GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012
Selamat Kembali Ke Sekolah
Sunday, March 20, 2011

Sekolah dah mula balik.
Kembali kepada 'Bussiness' hakiki....mengajar + tugasan yang tak pernah habis, bahkan makin bertambah....
Cuti seminggu je....rasa2 nak lagi.
Apa2 pun...amanah yang berbayar yang diberikan kepada kita, lakukan sehabis baik dan penuh keikhlasan.
Kalau tidak balasan di dunia.....balasan di akhirat menanti kita.
Lupakan soal APC(Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) kerana itu bukan matlamat kita, walau pun kekadang nampak pincang dari segi siapa yang layak menerimanya. Biarlah yang memberinya jawab di Akhirat kalau tidak berlaku adil. Di dunia boleh lah berlakon...di depan Allah nanti tau lah natijahnya.
Selamat berkhidmat kepada nusa, bangsa dan agama wahai cikgu semua. Read more...
Ada Sekolah Ingkar Arahan Cuti Sabtu
Wednesday, March 16, 2011
MERUJUK kepada jawapan mengenai cuti Sabtu serta Ahad oleh Unit Komunikasi dan Korporat, Kementerian Pelajaran dalam ruangan ini bertarikh 17 Ogos tahun lalu. Jelas bahawa minggu pertama dan ketiga tidak dibenarkan kakitangan kerajaan mengadakan program.
Kementerian juga menegaskan bahawa tindakan boleh diambil kepada pihak pengurusan sekolah yang ingkar mematuhi arahan itu.
Walaupun kementerian sudah mengeluarkan surat arahan terbabit kepada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan cuti Sabtu yang diwartakan, masih ada pengetua tidak mematuhi arahan itu.
Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Skudai menggunakan hampir tiga kali Sabtu pada setiap bulan tahun lalu untuk memaksa guru bertugas.
Bagi tahun ini saja aktiviti sekolah dijalankan pada 12, 19 dan 26 Februari, manakala pada 5 Mac aktiviti berjalan daripada 8 pagi sehingga 6.30 petang.
Sabtu minggu pertama dan ketiga dapat dimanfaatkan kerana suami atau isteri sering bertugas pada Sabtu. Mohon dapat disiasat perkara ini.
PG,
Johor Bahru
Sumber : Berita Harian Online Read more...
Syor Anak Lepak di Perpustakaan
Thursday, November 25, 2010
CUTI akhir tahu persekolahan sudah bermula, namun ibu bapa masih tetap bekerja. Dalam situasi ini kebanyakan ibu bapa berhadapan konflik bagaimana mahu mengisi masa terluang anak dengan aktiviti bermanfaat.
Kebanyakan ibu bapa mengambil peluang ini menghantar anak ke bengkel, kem atau seminar motivasi berkaitan kesedaran Islam. Ini adalah tindakan yang bagus tetapi ada juga membiarkan anak menghabiskan masa mengikut kehendak mereka.
Antara cadangan saya ialah membawa anak ke perpustakaan. Ibu bapa yang bekerja boleh menghantar anak ke perpustakaan pada waktu pagi dan mengambil mereka selepas pulang dari pejabat.
Pihak perpustakaan pula hendaklah peka dan kreatif untuk menarik golongan muda ini dengan menyediakan program khusus seperti menganjurkan bengkel penulisan, syarahan, berpantun, bersajak dan banyak lagi.
Adakan juga sesi perjumpaan dengan penulis popular, syarahan umum oleh tokoh terkenal. Usaha ini akan menarik minta golongan muda remaja menjadikan perpustakaan sebagai tempat 'lepak' mereka.
ZAHIRUDDIN ZABIDI,
Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Rancang Aktiviti Bermanfaat Masa Cuti Sekolah
Friday, November 12, 2010
Read more...
Usah Merungut Cuti Tak Cukup
Thursday, November 11, 2010
MERUJUK surat yang disiarkan dalam ruangan ini bertarikh 10 November lalu oleh 'Guru Biasa' bertajuk 'Guru tidak dapat nikmati cuti panjang persekolahan'.
Saya tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan kerana cuti yang di- nikmati semua guru ketika ini adalah lebih panjang dan baik berbanding penjawat awam lain.
Penjawat awam lain yang bekerja lebih teruk daripada guru seperti polis, bomba dan askar bekerja mengikut syif yang ditetapkan dan sekiranya sedang bercuti walaupun cuti mingguan jika berlaku hal kecemasan mereka akan dipanggil bertugas.
GUEST 24,
Kuala Lumpur.
Guru Tidak Dapat Nikmati Cuti Panjang Persekolahan
Tuesday, November 9, 2010
TIDAK lama lagi cuti penggal akhir persekolahan akan bermula. Semua pelajar yang tidak terbabit dengan peperiksaan mula bercuti pada 23 November ini hingga 2 Januari depan.
Pada masa sama, masyarakat sering beranggapan guru adalah penjawat awam yang mendapat paling banyak cuti. Apa tidaknya, jika dilihat cuti sekolah, memang banyak cuti, tetapi adakah cuti itu memberi makna kepada guru?
Saya ingin memaklumkan hak cuti yang diberi kepada guru ‘ditarik balik’ secara tidak langsung kerana semasa cuti kami dipaksa melakukan pelbagai tugasan bukan hakiki kami.
Semua pengawas peperiksaan membabitkan guru sekolah. Walaupun mereka dibayar elaun sebagai pengawas peperiksaan, tetapi jika diberi pilihan tidak semua guru bersedia untuk mengawas peperiksaan.
Hal ini kerana, pada masa inilah mereka ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Pihak kementerian tidak bolehkah mempercepat tarikh peperiksaan itu seperti tahun sebelumnya, iaitu pada minggu terakhir persekolahan.
Ini kerana kebanyakan sekolah sudah menyelesaikan segala urusan peperiksaan dan semua murid juga selesai proses pengajaran dan pembelajaran.
Untuk makluman, peperiksaan yang diadakan pada masa cuti sekolah sudah mengambil cuti guru kerana guru terpaksa mengawasi peperiksaan yang mengambil masa hampir sebulan.
Bagi guru yang menanda kertas peperiksaan pula, mereka akan bermesyuarat bermula 9 Disember ini. Masa yang diberi untuk menanda kertas peperiksaan selalunya tiga minggu.
Mesyuarat pengurusan sekolah bermula pada 27 Disember 2010, pada 28 Disember pula mesyuarat guru kali pertama (2011), manakala pada 29 Disember mesyuarat Panitia dan pada 30 Disember majlis suai kenal Tingkatan Satu. Secara purata cuti sebenar yang dirasai oleh guru ialah seminggu saja.
GURU BIASA,
Selangor. Read more...
Cuti Tambahan Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2010
Saturday, September 25, 2010
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Kesal Tiada Surat Pekeliling Cuti Raya
Friday, September 17, 2010
SAYA kesal tindakan Kementerian Pelajaran kerana tidak mengeluarkan surat pekeliling berkenaan cuti tambahan Aidilfitri. Apabila dipersoal kepada pihak JPN Pulau Pinang, mereka memberi alasan ini untuk tidak mengeluarkan surat pekeliling mahupun makluman kepada semua sekolah di Pulau Pinang. Bagaimanapun pihak JPN Pulau Pinang mengatakan cuti itu boleh dimohon.
Saya difahamkan juga tindakan ini sengaja diambil supaya sekolah tidak dapat mengambil cuti dengan alasan boleh menjejaskan prestasi UPSR sekolah dan negeri. Perkara ini juga disokong oleh Majlis Guru Besar dan guru-guru terpaksa akur akan keputusan ini.
Apa yang menghairankan, kenapa negeri lain boleh mengeluarkan surat pekeliling dan makluman berkaitan cuti tambahan Aidilfitri kepada semua sekolah di negeri masing-masing? Adakah JPN negeri lain tidak memikirkan masa depan murid-murid seperti mana JPN Pulau Pinang memikirkannya?
Harapan saya dan guru agar pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri memandang serius mengenai perkara ini.
GURU KECEWA,
Pulau Pinang. Read more...
Kementerian Pelajaran Diminta Selaras Cuti sekolah Sempena Aidilfitri
Friday, August 20, 2010
SAYA memohon kepada Kementerian Pelajaran agar dapat mengeluarkan tarikh cuti yang selaras bagi sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Setiap anak saya ini, mempunyai tarikh cuti yang berbeza. MRSM mengumumkan tarikh cuti daripada 7 hingga 19 September, sekolah harian biasa 4 hingga 13 September dan di sekolah rendah 4 hingga 12 September.
Saya dan suami menghadapi masalah untuk mengatur cuti dan juga jadual pulang ke kampung kerana permasalahan ini. Saya berasal dari Beseri, Perlis, manakala suami dari Johor Baharu.
Kami amat berharap agar Kementerian Pelajaran dapat menyemak kembali tarikh cuti berkenaan dan minta diselaraskan seluruh negara di semua sekolah termasuk MRSM bagi kemudahan ibu bapa dan juga kakitangan pelajaran sendiri.
Saya cadangkan agar cuti sekolah ini bermula pada 4 September ini kerana hampir semua sekolah di seluruh negara kecuali MRSM mula bercuti pada tarikh itu dan dilanjutkan sehingga 19 September kerana cuti umum Hari Malaysia 16 September yang jatuh pada Khamis.
Cuti ini bolehlah diganti pada Sabtu, seperti langkah proaktif yang diambil oleh beberapa sekolah yang menggantikannya lebih awal.
Sambutan Aidilfitri seharusnya tidak sekadar Hari Raya saja kerana pada masa inilah anak-anak dibawa pulang ke kampung untuk bertemu dan mengeratkan silaturahim dengan datuk, nenek serta keluarga yang jauh.
Ini adalah selaras dengan falsafah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya institusi keluarga diperkukuhkan.
HANYA INSAN,
Beseri, Perlis
Cuti Sabtu, Ahad Sudah Ditetapkan Kementerian
Monday, August 16, 2010
KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada aduan ‘Norhisyam Mohamad, Kuala Kedah, dalam ruangan ini bertarikh 22 Julai lalu bertajuk ‘Tetapkan cuti Sabtu, Ahad’.
Kementerian sudah memaklumkan kepada semua agensi di bawahnya iaitu Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah berkaitan cuti Sabtu.Jelas sekali surat siaran itu tidak membenarkan kakitangan kerajaan mengadakan aktiviti atau program pada Sabtu minggu pertama dan ketiga. Pihak kementerian juga sudah mengeluarkan surat arahan kepada sekolah yang masih ingkar agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan cuti Sabtu yang diwartakan.
Kementerian boleh mengambil tindakan kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mengingkari arahan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, Kementerian Pelajaran.
Sekolah Dapat Dua Hari Cuti Tambahan Aidilfitri
Friday, August 6, 2010
Semua sekolah mendapat cuti tambahan dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri, September depan.
Ketua Pengarah Pelajaran, tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, sekolah akan bercuti selama 11 hari bermula dari 4 September berbanding sembilan hari seperti yang dijadualkan sebelum ini.
"Sekolah-sekolah akan bercuti selama 11 hari termasuk cuti tambahan 13 dan 14 September iaitu hari Isnin dan Selasa" katanya.
Tarikh cuti itu adalah untuk sekolah-sekolah yang cuti hujung minggunya pada hari Sabtu dan Ahad. manakala bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu tarikh mula dan akhir cuti berbeza satu hari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan.
catatan : Utusan Malaysia
Kementerian Tidak Perlu Beri Cuti Tambahan Hari Raya
Thursday, August 5, 2010
MINGGU depan seluruh umat Islam akan mula berpuasa. Mungkin ada ibu bapa yang membuat persiapan untuk bercuti raya akan menghadapi masalah untuk mengambil cuti kerana anak-anak akan menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula pada 21 hingga 23 September 2010.
Masalah yang saya maksudkan ialah:
Tempoh Cuti Sekolah Kekal
Wednesday, July 14, 2010
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian mengambil keputusan untuk tidak mengubah takwim persekolahan sedia ada kerana berpendapat tempoh cuti perayaan yang diperuntukkan sudah memadai.
Katanya, kementerian turut mengambil kira kepentingan pelajar lain, terutama calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 hingga 23 September depan.
“Pelajar mula bercuti pertengahan penggal pada 4 September dan kembali ke sekolah pada 13 September selepas Aidilfitri,” katanya selepas majlis perasmian Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN Ke-2 2010, semalam.
Berita Harian Online: 14 Julai 2010 Read more...


