Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Asrama penuh. Show all posts
Showing posts with label Asrama penuh. Show all posts

Tahniah Murid-Murid SKSF yang Menerima Tawaran Ke SBP 2012

Thursday, December 15, 2011




Tahniah kepada murid-murid SKSf yang menerima tawaran ke SBP 2012.
  1. AZIMAHTUL NAJIHAH BINTI MOHD FARUDZ - SM AGAMA PERSEKUTUAN LABU
  2. MUHAMMAD ARIF KAMIL BIN SUBUH - SBP INTEGRASI JEMPOL
  3. MUHAMMAD FAKHRUL HILMI BIN ABD GANI - SBP INTEGRASI JEMPOL
  4. NOR SHAHIRAH BINTI MOHD KAMAL - SM SAINS TUANKU JAAFAR
  5. NUR FATIN AQILAH BINTI MAHATHIR - SBP INTEGRASI JEMPOL
Kepada murid - murid yang tidak menerima tawaran boleh membuat rayuan.

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012 boleh dibuat mulai 14 Disember 2011 hingga 5 Januari 2012 di :http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_rayu2011/
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan 

Sekolah Kecemerlangan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)
http://www.moe.gov.my/

Read more...

Permohonan Tingkatan 1 Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2012

Monday, September 19, 2011





Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;

Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan.
    1. Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon.
    2. Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih.
  • Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup

  • Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan

  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010 dan Tingkatan 1 2011.
  • Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
  • Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my 
Sumber :  http//apps.moe.gov.my/sbpt1/2011

Read more...

Pelajar Membuli Wajar Dibuang

Friday, March 18, 2011

semalam (17 Mac 20110), akhbar ini telah melaporkan kira-kira 20 ibu bapa pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi, Kubang Pasu, Kedah, yang dikenakan tindakan buang sekolah melahirkan rasa tidak puas hati. Kononnya mereka tidak dibawa berbincang sebelum tindakan berkenaan diambil ke atas anak mereka.

Menurut salah seorang ibu bapa kepada pelajar sekolah yang dibuang, selepas dibuang sekolah emosi anak-anak mereka terganggu dan bimbang pelajaran mereka terjejas.

Sebagai seorang bapa, saya menyokong penuh tindakan yang diambil oleh pihak sekolah berkenaan. Tindakan yang diambil oleh pihak sekolah bukanlah dibuat dengan sewenang-wenangnya. Mereka dikenakan tindakan tersebut kerana didapati telah membuli dua pelajar tingkatan empat di sekolah tersebut.

Kenapa mereka risaukan emosi anak mereka terganggu? Bagaimana dengan emosi pelajar yang menjadi mangsa buli serta emosi ibu bapa mangsa buli berkenaan? 

Tidakkah emosi mereka lebih teruk terganggu? Bayangkan seramai 20 pelajar membuli mereka dan sudah berapa lama perkara ini terjadi tidaklah kita ketahui.

Bayangkan betapa terjejasnya emosi pelajar berkenaan setiap kali melangkah ke sekolah yang sepatutnya menjadi tempat yang selamat untuk mereka, bukan sahaja selamat untuk belajar tetapi juga selamat untuk segala aktiviti seharian. Ini kerana asrama sekolah adalah rumah kedua bagi pelajar yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Lupakah kita apa yang berlaku kepada Allahyarham Adik Muhammad Farid Ibrahim pada tahun 2004 yang meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak oleh lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan?

Jika kejadian tersebut telah berlaku kira-kira tujuh tahun yang lalu dan kita semua telah melupainya, maka lupakah kita kejadian yang berlaku pada tahun lepas di mana seorang pelajar Maktab Tentera DiRaja (MTD) mati dipercayai dibuli oleh pelajar senior?

Perilaku buli adalah kesalahan jenayah yang serius. Sebarang tindakan tegas yang diambil oleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini perlu disokong oleh semua pihak. Saya amat berharap agar pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan 

Kementerian Pelajaran turut tidak bertolak ansur dalam hal-hal sebegini.
Ibu bapa para pembuli boleh menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka kepada pihak media. Namun kesalahan yang dilakukan oleh anak mereka adalah amat serius dan seharusnya mendapat hukuman yang setimpal.

PRIHATIN MANGSA BULI
Dungun, Terengganu

Read more...

Keluarga Pelajar SBPI Kena Buang Disaran Merayu

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan ibu bapa dan 20 pelajar Tingkatan Lima Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu, Kedah yang dibuang sekolah Khamis lalu kerana kesalahan membuli supaya membuat rayuan. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ibu bapa dan pelajar terbabit berhak mengemukakan rayuan supaya dapat dipertimbang pihak pengurusan sekolah sama ada untuk mengekalkan hukuman itu atau sebaliknya.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihak pengurusan sekolah mungkin mempunyai sebab tertentu mengambil tindakan itu, namun menegaskan ibu bapa dan pelajar masih mempunyai masa membuat rayuan.

“Kalau mereka ada sebab munasabah mengapa mereka tidak boleh dibuang, maka boleh kemukakan bukti dan asas kukuh,” katanya, semalam. 

Kelmarin, Berita Harian melaporkan seramai 20 pelajar Tingkatan Lima SBPI Kubang Pasu dibuang sekolah selepas didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang pelajar Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari lalu. 

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran akan tetap menggunakan novel Interlok sebagai teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek bahasa Melayu, Tingkatan Lima walaupun mendapat desakan banyak pihak supaya novel itu ditarik balik. 

Beliau turut menafikan tiga wakil kaum India yang dilantik menganggotai panel bebas mengkaji pindaan kandungan Interlok menarik dari daripada panel itu seperti yang dimaklumkan Presiden MIC, Datuk G Palanivel. 

Sumber : Berita Harian Online

Read more...

Kecewa Gagal ke Sekolah Asrama Penuh

Saturday, January 22, 2011

KEPUTUSAN kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sudah diumumkan dan kepada yang berjaya, Alhamdulillah serta tahniah diucapkan kerana impian untuk melangkah ke sekolah yang diidamkan sudah tercapai. 

Bagaimanapun, anak saya yang mendapat keputusan 8A tidak mendapat tempat ke sekolah berasrama penuh. Walaupun reda itu bukan rezeki anak kami tetapi timbul juga rasa kecewa apabila mendapat tahu rakannya yang mendapat 7A berjaya mendapat tempat di SBP di Johor.



Justeru, timbul persoalan bagaimana kriteria pemilihan ditentukan kerana pelajar mendapat keputusan cemerlang tidak mendapat tempat di SBP tetapi yang mendapat 7A dan 1B untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, berjaya.


Ketidakadilan seperti ini sebenarnya menyebabkan rasa kecewa yang akhirnya menimbulkan prasangka terhadap cara pemilihan pelajar ke SBP khususnya di kalangan pelajar yang bertungkus lumus berusaha mencapai keputusan cemerlang. 

Saya berharap Kementerian Pelajaran dapat memberi penjelasan berhubung perkara ini kerana bagi yang gagal, pastinya melihat situasi ini sebagai sesuatu yang tidak adil kepada mereka. 

EMAK KECEWA, 
Johor Bahru.
 

Read more...

Senarai Nama Murid SKSF Terpilih Ke Sekolah Berasrama Penuh 2011

Wednesday, December 22, 2010


Pihak Sekolah mengucapkan Tahniah kepada murid-murid yang terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1  2011...


1.   Mohamad Alif Husaini bin Zainal Abidin -  NE1431006
      -  Sekolah Sultan Alam Shah


2.   Mohamad Fakhri bin Kattery -   NE1431007
       -  SBPI Jempol

3.   Mohamad Harris bin Nasron  -   NE1431008
       -  Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar


4.   Mohammad Fikri bin Md Nazri  -  NE1431013
       -  Sekolah Tuanku Abdul Rahman


5.   Muhamad Nur Shafiq bin Shamsul Iskandar  -  NE1431014
       -  Sekolah Menengah Sains Rembau
 
      
6.   Nur Faiqah binti Khoirun Faizi  -  NE1431021
      -   Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar


7.   Nur Nazirah binti Che Ya - NE1431023
       -   Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor


8.   Nur Syazatul Nadhirah binti Nazri - NE1431027
       -    Sekolah Menengah Sains Rembau


9.   Nurul Nadzirah binti Aisa  -  NE1431030
       -    Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar


10.  Nurul Shahirah binti Musa  -  NE1431031
        -  Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar


11.  Nurul Syahirah binti Sahbudin - NE1431032
       -   Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar


12.   Nurul Syuhadah binti Zabidi  -  NE1431033
         -   Kolej Tunku Kurshiah
         


        
13.   Qurratul Haizal bin Mohamad Rozi -  NE1431034
        -   Sekolah Tuanku Abdul Rahman

Read more...

Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011

Tuesday, December 21, 2010


Pelajar-pelajar yang menduduki UPSR 2010 boleh menyemak keputusan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 secara dalam talian.


Semakan Keputusan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Cara Membuat Rayuan Permohonan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

  • Bagi pelajar yang tidak berjaya mendapat tempat ke SBP, mereka boleh membuat rayuan secara dalam talian (online).
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 1 Sesi 2011.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran ke SBP masing-masing.

Surat Tawaran Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Surat tawaran rasmi yang mengandungi maklumat lebih lanjut mengenai tawaran dan pendaftaran telah pun mula dihantar ke mereka yang berjaya.

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 ke SBP untuk Sesi 2011

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke SBP Tingkatan 1 sesi 2011 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 5 Januari 2011.

Maklumat Tambahan Berkenaan Kemasukan ke SBP Tingkatan 1

Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03 8321 7400.

Read more...

SBP: Antara Dua Darjat

Monday, December 6, 2010

Reputasi sekolah berasrama penuh (SBP) sebagai institusi yang melahirkan modal insan berkualiti tinggi sudah terbukti. Saban tahun, pencapaian akademik pelajar SBP secara keseluruhan adalah yang ter- baik. Dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sepuluh sekolah terbaik sentiasa didominasi oleh SBP.

Kecemerlangan ini disebabkan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) di SBP sangat kondusif. Kemudahan prasarananya lengkap dan sempurna. Komitmen pengurusan dan guru di sekolah kategori ini juga amat tinggi.

Faktor tersebut membuat ramai ibu bapa mahu menghantar anak ke SBP termasuk yang tidak mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hakikatnya tempat yang ada sangat terbatas. SBP hanya mampu menampung sepuluh peratus daripada 48,327 calon yang mendapat semua A dalam UPSR baru-baru ini.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Kementerian Pelajaran akan menggunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke SBP mulai pengambilan tahun depan.

Hal ini selari dengan matlamat asal penubuhan SBP iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera yang cemerlang dan berpotensi daripada keluarga berpendapatan rendah sama ada dari bandar, kampung mahupun pedalaman.

Sejak tiga dekad yang lalu, dasar ini telah berjaya membanteras kemiskinan melalui pendidikan. Hasilnya, ramai lepasan SBP yang kini mengisi jawatan utama sama ada di sektor awam mahupun swasta. Ramai juga yang menjadi pemimpin ternama dan usahawan yang berjaya.

Justeru, ibu bapa yang berkemampuan usahlah bersaing untuk merebut tempat ke SBP ini. Berilah ruang dan peluang kepada yang lebih memerlukannya. Hantarlah anak kita ke sekolah harian biasa yang tidak kurang hebatnya.

Ada juga sekolah harian yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Walaupun bilangan sedikit namun ia akan ditambah dari semasa ke semasa.

Manakala ibu bapa yang pendapatan isi rumahnya puluhan ribu sebulan pula boleh memilih sekolah swasta sebagai alternatif.

Secara sifir mudahnya, ibu bapa kategori ini mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang setara atau lebih baik daripada apa yang terdapat di SBP.
Mereka tentunya tidak menghadapi kekangan kewangan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen atau mengupah guru mengajar di rumah. Apatah lagi membeli buku latih tubi atau sisipan pendidikan Utusan Malaysia.

Jika masih belum mencukupi, langgan pakej pembelajaran atas talian yang banyak terdapat di pasaran, misalnya Portal Pendidikan Utusan di www.tutor.com.my.
Kepada alumni SBP, inilah masa untuk membalas jasa. Pertama, jangan hantar anak ke SBP walaupun layak secara akademik supaya anak orang susah dapat menikmati kemudahan belajar yang sempurna. Hal ini keranan mungkin itu satu-satunya peluang untuk keluarga tersebut keluar daripada belenggu kemiskinan.

Kedua, hulurkan sumbangan dalam apa jua bentuk khususnya kewangan untuk membantu pelajar di SBP yang memerlukannya sama ada sebagai wang saku atau untuk membeli buku, alat tulis dan pakaian kelengkapan sekolah.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Read more...

Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Lebih Utamakan Murid Luar Bandar

Friday, December 3, 2010



KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat pembaca Aiman Aqwa Isa, Kuala Lumpur, dalam ruangan ini bertarikh 18 November lalu bertajuk kaji semula dasar kemasukan SBP. 

Kementerian sangat menghargai pandangan mengenai perkembangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kerana dapat membantu memantapkan lagi pengurusan SBP.


Perlu dijelaskan dasar pengambilan murid ke SBP dengan kuota 70 peratus murid luar bandar dan 30 peratus murid di bandar dibuat berdasarkan kepentingan negara. Meskipun ramai murid di bandar mendapat 5A, tetapi kementerian berpandangan keutamaan perlu diberikan kepada murid luar bandar yang cemerlang.

Murid cemerlang di bandar boleh meneruskan pendidikan di sekolah menengah kawalan yang terdapat di kebanyakannya bandar. Malah Kerajaan secara berterusan mempertingkatkan kecemerlangan sekolah melalui pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). 

Kerajaan secara keseluruhannya masih memberi fokus memajukan murid di luar bandar tanpa menafikan keperluan murid di bandar. 

Kementerian sangat mengambil berat mengenai bayaran ditanggung ibu bapa murid yang berada di SBP. Setiap pengurusan sekolah perlu mengemukakan kadar kutipan setahun kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk mendapat kelulusan sebelum kutipan dibuat. Tindakan ini dapat mengawal kadar kutipan dan tidak membebankan ibu bapa. 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran.
 

Read more...

Pelajar Cemerlang Bukan Hanya di SBP

Thursday, November 18, 2010

IBU bapa tidak sepatutnya kecewa keputusan Kementerian Pelajaran memberi keutamaan kepada pelajar cemerlang daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah memasuki sekolah berasrama penuh (SBP), mulai tahun depan. 

Tunas dan bibit kecemerlangan selepas Ujian Prestasi Sekolah Rendah (UPSR) tidak semestinya mula berputik dan bertunas di SBP kerana keputusan gemilang terhasil melalui komitmen dan keprihatinan tinggi pelajar.


Pastinya pengurusan masa secara bermakna dengan memulakan kalendar hari baru dengan bangun awal bersolat sunat tahjud, hajat, bacaan Yassin menjelang subuh sebagai rutin harian pelajar sebelum sarapan dan ke sekolah dalam keadaan cukup bersedia.
Biasanya, pelajar menyiapkan kerja sekolah di rumah sesudah selesai solat Zuhur dan Asar sebelum bersedia membersih diri untuk Maghrib dan Isyak. Kelas persediaan dan ulangkaji barangkali selama dua jam mulai jam 9 malam sebelum masuk tidur kira-kira jam 11.30 malam. 

Memanfaatkan masa rutin harian begini sepatutnya menjadi amalan pelajar 
di mana-mana saja baik di sekolah berprestasi tinggi, sekolah harian biasa, tidak semestinya di SBP. Yang menjadi masalah ialah mampukah anak didik mengorbankan program kartun sebagainya di televisyen? 

Persis kata Imam al-Ghazali: “Wahai anak! Antara nasihat Rasulullah kepada umatnya, ‘Sebagai tanda bahawa Allah berpaling daripada seseorang ialah apabila dia membuang waktu kepada yang tidak berguna…” 


Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR, Ipoh), Kolej Tunku Kursiah (TKC, Seremban), Sekolah Tun Fatimah (Johor Baharu), Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR), Tanjung Malim, kini Seremban), Sekolah Alam Shah (SAS, Cheras, Selangor, kini Putrajaya), dan Sekolah Sultan Abdul Halim (SSAH, Jitra, Kedah) adalah antara SBP yang awal. 

Tujuan asal kerajaan menubuhkan SBP adalah bagi memberi peluang kepada pelajar cemerlang daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah belajar di sekolah dengan suasana selesa tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak. 

Waktu itu, rata-rata ibu bapa tidak mampu memenuhi tawaran ke SBP biarpun anak mereka tekun serta gigih belajar dan berjaya menghasilkan keputusan cemerlang. Dalam keadaan berbasikal berpuluh kilometer jauhnya ke sekolah, berperahu menyeberangi sungai, keadaan rumah buruk yang daif tanpa bekalan elektrik serta air paip, malah tidak bersarapan pagi dan berbelanja. 

Malah, mereka mempersiapkan diri menjelang peperiksaan melalui belajar secara kumpulan, selain aktif dalam gerak kerja berpersatuan dan pasukan beruniform agar dapat menjadi insan sempurna sebaik menjejaki sekolah menengah. 

Namun begitu, SBP sudah tersasar daripada matlamat asal sehingga dianggap sekolah elit untuk pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang. 

Berikutan itu, ibu bapa memaksa anak belajar tidak kenal rehat sepanjang masa dengan harapan keputusan cemerlang si anak dapat masuk SBP, walaupun hakikatnya sekolah bukan berasrama penuh turut melahirkan pelajar cemerlang pada setiap peringkat. 

Kecemerlangan berputik di mana-mana asalkan ada kemahuan kerana kesungguhan inilah bakal menyinari laluan impian menjadi realiti meskipun ada fatamorgana menghantui pandangan. 


DR ILLIAS ZAIDI, 
Kuala Lumpur.
 

Read more...

Kaji Semula Dasar Kemasukan SBP

SAYA dan ramai rakan lain menyambut baik langkah pemimpin negara untuk mengembalikan dasar kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan mengutamakan pelajar miskin dan luar bandar. Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana pemimpin negara sentiasa diberikan petunjuk untuk mentadbir negara ini demi kesejahteraan hidup rakyat. 

Mengikut dasar asal adalah mengutamakan pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan sederhana dengan kuota 70 peratus pelajar luar bandar dan 30 peratus lagi pelajar bandar.


Dasar ini sangatlah baik untuk diteruskan, bagaimanapun saya berpendapat peratusan ini perlu diperhalusi supaya lebih komprehensif dan menepati keadaan semasa. Hari ini sudah banyak bandar besar, berbanding ketika dasar dan kuota itu diperkenalkan dulu kerana pada waktu itu tidak banyak bandar di negara ini.
Jumlah penduduk Lembah Klang pula jauh lebih banyak daripada sekarang. Tentu saja kebanyakan daripada 48,327 pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tinggal dengan keluarga mereka di bandar seperti Johor Bahru, Melaka, Seremban, Kuala Lumpur, Bangi, Cheras, Shah Alam, Klang, Ipoh, Seberang Jaya, Alor Setar, Kuantan, Temerloh, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Kewujudan SBP sehingga kini membawa banyak kecemerlangan. Tanpa mengetepikan kecemerlangan yang dicapai di sekolah biasa. 

Kami merakamkan ucapan terima kasih atas kejayaan pemimpin negara menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti dan setanding dengan negara maju lain. Malah tiada pilih kasih atau fahaman politik, tidak kira ibu bapa mereka kaki hentam kerajaan atau penyokong kerajaan, SBP membuka pintunya kepada semua pelajar, guru dan urus setia. 

Aspek lain yang perlu diteliti iaitu kadar pendapatan dan jumlah tanggungan keluarga. Contohnya keluarga yang berpendapatan RM3,000 sebulan di Bandaraya Kuala Lumpur mungkin sama beban belanjanya berbanding RM700 di kampung. 

Di sesetengah bandar seperti Bandar Baru Bangi keluarga tidak mendapat banyak kemudahan penduduk luar bandar dan pinggir bandar kerana tiada Tadika Kemas yang rendah yurannya. Mereka terpaksa membayar lebih untuk ke tadika swasta. 

Selain itu, kerajaan wajar mengkaji balik kos pelajar di SBP. Bermula dengan yuran pendaftaran masuk, kos dan yuran tahunan serta pelbagai kos tambahan lain. 

Justeru, kami memohon jasa baik kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran untuk mengkaji pelbagai aspek ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai SBP ini. 

Sebab itulah niat baik dan hasrat murni pemimpin negara mahu mengkaji semula dasar kemasukan pelajar ke SBP ini sangat penting dan dialu-alukan. Biarlah kajian terbaru ini lebih menepati keperluan rakyat dan masa depan negara. 
AIMAN AQWA ISA, 
Kuala Lumpur.
 

Read more...

Beri Peluang Pelajar Cemerlang, Miskin ke Asrama Penuh

Monday, November 15, 2010

SARANAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran akan mengunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai pengambilan tahun depan amat selari dengan matlamat asal penubuhan sekolah jenis ini iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.

Saranan beliau juga bertujuan mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

Dalam tempoh tahun-tahun kebelakangan ini, peluang pelajar-pelajar cemerlang yang miskin sedikit terjejas kerana semua golongan (sama ada kaya atau miskin) mahu menghantar anak mereka ke sekolah asrama penuh.

Dilaporkan hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Isu kemasukan pelajar ke SBP sering kali menjadi perbincangan setiap kali selepas keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.

Dari tahun ke tahun, jumlah pelajar cemerlang UPSR meningkat sedangkan tempat yang disediakan terbatas. Ibu bapa diharapkan tidak berasa kecewa apabila anak mereka tidak mendapat tempat di SBP kerana usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah telah pun dilakukan.

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Dalam konteks mendapat peluang terbaik pendidikan, pelajar cemerlang dari keluarga yang berpendapatan tinggi tentu akan juga merasa kecewa jika tidak berpeluang untuk melanjutkan asrama penuh. Kekecewaan ini boleh menjurus kepada emosi dan pengajaran terganggu dan seterusnya dibimbangkan implikasi yang berpanjangan.
Dalam mengurus kekecewaan pelajar cemerlang serta ibu bapa mereka, langkah Kementerian Pelajaran untuk memperbanyakkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) adalah satu tindakan bijak. Mengikut Muhyiddin, beliau akan mengumumkan 30 buah lagi SBT yang sebahagian besarnya bukan asrama penuh tahun hadapan.

Memperbanyakkan SBT memberi lebih banyak peluang untuk pelajar-pelajar cemerlang yang gagal ke asrama penuh peluang pendidikan terbaik. Kemudahan fizikal dan tenaga pengajar di SBT hendaklah setara dengan SBP untuk mengelakkan persepsi bahawa SBT tidak sebaik SBP. Kesetaraan ini akan mengurangkan kekecewaan ibu bapa dan pelajar yang gagal ke sekolah berasrama penuh.

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam memenuhi antara matlamat penubuhan KPM iaitu memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia dan melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera, Kementerian Pelajaran perlu meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Meningkatkan tahap kebajikan guru.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran perlu meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar.
Isu kemasukan pelajar ke SBP jika tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan keresahan di banyak pihak. Dalam menangani kekecewaan pelajar cemerlang ke UPSR, Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif terbaik. 

Antaranya ialah memperbanyakkan kewujudan SBT kerana ia dapat memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

Prof. Madya Dr. Sapora Sipon
Panchor, Muar, Johor.

Read more...

Hanya 10 Peratus Diterima Ke SBP

Saturday, November 13, 2010

Gagal ke asrama penuh bukan halangan untuk terus mencapai kejayaan

JOHOR BARU: Hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh (SBP). 

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata walaupun tempat ditawarkan tidak mencukupi, ia tidak seharusnya menjatuhkan semangat pelajar cemerlang meneruskan pelajaran.



Kekurangan tempat tidak seharusnya menjadi penghalang bagi pelajar mencapai kejayaan. Murid tidak seharusnya sedih atau kecewa jika gagal untuk ke sekolah berasrama penuh.


Ini kerana masih banyak sekolah menengah dengan status cemerlang untuk dipilih, katanya selepas melawat murid mengidap kanser, Mohd Khairuddin Sulaiman yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Uda 2 di sini, semalam. 

Dr Wee berkata, keputusan cemerlang dalam akademik boleh diperoleh di mana-mana sekolah asalkan pelajar memiliki keazaman tinggi. 
Tidak kira di mana anda berada, asalkan berusaha anda boleh berjaya. Secara realitinya, kementerian tidak dapat memberi semua pelajar cemerlang (UPSR) peluang untuk memasuki sekolah berasrama penuh kerana tempat yang tidak mencukupi, katanya. 

Mengenai pencapaian UPSR yang dikeluarkan kelmarin, Dr Wee memuji komitmen dan peranan dimainkan ibu bapa pelajar dalam mendidik anak-anak menjadi punca UPSR tahun ini mencatat prestasi baik. 



Sumber : Berita Harian Online

Read more...

Syarat Baru SBP Jejas Kemasukan

Friday, October 29, 2010

PEPERIKSAAN Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sudah berlalu dan pihak sekolah sudah mengagih-agihkan borang permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada murid berpotensi mendapat keputusan cemerlang. Anak saya seorang daripada mereka yang termasuk dalam kategori itu. 


Namun, apa yang saya musykilkan, anak saya dimaklumkan dia tidak layak untuk memohon ke SBP kerana ibunya bertaraf penduduk tetap. Saya bertanya kepada Guru Penolong Kanan mengenai perkara itu dan dimaklumkan ia adalah arahan Pejabat Pendidikan Daerah.


Untuk makluman, dua anak saya berjaya memasuki SBP sebelum ini. Sebelum mendaftar kedua-duanya, saya ada menghubungi pihak sekolah dan memaklumkan bahawa ibu mereka bertaraf penduduk tetap dan meminta kepastian adakah penerimaan anak saya tidak bertentangan dengan dasar kerajaan dan kementerian berkenaan.
Saya dimaklumkan anak saya layak kerana bapanya adalah seorang warga negara dan jawapan sama saya peroleh ketika mendaftar mereka di SBP. 

Sebagai bekas kakitangan dan pendukung dasar kerajaan yang pernah berkhidmat di luar negara, saya akur jika ia adalah dasar Kementerian Pelajaran. 

Kini saya tidak tahu apa lagi perangsang yang perlu saya berikan kepada anak yang lain. Selama ini saya memotivasikan mereka agar belajar supaya boleh masuk SBP. 


SJN (U) BERSARA, 
Pahang. 

Read more...

Permohonan Masuk Ke tingkatan Satu SMKA Sheikh Hj. Mohd Said dan SMKA Pedas Bagi Sesi 2011

Saturday, September 25, 2010

Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan BP/SMKA 2011 yang boleh diperolehi melalui website JPNS Borang Permohonan BP/SMKA 2011.


Borang permohonan yang telah lengkap diiisi dengan lengkap berserta disket  hendaklah sampai ke Jabatan Pelajaran (u.p. Sektor Pendidikan Islam) dalam masa 10 hari selepas keputusan UPSR 2010 diumumkan.


Borang permohonan tyang tidak memenuhi syarat atau sampai lewat tidak akan dilayan.


sember :http://www.jpnns.gov.my

Read more...

Permohonan Secara Online Ke Sekolah Berasrama Penuh Untuk Pelajar Tingkatan Satu Bagi Sesi Persekolahan 2011

Wednesday, September 1, 2010

PERMOHONAN SECARA ONLINE KE SEKOLAH BERASRAMA 
PENUH UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU BAGI SESI
 PERSEKOLAHAN 2011 KINI TELAH DIBUKA LAYARI LAMAN WEB


Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP