benar yang kami perolehi semasa temuduga iGPK32 yang baru lalu tentang persepsi para guru yang ditemuduga tentang ciri-ciri Pengurus Sekolah yang hebat,yang berkesan dan yang dikehendaki oleh para pengikut di sekolah (guru,murid dan juga ibubapa).Antaranya saya dapat rumuskan seperti berikut:
  1. Pengurus Sekolah mesti memiliki ilmu yang mencukupi - ada sesetengah mereka mendakwa daripada pengalaman terdapat pengurus sekolah yang tidak tahu banyak perkara.Apabila guru merujuk masalah kepada mereka,mereka meminta guru sendiri mencari jalan penyelesaian. Apabila tersilap atau tidak memenuhi keinginan mereka,gurulah yang akan menjadi mangsa. Impaknya mereka tidak disukai dan akan dijauhi.
  2. Pengurus Sekolah mesti berlaku adil - setiap orang adalah penting.Every body is some body. Oleh itu dakwa mereka semua guru harus dilayan sama adil dalam apa keadaan sekalipun tanpa perlu ada klik atau "gender bias" atau "geng bias"
  3. Pengurus Sekolah mesti menjadi perancang yang bijak - "If you fail to plan,that mean you plan to fail".Mejoriti bakal-bakal GPK yang ditemuduga tidak suka pengurus sekolah tidak merancang dengan baik dan tiada hala tuju. Mereka tidak "berahi" buat kerja "ad-hoc" kerana kerja begini menjadi "rohak". Mesyuarat atau taklimat "tukor-bimba". Kadang nama mesyuarat tetapi pelaksanaan menjadi taklimat yang lama,membosankan dan tidak fokus.
  4. Pengurus Sekolah Cekap Membuat Keputusan - banyak keputusan segera dan tepat perlu dibuat setiap hari,setiap masa. Namun ada pengurus sekolah yang sangat lemah membuat keputusan sehingga memberi tekanan dan beban kepada guru untuk melaksanakannya.
  5. Pengurus Sekolah mesti mempunyai komunikasi yang baik dan berkesan - ramai sangat bersetuju dengan perkara ini kerana dakwa mereka komunikasi yang baik dan berkesan akan meningkat motibvasi,rasa hormat serta keseronokan bekerja.Mereka tidak suka pengurus sekolah yang hanya tahu mengarah,berleter atau marah yang tidak padan dengan kesalahan atau tempat.
  6. Pengurusan Sekolah mesti menunjukkan tauladan - mereka amat menghormati pengurus yang cakap serupa bikin. Kalau pengurus mahu tepat masa,mereka perlu menunjukkan contoh.Begitu juga dalam perkara-perkara lain. 
Bila mengingatkan ciri-ciri di atas saya amat teringat jenis pemimpin yang dikategorikan oleh Prof. Syed Naquib Al-Atas yang membahagikan pemimpin kepada tiga jenis;
  • Pemimpin Rujukan - Pemimpin dan Kepimpinannya sentiasa dirujuk,dicontohi,diikuti biarpun dia telah tiada lagi kerana nilai,ilmu dan stailnya yang hebat dan penuh kebijaksanaan
  • Pemimpin Siaran - pemimpin yang hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu berbuat.Jahil dan tidak berilmu.
  • Pemimpin Sialan - pemimpin yang diberi amanah tetapi mengkhianati. Membawa kehancuran kepada organisasi,huru-hura dan porak-peranda.
Kita amat berharap melalui dapatan ini,sewajarnya kita bergerak ke arah yang lebih baik sesuai dengan prinsip kecemerlangan dalam Islam. kerana "Sesungguhnya orang yang cemerlang itu ,apa yang dikerjakan dan apa yang dicapai pada hari ini mesti lebih baik dari semalam dan esok mesti lebih baik dari hari ini". Sementara kepada bakal GPK ingatlah catatan ini akan menjadi "aviden" kepada guru,murid dan ibubapa untuk menilai anda nanti.


Sumber :http://unitrendahspsjpnt.blogspot.com

Read more...

Jadikan Sambutan Aidilfitri Tahun Ini Tanpa Maksiat

Tuesday, September 7, 2010

Oleh Dr Nurul Yaqeen Mohd Esa

TENANGKAH perasaan ketika menjalani kehidupan pada Ramadan. Adakah kita masih ada perasaan resah, gelisah, khuatir dan risau? Jika ya, maka itu juga tanda gagal Ramadan.

Pesan Rasulullah: “Sesungguhnya telah datang Ramadan yang penuh barkah. Allah telah memfardukan atas kamu berpuasa dalamnya. Dibuka semua pintu syurga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syaitan. Dalamnya ada suatu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Nasa’i, Baihaqi daripada Abu Hurairah)

Apabila seseorang meraih barkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram dan perasaannya tenang dalam menghadapi apa juga keadaan.



Keazaman meningkatkan syiar Islam. 
Salah satu ciri utama alumni Ramadan yang berjaya ialah semakin tinggi ketakwaannya. Tanda ketakwaan yang meningkat ialah semakin kuat semangat dan keazamannya meninggikan syiar Islam.

Pelbagai kegiatan amar makruf nahi mungkar dilakukannya kerana ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelazatan iman seperti yang alaminya. Jika semangat ini tidak ada, gagallah Ramadan kita. Atau kita berasa malas membela dan menegakkan kebenaran. Walhal sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentera kafir berlangsung pada Ramadan.



Kemenangan Badar dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) berlaku pada Ramadan. Di tengah gelombang kebatilan dan kemungkaran yang semakin berani menunjuk taring, kita sebagai alumni akademi Ramadan seharusnya semakin gigih dan berstrategi dalam membela dan menegakkan kebenaran.

Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru cemerlang, maka kemungkinan besar kita sudah kecundang. 


Motivasi untuk berjemaah. 
 Ramadan seharusnya menguatkan motivasi untuk kita semakin rajin berjemaah di masjid. Semakin rajinkah kita?

Mencintai fakir miskin dan mereka tertindas. 
 Adakah kita menghayati maksud Syahru Rahmah, bulan kasih sayang atau Ramadan. Ini kerana pada bulan ini, Allah melimpahi hamba-Nya dengan kasih sayang yang berlebihan. Siyam Ramadan menanam benih kasih sayang terhadap orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Fakir miskin, anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan.

Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah selepas bulan suci ini, bererti kita wajib bersegera memeriksa semula diri. 

Menghidupkan hari terakhir Ramadan. 

  • Adakah kita benar benar memahami makna ‘hari-hari terakhir Ramadan’? Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan membanyakkan istighfar dan memberikan sedekah. Ini kerana istighfar dan sedekah dapat menampal amalan puasa kita yang berlubang atau pecah. Menapak hari-hari berlalunya Ramadan, semestinya kita semakin kerap melakukan muhasabah diri.

    “Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr, ayat 18)

    Marilah kita bandingkan ‘kemeriahan’ anak kita dengan kesayuan anak di Iraq, Chechnya dan Palestin yang dikejutkan dengan bunyi dentuman roket, bom dan rempuhan kereta kebal. Anak-anak dan ibu dikejut dengan rempuhan pintu askar penceroboh pada waktu sahur, tangan mereka diikat, hanya atas nama memerangi keganasan dan mengembalikan keamanan. Apakah yang membezakan kita dengan mereka?

    Kita turut tumpang seronok melihat anak bermain mercun dan bunga api hingga berbelanja puluhan, malah ratusan ringgit? Sedangkan Rasulullah menyeru umatnya merebut 10 malam terakhir Ramadan dengan banyak beribadat.

    Semakin akhir Ramadan seharusnya kita semakin bersedih kerana sebenarnya tidak layak untuk syurga, tetapi kita tidak sanggup melihat api neraka. Rasulullah menyuruh umatnya melipatgandakan amalan menjelang akhir Ramadan.

    Rebutlah peluang beristighfar dan memohon kelepasan daripada api neraka pada Ramadan ini. 

  • Kita lebih sibuk dengan sambutan raya. 

  • Adakah kita seperti orang lain? Semakin disibukkan oleh urusan lahiriah persediaan menyambut kedatangan Aidilfitri? Hingga lupa bahawa 10 malam terakhir adalah saat genting yang menentukan nilai akhir kita pada mata Allah pada bulan mulia ini. Adakah kita menjadi pemenang sejati atau kecundang yang kecewa? 

  • Kefahaman makna Aidilfitri. 

  • Adakah kita menganggap Aidilfitri adalah ‘kebebasan’. Secara harfiah makna Aidilfitri ialah hari kembali ke fitrah. Kebanyakan orang memandang Aidilfitri laksana hari pembebasan daripada ‘penjara’ Ramadan.

    Jadikanlah Aidilfitri kali ini hari raya tanpa maksiat. Sambutlah kedatangan 1 Syawal dengan takbir dan tahmid sebanyak-banyaknya. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita orang bertakwa agar termasuk dalam golongan insan berjaya di sisi Allah. - wanitajim0@yahoo.com

  • Read more...

    Berhari Raya Perlu Ikut Adab

    Monday, September 6, 2010


    Oleh Wan Marzuki Wan Ramli

    SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu.

    Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

    Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

    Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

    Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

    Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

    Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

    Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

    Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

    Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.

    Perlu diingat Islam tidak pernah mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih terlalu banyak.

    Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: “Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki itu berkata: “Kerana saya tidak ada baju baru.”

    Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

    Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

    Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

    Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya. Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut, tangkai jering dan bakhil.

    Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang ditetapkan syariat.

    Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.


    Read more...

    Renungan Hari Jumaat :Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia

    Thursday, August 26, 2010

    RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)

    Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta’arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.

    Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

    Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

    Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

    Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

    Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.

    Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Allah SWT berfirman maksudnya: “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)

    Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

    Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

    Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

    “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

    Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.

    Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.

    Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)

    Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

    Sumber: http://muslimpagekamalzharif.blogs.friendster.com

    Read more...

    Renungan Hari Jumaat :Saudagar Ramadan

    Thursday, August 19, 2010


    “ Dah nak berbuka nie, lekas basuh tangan. Kalau adik basuh sebelah tangan, ibu bagi sepotong pizza, kalau basuh dua-dua belah ibu bagi 2 potong pizza…”

    “ Kalau macam tue, saya nak mandilah…” adik menjawab sambil merenung kotak dihadapannya.

    Si kakak cuma memandang sambil tersenyum. Sudah lebih 9 hari umat Islam berpuasa.

    Satu minggu yang lalu…
    “ Yea…puasa Rabu.” Kedengaran suara adik dari ruang tamu… dadaku bergetar. Pinggan yang kupegang hampir terlepas. Hatiku melonjak-lonjak kegembiraan. Ah…tetamu itu datang lagi….kuseka air mata yang menitis.

    “ Ya Allah, kau beri lagi aku peluang??”. Hati cuma mampu berdetik. Kususun kuih ibu ke dalam pinggan. Aku tersenyum puas kerana rumah ini akan kembali ceria. Jauh di sudut hati, kusuntik sebuah azam….Ramadhan kali ini takkan kusia-siakan walau sedetik…

    Renungan cuma….gembiranya si adik menyambut Ramadhan…kenapa yer??? Jawapannya mungkin mudah, kerana masih mentah mengerti nilai puasa. Puasanya umpama puasa seorang saudagar. Habuannya adalah aneka juadah atau Ringgit Malaysia sebagai upah.

    Si kakak, kesayuan meniti Ramadhan kerana faham kehendak Tuhan. Puasa punya banyak kelebihan, agar lebih kebal menghadapi syaitan.

    Dan yang paling dimengerti, kerana puasa begitu berbeza. Menahan nafsu dalaman, aktiviti hati yang tidak kelihatan…tidak sama dengan solat ataupun zakat..hanya Tuhan yang mampu menilainya.

    Yang pastinya…syaitan telah dikuarantin. Tetapi..kenapa yer?? Mengapa hati tetap berat untuk bersedekah..dahi masih lambat mencecah sejadah? Mengapa yer…mungkin juga kerana kita telahpun mewarisi peribadinya.

    Jika benar begitu…mungkin syaitan boleh ambil MC..kerana manusia zaman sekarang dah mampu untuk berdikari, berbuat onar dan maksiat tanpa perlu bisikan syaitan..

    Sesungguhnya.. si iblis layak untuk di beri sekeping ijazah. Berjaya si iblis menanamkan benihnya di hati anak adam….kasihan anak adam..!!

    Tapi seandainya peluang sebulan yang Allah beri..berbekas pada diri walau sekelumit cuma…maka syaitan akan meraung dan menangis tika takbir raya bergema..kerana sia-sia usaha melatih pewarisnya selama bertahun-tahun dulu. Bukankah begitu indah?

    Masih ku ingat pesan tok guru…bila ditanya bagaimana nak merebut cinta Allah sedangkan diri sendiri masih cetek ilmu di dada. Tok cuma beri lima pesanan…mulakanlah setiap perbuatan dengan bismillah, latih menundukkan pandangan dari perkara haram. Jangan manjakan diri dgn berbuka yang mewah-mewah..kecuali menyambut tetamu. Jika tidak, nafsu akan melonjak semula selepas Ramadhan. Pendekkan juga angan-angan mu…dan banyakkan lah amalan sunat.

    “ Biar ibadahmu sedikit, asalkan terasa kemanisannya…” ku cuma mampu tersenyum merenung kembali kata-kata tok guru…kerana kadang-kadang diri sendiri masih belum mampu untuk melakukan yang sedikit. Puasaku masih lagi puasa saudagar….walau tiada habuan lumayan namun diri masih tak mampu nak merasa kemanisannya……

    Read more...

    Renungan Hari Jumaat : Mengapa Allah Suruh Kita Puasa?

    Thursday, August 12, 2010

    Merujuk kepada Al-Quran, tujuan berpuasa adalah untuk bertaqwa. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183, ertinya; " Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagai-mana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa"

    Berpuasa rupa-rupanya boleh mengakibatkan seseorang hamba Allah bertaqwa kepada Tuhannya yakni bila mana Ramadhan dilalui dengan tepat dan penuh penghayatan. Kalau bukan caranya, berpuasa di bulan Ramadhan hanya menghasilkan lapar, dahaga dan keletihan sahaja, sia-sia. Dalam setahun kita telah melalui berbagai-bagai cabaran hidup yang boleh merosakkan ketaqwaan kita kepada ALLAH.

    Bila manusia tidak bertaqwa, mereka akan hilang wibawa dan kemanusiaan. Manusia menzalim, menindas, menipu, mementingkan diri,
    jatuh menjatuhkan , hasad dengki, pemarah, takabur, bakhil, berdendam dan lain-lain. Masyarakat manusia tidak lagi berkasih sayang, bekerjasama, bertolak ansur dan bertolong bantu. Sebaliknya akan berebut-rebut, berkrisis, bertelagah dan berperang. Peperangan antara suami isteri, anak dengan ibu bapa, murid dengan guru, buruh dan majikan, rakyat dengan pemimpin dan lain-lain. Manusia hilang kemanusiaan. Masyarakat manusia tidak berwatak manusia lagi! Bertukar kepada watak syaitan dan haiwan.

    Allah SWT yang Maha Adil lagi Bijaksana, yang menjadikan manusia , tahu di mana kekuatan dan kelemahannya, tahu bagaimana menguatkan yang lemah, menyuburkan yang kuat, tahu punca kekuatan dan kelemahan, telah memilih sebulan Ramadhan untuk jadi ubat kepada setahun penyakit. Berpuasa dan ibadah-ibadah tambahan Ramadhan itu mampu menyelesaikan masalah-masalah selama setahun. Umpama kereta yang letih dan lemah setelah setahun digunakan, overhaul sebulan cukup untuk sihat semula.

    Ya, Ramadhan datang untuk overhaul manusia supaya dapatkan kemanusiaan semula. Rugilah orang-orang yang gagal menjadikan ibadah-ibadah Ramadhan untuk membaik pulih kemanusiaan mereka. Macam ruginya orang yang diberi kereta tapi tidak pandai mengguna atau tersalah guna.

    Bagaimana Ramadhan Overhaul Hati Manusia?


    Terdapat pakej ibadah yang cukup hebat dan berkesan, kuat menguat satu sama lain, supaya manusia dibaik pulihkan sepanjang Ramadhan .Allahlah yang punya pakej ini Maha pakar dalam merawat jiwa, fikiran dan fizikal manusia supaya kembali suci sesuci fitrah semulajadinya.

    Pakej itu ialah ibadah puasa, terawih, baca Quran, zikir, tasbih, paling asas adalah mujahadah untuk melawan nafsu. Seseorang yang sanggup melakukan keseluruhan pakej ibadah ini dengan serius dan penghayatan, sungguh akan memperolehi satu kekuatan roh, mental dan fizikal untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi. Membawa bersamanya segala sifat-sifat baik seorang manusia seperti merendah diri, pemurah, berkasih-sayang terutama dengan orang miskin dan susah, tawakkal, sabar, tenang, adil, berbaik sangka, sanggup meminta maaf dan memberi maaf, bertolak ansur, jujur, mementingkan orang lain dan lain-lain. Kalau ada manusia begini, di muka bumi ini dan tentunya ada, ketahuilah bahawa pada merekalah Allah
    akan pusakakan bumi ini untuk ditadbir.

    Sebab Allah berjanji untuk menutup bumi ini dengan keadilan oleh orang-orang yang mereka itu cintakan Allah dan Allah juga cintakan mereka.

    Bagaimana Ibadah Memproses Ketaqwaan Manusia

    Allah jadikan manusia makhluk yang wajib berusaha dan berikhtiar untuk berjaya dalam apa juga bidang. Kejayaan tidak jadi sendiri kepada manusia. Manusia perlu bertarung, berjuang untuk kejayaan besar mereka. Nelayan mengharungi gelombang laut, petani melawan panas terik, ibu bertarung dengan kesusahan melahirkan anak, bapa tercabar dalam melakukan tanggung jawab pada keluarga, guru berhadapan dengan ragam murid, pemimpin paling teruk berhadapan dengan 1001 jenis kesusahan dalam kepimpinan.

    Untuk mengalahkan nafsu dan syaitan, Allah mewajibkan peperangan yang paling besar dan dahsyat yang tak dapat dilihat oleh mata kerana ia bersifat rohani dan maknawi. Hanya orang yang mampu melepasi halangan-halangan nafsu sahaja yang layak mendapatkan taqwa. Ketaqwaan adalah sijil atau ukuran paling mulia untuk seseorang manusia menjadi sesempurna manusia . Tanpa taqwa, PhD, harta, pangkat tidak menjamin manusia dapat dikembalikan kepada kemuliaan yakni kemanusiaannya. Orang kaya, berpangkat dan berijazah tapi yang bertuhankan hawa nafsu akan jadi sejahat-jahat manusia sedangkan dengan taqwa, orang miskin pun jadi mulia apa lagi kalau orang kaya yang bertaqwa!

    Sebab itulah saya katakan ibadah paling asas dalam pakej Ramadhan ialah mujahadah terhadap nafsu. Yakni usaha-usaha memaksa diri sendiri untuk melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Mujahadah ialah sanggup menyiksa diri sendiri dalam usaha untuk menunaikan perintah-perintah Allah kerana kebaikan yang diperintahkan bertentangan dengan kehendak nafsu liar dalam diri. Contoh, untuk berkasih sayang seperti yang Allah Taala perintahkan, seseorang sanggup menelan marahnya pada seseorang dengan penuh sabar. Tahan marah dan sabar itu sungguh menyiksakan . Orang-orang yang tahu selok beloknya sahaja yang boleh melakukan dengan pertolongan Allah.

    Mujahadah memang menjemukan, nafsu benci dan meletihkan . Siapa sanggup tersiksa atas cita-citanya? Hanyalah orang yang berjiwa besar. Sebab letih fizikal boleh rehat, tapi perang dengan nafsu tak boleh rehat-rehat. Kalau rehat nafsu lagi manja dan mengada-ngada. Perang yang tak rehat-rehat inilah dikatakan perang paling berat dan dahsyat.

    Terdapat tiga pemangkin yang Allah sediakan untuk mendorong mujahadah ini di bulan Ramadhan iaitu:

    1. Puasa yang dihayati
    2. Sembahyang yang khusyuk
    3. Baca Quran yang dijiwai

    Puasa yang dihayati akan menjadi pendorong/pemangkin mujahadah melawan hawa nafsu kerana puasa itu akan menimbulkan keinsafan, kesedaran, rasa timbang rasa, rasa lemah dan rasa hamba seorang hamba Allah. Orang yang berpuasa dapat menangisi golongan susah dan miskin. Orang miskin terus lapar tanpa tahu pasti bila waktu berbuka. Buruh-buruh terus letih sampai bila-bila tanpa tahu bila sebenarnya mereka boleh rehat dan holiday. Bilamana rasa-rasa itu menguasai diri seseorang pasti akan membunuh nafsu-nafsu yang suka kepada kejahatan dan melanggar perintah Tuhan seperti rasa tamak dan sombong orang kaya terhadap orang miskin.

    Sembahyang yang khusyuk adalah rahsia kemenangan. Kemenangan seseorang terhadap musuh utama dalam hidupnya iaitu nafsu dan syaitan. Sembahyang itu adalah sebesar-besar atau seagung-agung projek yang menjamin kekayaan manusia paling utama. Yakni sembahyang dapat membina dan menebalkan rasa-rasa yang amat diperlukan oleh seseorang hamba yakni rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Rasa yang mampu menghalau dan memusnahkan nafsu yang jahat yang menjadikan manusia paling berguna pada manusia yang lain. Kalau bukan sembahyang, apakah langkah lain untuk manusia memperolehi modal-modal hidup rohaniah yang amat diperlukan itu?

    Baca Quran yang dijiwai sesungguhnya akan menemukan khabar gembira, ada amaran, suri teladan, kesedaran dan keinsafan . Pemikiran yang agung, global dan praktikal hanya dan hanya oleh Al Quran. Membacanya di bulan Ramadhan, ertinya membangunkan suatu pemangkin yang cukup kuat untuk mengalahkan nafsu dan pengaruh syaitan dalam diri manusia. Bila nafsu kehaiwanan dapat dikalahkan, manusia akan mendapatkan kemanusiaannya semula. Masyarakat kita akan berwibawa semula! Ibadah tambahan lainnya akan jadi ringan untuk dilaksanakan dan akan membuahkan akhlak yang luar biasa. Allah SWT memerintahkan puasa Ramadhan adalah semata-mata untuk bertaqwa kepadaNya. Yakni dengan melakukan overhaul dan baik pulih kepada jiwa, fikiran dan fizikal.

    Read more...

    Renungan Jumaat - Lapan Jalan Menuju Syurga

    Thursday, August 5, 2010

    Sesungguhnya masalah penyakit hati merupakan salah satu penyakit yang dideritai oleh manusia sejak dulu kini dan akan datang. Sebab-sebab penyakit hati adalah banyak antaranya;
    Kawasan persekitaran, Kekeluargaan, Cinta dunia mengatasi cinta akhirat dan Kerosakan iman seorang manusia.

    Dalam persoalan ini manusia berada antara hidayah Allah dan godaan syaitan, manusia berada antara dua persimpangan meningkatkan iman dan kerosakan iman samada bersyukur atau kufur.

    Firman Allah s.w.t : al-Insaan :2-3
    2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat.

    3. kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan Yang salah; maka terserahlah kepadaNya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

    Di zaman ini kita melihat keruntuhan dan kemerosotan iman adalah terlalu dasyat, ini boleh menyebabkan manusia menuju ke arah keruntuhan dan kebinasan. Antara punca kemerosotan iman ialah kita melahirkan generasi yang mensia-siakan dan meninggalkan solat.

    Firman Allah s.w.t : Maryam :59
    “kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka”.

    Firman Allah s.w.t :al-Ankabuut:45
    “bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan”.

    Sesungguhnya apa yang ada di sekeliling kita semuanya memesongkan kita dari Allah s.w.t. dan melalaikan kita dengan dunia dan segala nafsu syahwatnya.

    Firman Allah s.w.t : ali-Imran :14
    “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”.

    Sabda nabi s.a.w;
    حُفَّت الجنَّة بالمكاره، وحُفَّت النار بالشهوات"رواه مسلم.
    Maksudnya;
    “Dikelilingi syurga dengan perkara yang kita tidak suka dan dikelilingi neraka dengan nafsu syahwat”. (riwayat Muslim)

    Ertinya jalan ke syurga perlu melalui jalan-jalan yang kita tidak suka, siapa suka beribadah seperti solat,puasa,zakat, haji dan sebagainya. Manakala untuk ke neraka jalannya lebih mudah ikut sahaja hawa nafsu, pasti kita ke sana.

    Contoh mudah di sekeliling kita bagaimana perancangan pihak musuh menghancurkan iman orang-orang Islam. Apabila kita melihat kepada majalah-majalah yang menjadi bahan bacaan remaja kita kini, dipenuhi dengan pelbagai perkara yang boleh merosakkan iman. Dengan penambilan wanita-wanita yang berpakaian yang separuh bogel dan sebagainya dan iklan-iklan yang membawa kepada perbuatatan yang haram. Pembedahan kecantikan, menguruskan badan untuk kecantikan, botox, mencukur bulu kening atau mengubahnya dan pelbagai lagi. Begitu juga pengaruh alam siber kepada remaja hari ini dengan pelbagai perkara yang boleh meruntuhkan iman dan menyumbang dosa, web pornonya, chatingnya, Friendsternya, myspacenya yang digunakan untuk jalan yang tidak berfaedah sedikit sangat yang menggunakannya untuk perkara yang berfaedah. Di samping hiburan yang melampau yang menyaksikan percampuran bebas lelaki dan perempuan dan pakaian yang menjolok mata. Semua ini boleh menyumbang kepada keruntuhan iman, akhlak, masa dan harta dan tidak memberi peluang kepada iman untuk bernafas.

    Adakah masih ada waktu? Adakah masih ada jihad?adakah masih ada akal?adakah masih ada harta?adakah masih ada agama dan akhlak? Jawapanya ialah ruginya umur dan tempat kembali yang amat menakutkan……neraka.

    Bagaimana cara mengatasi?

    Tak lain tak bukan, kita perlu membina iman untuk mengalahkan nafsu syahwat, dan ini memerlukan kepada kekuatan, keazaman, kesabaran, mujahadah, berterusan dan tidak berputus asa.

    Sesungguhnya puasa,zakat,haji bagi yang mampu, menunaikan solat fardu lima waktu dan amalan-amalan sunat yang lain, amar makruf dan nahi mungkar, membaca al-Quran, mengingati mati, berdakwah kepada Allah, berjihad atau menyumbang kepada jihad, kesemua ini boleh meningkat dan menyuburkan iman.

    Lapan jalan menuju syurga

    1) solat sunat 12 rakaat (sunat rawatib)

    2 rakaat sebelum subuh

    4 rakaat sebelum zohor

    2 rakaat selepas zohor

    2 rakaat selepas maghrib

    2 rakaat selepas isya’

    Faedah 
    Allah membina satu rumah dalam syurga

    Dalil
    Sabda nabi s.a.w;
    من صلَّى في يومٍ ثنتي عشرة سجدة، تطوُّعا، بني له بيتٌ في الجنَّة"رواه مسلم.
    Maksudnya;
    “Sesiapa yang solat sehari semalam 12 rakaat sunat, Allah membina satu rumah baginya dalam syurga”.(riwayat Muslim)

    2) solat 2 rakaat waktu malam

    Faedah
    dimakbulkan doa, diampun dosa dan ditunaikan hajat oleh Allah s.w.t.

    Dalil
    Sabda nabi s.a.w;
    "يتنزَّل ربُّنا تبارك وتعالى كلَّ ليلةٍ إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول: من يدعوني فأستجيب له، من يسألني فأعطيه، من يستغفرني فأغفر له"رواه البخاري.
    Maksudnya;
    “Allah s.w.t turun ke langit dunia setiap malam(turun yang layak bagi Allah atau urusanNya) ketika 2/3 malam sambil berkata; “siapakah yang berdoa kepadaku nescaya aku perkenankan, siapakah yang meminta daripadaku nescaya aku berikan dan siapakah yang minta ampun daripadaku nescaya aku ampun dosanya”. (riwayat Bukhari)

    3) solat Dhuha, 2 rakaat, 4 rakaat atau 8 rakaat.

    Faedah
    Memberi sedekah untuk setiap sendi kita sebagai bersyukur kepada Allah s.w.t

    Dalil

    "يصبح على كلِّ سُلامى من أحدكم صدقة، فكلُّ تسبيحةٍ صدقة، وكلُّ تحميدةٍ صدقة، وكلُّ تهليلةٍ صدقة، وكلُّ تكبيرةٍ صدقة، وأمرٌ بالمعروف صدقة، ونهيٌ عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك، ركعتان يركعهما من الضحى"رواه مسلم، وروى البخاريُّ جزءاً منه
    Maksudnya;
    “Setiap sendi kamu perlu membayar sedekah, maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah dan solat 2 rakaat Dhuha adalah sedekah”. (riwayat Muslim dan sebahagiannya Bukhari)

    4) Membaca surah al-Mulk (Tabarakallazi)

    Faedah
    Selamat daripada azab kubur

    Dalil

    "إنَّ سورةً من القرآن ثلاثون آية، شفعت لرجلٍ حتى غُفِر له، وهي "تبارك الذي بيده الملك"" رواه الترمذيُّ وأحمد، وقال الترمذيّ: هذا حديثٌ حسن.
    Maksudnya;
    “ Sesungguhnya satu surah daripada al-Quran yang mempunyai 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada manusia sehingga Allah mengampunkannya, iaitulah surah “Tabarakallazi Biyadihil mulk”. (riwayat at-Tirmizi dan Ahmad)

    5) zikir 100 kali sehari

    "لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ

    Faedah
    Menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba, ditulis 100 kebajikan, dihapuskan 100 kejahatan dan pendinding daripada syaitan.

    Dalil

    "من قال لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد، وهو على كلِّ شيءٍ قدير، في يومٍ مائة مرَّة، كانت له عدل عشر رقاب، وكتبت له مائة حسنة، ومحيت عنه مائة سيِّئة، وكانت له حرزاً من الشيطان يومه ذلك حتى يمسي، ولم يأت أحدٌ بأفضل ممَّا جاء به، إلا أحدٌ عمل أكثر من ذلك"رواه مسلم.
    Maksudnya;
    “Siapa yang zikir dengan zikir ini 100 kali sehari, baginya pahala menyamai membebaskan 10 orang hamba, ditulis baginya 100 kebaikan, dihapuskan 100 kejahatan dan menjadi pendinding daripada syaitan pada hari tersebut hingga petang, tidak ada amalan yang lebih baik daripada itu kecuali kalau ada sesiapa yang melakukan amalan yang lebih banyak daripada itu”. (riwayat Muslim)

    6) selawat ke atas nabi s.a.w 100 kali

    Faedah
    Selamat daripada sifat bakhil dan dapat balasan selawat dari Allah s.w.t.

    Dalil

    : "فإنَّه من صلَّى عليَّ صلاةً صلَّى الله عليه بها عشرا"رواه مسلم، وقوله: "البخيلُ الذي منْ ذُكِرت عنده فلم يصلِّ عليّ"رواه الترمذيّ، وقال: هذا حديثٌ حسنٌ غريبٌ صحيح.
    Maksudnya;
    “ sesungguhnya sesiapa yang selawat ke atas aku sekali Allah akan membalasnya 10 kali selawat ke atasnya, orang yang bakhil ialah orang yang tidak berselawat ke atasku apabila namaku disebut”. (riwayat at-Tirmizi)

    7) zikir 100 kali

    سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم"

    Faedah
    Ditanam baginya 100 pokok kurma dalam syurga.

    Dalil

    : "من قال سبحان الله العظيم وبحمده غُرِست له نخلةٌ في الجنَّة"رواه الترمذيّ، وقال: حديثٌ حسنٌ غريب.
    Maksudnya
    “ sesiapa yang berzikir dengan zikir ini ditanam baginya satu pokok kurma dalam syurga’. (riwayat at-Tirmizi)

    8) Istighfar 100 kali sehari

    Faedah 
    Dilepaskan kesulitan dan diluaskan rezeki

    Dalil

    : "من لزم الاستغفار جعل الله له من كلِّ ضيقٍ مخرجا، ومن كلِّ همٍّ فرجا، ورَزَقه من حيث لا يحتسب"رواه أبو داود وابن ماجه والحاكم بسندٍ صحيح.
    Maksudnya;
    “Sesiapa yang membiasakan istighfar, Allah akan melepaskan kesulitannya dan kesugulannya serta memberi rezeki kepadanya dari jalan yang dia tidak menduganya’. 
    ( riwayat Abu Daud, Ibnu Majjah dan al-Hakim)

    Mudah-mudahan kita dapat mengamalkannya untuk meningkatkan keimanan kepada Allah, di samping dapat memperolehi faedah dan fadhilat daripada amalan tersebut, yang paling penting kita beramal dengan hati yang tulus ikhlas kepada Allah s.w.t samada mendapat fadhilatnya atau tidak itu terserah kepada Allah s.w.t.

    Mudah-mudahan dapat manfaat
    Hassan Basri Hj Abdullah
    Peringatan bagi yang lalai

    Read more...

    BERITA HARIAN

    mengintai khabar semasa

    Berita Harian : Agama

    Followers

    Powered By Blogger

    TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

    HALWA TELINGA

    Berita Harian : Nasional

      © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP