Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Penangguhan Urusan Kenaikan Pangkat DG1-1 DAN Pemangkuan DGA34

Monday, March 19, 2012

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "PENANGGUHAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DG1-1 DAN PEMANGKUAN DGA34 BERIKUTAN PENGUMUMAN YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI PADA 08 MAC 2012 (KHAMIS) 9.30 PAGI BERTEMPAT DI PICC, PUTRAJAYA".Untuk maklumat lanjut berkaitan Surat Siaran ini sila klik >>di sini. 

Read more...

Pengoperasian Standard Guru Malaysia

Wednesday, February 29, 2012

Makluman bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia(SGM) pada semua warga pendidik diseluruh negara. Tempoh pengisian instrumen adalah sehingga 31 mac 2012menerusi 
URL (http://apps.moe.gov.my/sgm)








Untuk maklumat lanjut, sila Klik disini.






Read more...

Maklumat Penting SBPA (Download Link)

Thursday, December 15, 2011

Dasar-dasar dan Opsyen SBPA 
link1

Maklumat ringkas Persaraan & Faedah Persaraan serta Graduiti (Ganjaran)
link2

Struktur Perkhidmatan
link3 

Perlaksanaan SBPA (Ringkas 21 slide)
link4


Read more...

Kaedah Perpindahan Gaji SSM ke SBPA


Bagi memberi sedikit kefahaman kepada rakan-rakan yang bertanya maka kami siarkan printscreen tiga slaid perpindahan gaji dari SSM ke SBPA. Secara mudah apabila menerima SBPA maka pemindahan gaji akan berlaku pada tiga peringkat:

Peringkat 1
Setiap penyandang SSM akan diberi satu pergerakan gaji ke depan pada 1.1.2012

Peringkat 2
Dari mata gaji SSM pada Peringkat 1 ianya akan berpindah pada mata gaji terhampir pada skim SPBA.

Peringkat 3 
Dari mata gaji SBPA yang dipindahkan seperti Peringkat 2 maka kenaikan gaji tahunan tahun 2012 (sama ada bulan Jan, April, Jul, Oktober) akan bermula dari skim SBPA bukan lagi SSM.

Keterangan lanjut mengenai perpindahan gaji. Read more..
Sifir Gaji Baru SBPA (Guru Bukan Siswazah)
Sifir Gaji Baru SBPA (Guru Siswazah)

Sumber Sifir Gaji : IT-Teach-Mania.

Read more...

Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam

Monday, November 21, 2011



PEMANSUHAN projek rintis guru bekerja sembilan di empat negeri menunjukkan kerajaan prihatin dengan masalah golongan pendidik dan bersedia menerima sebarang cadangan untuk menambah baik sistem pendidikan di negara kita.

Ketika mengumumkan pemansuhan itu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program tersebut tidak perlu diteruskan jika guru sendiri tidak memahami kehendak sebenar projek rintis berkenaan yang bertujuan memperkasakan perkhidmatan guru.

Sebenarnya, tujuan peluasan projek rintis yang melibatkan 5,000 guru di Sarawak, Pahang, Melaka dan Johor adalah untuk mencari satu ketetapan terhadap beberapa dakwaan yang kurang tepat mengenai beban kerja guru serta tanggungjawab yang tidak seimbang antara tugas mengajar dan tanggungjawab pentadbiran.

Hal ini kerana sejak sekian lama telah wujud persepsi bahawa guru terpaksa mengorbankan lebih banyak masa dalam tugas-tugas perkeranian sehingga menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Ketika ini, mengikut peraturan sedia ada, seseorang guru diwajibkan mengajar sebanyak 30 waktu bagi sekolah rendah dan 24 waktu bagi sekolah menengah setiap minggu.

Dari perspektif jumlah jam bekerja, guru hanya terlibat dalam aktiviti mengajar kira-kira 18 hingga 22 jam 30 minit seminggu berbanding penjawat awam lain yang bekerja 8 jam sehari iaitu 40 jam seminggu.

Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan bahawa tanggungjawab guru itu bukan sekadar di bilik darjah malah meliputi lain-lain aktiviti termasuk kokurikulum, memeriksa projek latihan pelajar atau buku latihan pelajar dan merancang aktiviti P&P.

Oleh sebab itu, melalui projek rintis ini, guru terbabit hendaklah merekodkan jumlah masa yang mereka gunakan untuk aktiviti tersebut bagi mengesahkan kerja-kerja berkenaandilaksanakan sama ada semasa di sekolah selepas waktu mengajar, dibawa balik ke rumah atau ketika hari cuti.

Berdasarkan statistik yang bakal diperoleh akan memudahkan pembuat dasar membuat perancangan untuk memartabatkan profesion perguruan.
Selain itu, tujuan projek rintis itu juga untuk membolehkan ada kewajaran lain diambil termasuk menempatkan lain-lain profesion dalam perkhidmatan pengurusan pendidikan misalnya kalangan penjawat awam yang dilatih khusus dalam bidang kewangan, pentadbiran, pengutipan data dan sebagainya.

Sekiranya kutipan data itu menggambarkan bahawa guru yang menumpukan sepenuh masa dalam P&P telah mampu meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap yang cemerlang, maka adalah wajar tugas bukan akademik diserahkan kepada orang lain.

Bagaimanapun aspek pedagogi tetap menjadi hak eksklusif para guru kerana mereka memang dilatih dalam bidang itu tetapi bukan dalam aspek pengurusan.

Apa pun pemansuhan projek rintis ini berjaya menghilangkan rasa panik di kalangan guru khususnya yang terlibat secara langsung dan juga guru lain secara keseluruhannya.

Kini, semua guru boleh kembali fokus untuk mendidik anak bangsa demi memenuhi hasrat untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing di peringkat global di samping meningkatkan kebolehpasaran mereka selaras dengan hasrat Malaysia mencapai negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020.

Diharap pemansuhan ini akan memberi lebih banyak masa dan ruang untuk guru membentuk kemenjadian anak didiknya.

Peluang ini hendakaklah dimanfaatkan oleh para guru untuk mengutamakan kerja wajib mereka seperti mengajar, memeriksa dan menyemak, mengurus para pelajar dan memberi bimbingan akademik.

Seharusnya, ia tidak disalah guna untuk kerja-kerja sampingan lain yang boleh menjejaskan prestasinya tetapi peluang ini wajar digunakan untuk melibatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan supaya mereka terus dihormati dan disanjung tinggi oleh pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat.

Utusan Malaysia Online: 21 November 2011

Read more...

Suasana Opis Bila Semua Staf Ambik Skim Pencen 60 thn..

Wednesday, November 2, 2011

Read more...

Bajet 2012: Faedah Guru Diumum November

Saturday, October 8, 2011


KUALA LUMPUR: Kira-kira 480,000 kumpulan pendidik dalam sektor perguruan di negara ini bakal menerima faedah menerusi peruntukan Bajet 2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau akan mengumumkan secara terpeinci faedah yang bakal dinikmati kumpulan berkenaan menerusi bajet yang diperuntukan kepada Kementerian Pejaranpada awal November depan.

"Banyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri bagi memperkasakan perkhidmatan awam termasuk sektor pendidikan dan perguruan.

"Secara terpeinci akan saya umumkan pada awal November depan mengenai apakah kandungan yang bakal dinikmati oleh guru-guru yang jumlah mereka adalah satu per tiga daripada keseluruhan penjawat awam,"katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Jumaat.

Selain itu Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi Bajet 2012 kerana banyak memberi tumpuan kepada sektor pendidikan.

"Banyak sekali faedah yang bakal dinikmati seperti bantuan untuk menaik taraf infrastruktur sekolah serta bantuan persekolahan," katanya. - 


Mstar

Read more...

Sistem Peperiksaan Mesti Fokus Kemenjadian Murid

Monday, August 15, 2011

PENGETAHUAN diperoleh daripada ibu bapa, guru dan pakar serta daripada buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sumber pengetahuan seperti ini dikenali sebagai autoriti dan ia mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah dan cepat mendapatkan pengetahuan. 

Bagaimanapun, terdapat batasan tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang bias.

Kepakaran seorang guru sekolah tidak sama dengan pengetahuan seorang peguam, jurutera atau pegawai perubatan. Guru mempunyai pertimbangan sosial yang lebih konkrit untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Indikator penerimaan ilmu dapat diukur melalui perubahan tingkah laku, atau lebih dikenali sebagai kemenjadian murid dan proses ini berterusan hingga ke akhir persekolahan.


Kerjaya guru kini tersepit di antara menyampaikan ilmu dan mencari kecemerlangan prestasi. Guru terarah untuk memilih akibat perubahan sistem penilaian terhadap kecemerlangan dan kepakaran serta kemenjadian individu yang diajar. Ini bersangkut paut dengan proses kecemerlangan guru dan kenaikan pangkat. 

Umum tahu bahawa prestasi sekolah diukur melalui pencapaian akademik murid dalam peperiksaan awam yang menuntut guru memberi lebih penekanan terhadap persediaan murid untuk menghadapi peperiksaan. Dengan itu, proses penyampaian ilmu sedikit terabai disebabkan guru lebih terarah untuk mengajar kaedah menjawab soalan, latih tubi, membincangkan soalan dan meramal topik untuk peperiksaan. 

Kita berharap sistem peperiksaan di sekolah lebih fokus kepada perkara-perkara kemenjadian murid yang diajar oleh guru. Ini merangkumi tiga aspek penting yang menjadi domain utama pembelajaran iaitu, ilmu pengetahuan, kemahiran sosial dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupan. Matlamat akhir kelak adalah membentuk masyarakat Malaysia yang lebih toleran, menghormati orang lain dan berilmu pengetahuan. 

MOHD ASRAN AMISAH, 

Kajang, Selangor. 

Read more...

PPPS Sekolah Rendah Berpeluang Dipertimbang Gred Tinggi

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ‘Guru Kecewa, Johor’ dalam Berita Harian bertarikh 8 Ogos 2011 – Penjelasan Unit Komunikasi Korporat, KPM masih kabur, mengelirukan. 

Berdasarkan kepada waran perjawatan yang diluluskan oleh Kerajaan melalui Anggaran Belanja Mengurus (ABM), jawatan pentadbir di sekolah rendah seperti Guru Besar, Penolong Kanan dan Penyelia Gred DGA34/DGA32 adalah jawatan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Merujuk kepada pertanyaan pengadu, dimaklumkan bahawa memang tiada syarat diperuntukkan bagi PPPS memohon jawatan Guru Besar di sekolah rendah kerana PPPS adalah tidak layak untuk memegang jawatan yang dikhususkan untuk PPPLD Gred DGA34/DGA32. Ini kerana PPPS berada dalam laluan kerjaya, skim perkhidmatan dan gred jawatan yang berbeza. Bagi PPPLD yang dilantik menjadi PPPS ketika berada di jawatan kenaikan pangkat Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah, mereka dikekalkan di atas jawatan itu berdasarkan kepada dasar kementerian yang jelas diterangkan maksudnya sebelum ini.


Kementerian ingin menegaskan bahawa walaupun PPPS di sekolah rendah tidak dapat memegang jawatan kenaikan pangkat Guru Besar dan Penolong Kanan, mereka masih berpeluang dipertimbangkan untuk urusan pemangkuan/kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi melalui urusan Guru Cemerlang Gred DG44(KUP)/ DG48(KUP) dan Time-Based Gred DG44 (KUP)/ DG48(KUP) jika memenuhi syarat yang ditetapkan serta diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP). 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, 
Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Read more...

NUTP Minta Unit NKRA KPM Tambah Baik SAPS Dengan Segera

Saturday, August 6, 2011



KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang didakwa bermasalah.

Setiausaha Agung NUTP, Loke Yim Phing, berkata kesatuan menerima banyak rungutan dan aduan daripada guru di seluruh negara mengenai SAPS, yang diperkenalkan Julai lalu untuk menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat sahaja.


"Mereka (guru-guru) bukan tidak sanggup mematuhi tugas mereka, namun sistem berkenaan memang bermasalah sehingga menyebabkan mereka terpaksa menunggu berjam-jam untuk memasukkan data peperiksaan seterusnya menyebabkan mereka tertekan.

"Oleh itu, kita berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera," katanya kepada pemberita di Wisma NUTP, di sini, hari ini.

Sistem SAPS dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran secara talian bertujuan mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara.

Sistem berkenaan, yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, sepatutnya memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat matapelajaran dan data pelajar di bawah jagaannya selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan.

Loke melahirkan kebimbangan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas akan terjejas kerana guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.
"Sehinggakan ada guru yang sanggup meninggalkan proses P&P di kelas semata-mata mahu memasukkan data peperiksaan ketika sistem berkenaan berada dalam keadaan baik," katanya.

Beliau mencadangkan agar unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan pada 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini. - BERNAMA 

Read more...

Wujud Guru BI Bergerak

Tuesday, July 5, 2011

Kementerian Pelajaran mahu perkasakan dasar MBMMBI 

SEREMBAN: Guru Bahasa Inggeris (BI) berkelayakan yang mampu mengajar dengan baik mungkin diserap dalam kumpulan khas 'guru bergerak' yang akan dihantar ke sekolah tertentu yang memerlukan khidmat mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementeriannya mengkaji untuk mewujudkan kumpulan ‘guru BI dan guru mentor bergerak’ untuk memperkasakan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).


“Kementerian Pelajaran ketika ini dalam proses melaksanakan penempatan semula guru bagi menampung kekurangan guru BI di sekolah berhampiran yang memerlukan khidmat mereka. 

“Dalam usaha ini, kementerian turut mengkaji pilihan bagi mewujudkan kumpulan guru BI serta guru mentor bergerak,” katanya dalam ucapan perasmian dibacakan timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong, pada majlis perasmian Persidangan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC)– Bahagian Pendidikan Guru (TED) di sini, semalam. 

MBMMBI diperkenalkan bagi menggantikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) yang akan dimansuhkan tahun depan selepas didapati gagal mencapai matlamat meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar, sebaliknya menjejaskan pencapaian pelajar luar bandar dalam subjek itu. 

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pada tahun ini juga, penempatan guru BI yang baru akan dilakukan dengan peraturan lebih ketat mengikut tahap keperluan di sekolah seluruh negara.

 
Bagi memastikan kejayaan dasar MBMMBI, beliau berkata, kementerian juga menawarkan kontrak tiga tahun kepada 600 bekas guru BI bersara dengan 168 daripada mereka sudah mula mengajar. 

Katanya, kementerian juga akan membina makmal BI di 700 sekolah selepas melihat keberkesanan projek perintis di 20 sekolah tahun lalu. 

“Sehingga kini 12,000 guru BI tidak terlatih mengikuti program latihan semula untuk meningkatkan kemahiran, manakala 10,000 guru lagi dijangka mengikuti program itu tahun ini,” katanya. 

Sementara itu, Ka Siong pada sidang media berkata, kementeriannya sedang mengkaji kaedah jangka panjang untuk mengatasi masalah kekurangan guru menggantikan guru bersalin di banyak sekolah di seluruh negara. 

“Ini bukan masalah kecil, kita memandang serius perkara ini dan mahu satu kaedah berkesan untuk mengatasinya supaya proses pembelajaran tidak terjejas. 

“Antara masalah utama dikenal pasti adalah kekurangan peruntukan menempatkan guru ganti dan kita sedang berusaha memohon Kementerian Kewangan menambah peruntukan berkenaan,” katanya. 



Sumber : Berita harian Online

Read more...

Inisiatif Meningkatkan Penguasaan BI

Thursday, June 9, 2011

PENGUASAAN bahasa Inggeris (BI) pelajar di negara kita secara umumnya masih lemah dan sering dijadikan salah satu faktor kegagalan dalam temu duga permohonan biasiswa atau untuk mendapatkan pekerjaan.


Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana pelajar telah menerima pendidikan BI secara formal bermula dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.
Selama sebelas tahun, ia sepatutnya lebih daripada mencukupi untuk menyediakan asas kepada pelajar menguasai BI.

Malah pelajar juga telah didedahkan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) BI pada usia lima atau enam tahun ketika di peringkat prasekolah.
Ironinya, pelajar yang sama jika diajar secara intensif selama tiga bulan, dia mampu berkomunikasi dalam BI dengan baik.

Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dalam sistem pendidikan BI di sekolah sama ada pengajaran guru tidak berkesan atau kurikulum yang digunakan sudah ketinggalan.
Mungkin kaedah P&P guru BI tidak menyeronokkan dan terlalu berorientasikan peperiksaan. P&P lebih fokus kepada aspek akademik seperti tatabahasa, kosa kata dan penulisan.

Kurikulum yang diguna pakai mungkin kurang memberi tumpuan kepada aspek BI untuk berkomunikasi.

Justeru, Kementerian Pelajaran melalui dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) telah menggunakan beberapa pendekatan inovatif untuk memantapkan penguasaan BI di kalangan pelajar.
Misalnya dengan mengambil penutur jati untuk melatih guru BI supaya P&P bahasa tersebut lebih 'hidup' dan menyeronokkan serta mudah difahami.

Proses P&P tidak lagi terlalu bergantung kepada buku teks semata-mata tetapi menggunakan bahan pelbagai media yang mencakupi elemen multimedia dan sumber daripada Internet.

Selain itu, guru yang telah bersara tetapi mempunyai kepakaran, pengalaman dan pengetahuan diambil secara kontrak untuk memantapkan BI para pelajar.

Bagaimanapun, terdapat sedikit kekangan kerana golongan guru bersara ini cenderung untuk memilih mengajar di sekolah yang berhampiran dengan tempat kediaman mereka sahaja.

Masalah guru baharu atau yang masih dalam perkhidmatan enggan mengajar di pedalaman dan kawasan luar bandar juga merupakan salah satu faktor yang merencatkan usaha memperkukuh BI selama ini.

Natijahnya, guru lain yang bukan opsyen bahasa itu terpaksa mengajar BI di sekolah luar bandar dan pedalaman. Apabila ini berlaku, umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus.

Inisiatif lain ialah kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat pada dasarnya telah bersetuju untuk menggunakan khidmat sukarelawan Peace Corp bagi mengatasi masalah penguasaan BI di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Sukarelawan yang terdiri daripada pelabagai latar belakang akademik ini bukan sahaja mempunyai kemahiran tertentu malah sanggup ditempatkan di kawasan terpencil untuk menunaikan amanah yang diberikan.

Sumber :utusan Online

Read more...

Kutipan Data Melalui Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Secara Online (baru)

Friday, June 3, 2011




Unit NKRA membina SAPS untuk mendapatkan markah peperiksaan bagi semua sekolah seluruh negara. Semua guru akan diminta untuk mengisi markah murid secara 'online'. JPN Negeri Sembilan akan menggunakan sistem ini untuk semua sekolah rendah terlebih dahulu bagi pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun.
 SU Peperiksaan akan diminta untuk mendaftarkan id bagi semua guru (sila muat turun manual SU Peperiksaan Dalaman untuk tindakan pendaftaran). Surat makluman akan dikeluarkan kepada sekolah bagi memaklumkan secara rasmi mengenai sistem ini. Sila muat turun maklumat awal mengenai sistem di pautan bawah ini.
 SU Peperiksaan sudah boleh mula untuk daftar mengikut manual yang dibekalkan. Semua guru diminta untuk daftar mata pelajaran dan mengisi markah yang diperlukan. Kerjasama Guru Besar dipohon untuk memastikan penghantaran data ke PPD oleh SU Peperiksaan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

icon MANUAL-SU ( 2011-05-31 12:42:04)

icon saps-sek ( 2011-05-31 12:54:36)

Tarikh akhir penghantaran markan Peperiksaan Pertengahan Tahun telah dilanjutkan kepada 16 Jun 2011
JPN Negeri Sembilan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua sekolah

Read more...

Kenapa Dibenar Tukar Opsyen?

Wednesday, June 1, 2011

Langkah kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.4 bilion di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan 60 peratus guru-guru sekolah rendah mempunyai ijazah menjelang 2015 adalah langkah yang amat disanjung tinggi.
Program Pensiswazahan Guru (PPG) telah mula diiklankan pada penghujung tahun 2010. Calon PPPBS (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah) yang berjaya mendapat tempat telah memulakan pengajian mereka mengikut institusi masing-masing secara mod PJJ bermula Mac dan Jun ini.

Walaupun begitu saya terpanggil untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak KPM berhubung pertukaran opsyen atau bidang calon semasa memohon program ini.
Mengikut syarat-syarat utama dalam iklan tawaran PPG, calon sama sekali tidak boleh menukar opsyen atau bidang mereka. Opsyen asal mereka mestilah kekal seperti di dalam sijil/diploma semasa pengajian di maktab.

Bagaimanapun ada di antara mereka yang memohon PPG tetapi tidak mengikut opsyen asal berjaya mendapat tawaran dengan opsyen yang baharu. Contohnya, opsyen utama di maktab ialah Sains tetapi memohon PPG opsyen Bahasa Melayu, dan berjaya ditawarkan mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Bahasa Melayu Pendidikan Rendah).

Sehubungan itu saya merasakan pengambilan PPG secara besar-besaran ini tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan sendiri oleh pihak KPM. Saya juga antara ribuan calon yang berjaya mendapat tempat untuk PPG ini tidak berani melanggar syarat-syarat utama pengambilan kerana bimbang permohonan akan ditolak.
Jesteru saya dan rakan-rakan yang lain ingin mendapat kepastian dan penjelasan daripada pihak KPM adakah kami boleh atau layak membuat rayuan untuk bertukar opsyen bagi program ini?

Juga saya ingin tahu adakah mereka yang ditawarkan opsyen baru untuk program ini dapat menggugurkan opsyen lama mereka setelah tamat pengajian tahun 2015 nanti?
Saya amat berharap pihak KPM dapat mengambil perhatian dan meneliti perkara ini semula demi keadilan kepada semua calon, dan juga tidak akan berlaku kekurangan dan lambakan opsyen-opsyen tertentu apabila berakhirnya program ini tahun 2015 nanti.

GURU PPG 2011,
Melaka

Read more...

SMS Berkaitan Dengan Beban Tugas Guru

Tuesday, May 24, 2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “JDOY:BHA32217” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 10 Mei 2011.
 
KPM merujuk kepada SMS – Wahai Kementerian Pelajaran Malaysia! Apa keputusan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru? Harap umumkan, jangan dilengah-lengahkan lagi!
 
Bagi menangani isu beban tugas guru, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru (JKMIBTG). JKMIBTG telah mengenal pasti 14 faktor yang menyebabkan guru-guru terbeban dan telah mencadangkan 28 perakuan untuk menangani isu beban tugas guru ini. Daripada 28 perakuan tersebut, ada yang boleh dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan ada yang memerlukan jangka masa panjang untuk dilaksanakan.
 
Satu Jawatakuasa Kerja Pelaksana yang terdiri daripada Bahagian-bahagian di KPM juga telah ditubuhkan untuk memastikan perakuan-perakuan tersebut dilaksanakan. Jawatankuasa ini bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali setiap sebulan di mana status pelaksanaan perakuan-perakuan ini akan dilaporkan.
 
Antara perakuan yang telah diambil tindakan adalah:
 
i.                    Edaran surat siaran oleh KPM bagi menjelaskan serta menegaskan bahawa perancangan dan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu hendaklah diadakan secara berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan; dan
 
ii.                  Satu kajian eksperimental sedang dijalankan mulai Januari sehingga Disember 2011 bagi melihat keberkesanan penambahan jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) dalam mengurangkan beban tugas guru khususnya tugas-tugas perkeranian yang selama ini dilakukan oleh guru. Sehubungan itu, KPM telahpun membuat pengisian 100 jawatan tambahan PT (P/O) di 50 buah sekolah gred A yang mempunyai enrolmen murid melebihi 1,500 orang bagi tujuan kajian eksperimental tersebut. Dapatan kajian ini akan membantu KPM dalam menangani isu beban tugas guru.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Read more...

Insentif Diberi Patut Dinikmati Semua Lapisan Guru

BERITA baik sempena Hari Guru baru-baru ini membolehkan Penolong Kanan (GPK) dan Pengetua masing-masing menerima kenaikan pangkat Gred DG48 dan DG52. 

Jika sebuah sekolah menengah ada 100 guru termasuk GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum dan Pengetua, peluang guru biasa mendapat DG48 cuma tiga peratus dan DG52 hanya satu peratus. Akibatnya majoriti guru kecewa termasuk guru bukan siswazah di sekolah rendah.

Memang benar perkara ini membabitkan soal keupayaan kerajaan, tetapi jika dirundingkan dengan kesatuan guru dan mendapat pandangan semua lapisan guru, pendekatan lebih adil pasti dapat dicapai.
Misalnya guru gred DG41 dengan prestasi cemerlang selepas lima tahun boleh dinaikkan ke Gred DG44 berbanding tempoh 10 tahun sekarang. Lebih banyak gred naik pangkat diwujudkan dan jawatan Guru Cemerlang ditambah supaya lebih ramai guru biasa menikmati Gred DG48 dan DG52. 

Memang benar tugas Pengetua dan GPK berat kerana mereka bertanggungjawab memastikan semua bidang ditadbir dengan cekap agar perjalanan sekolah berkesan untuk menjamin kejayaan murid. 

Namun, guru mendakwa tugas mereka lebih berat kerana bertanggungjawab secara langsung kepada murid dengan mengurus kelas untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilaksanakan dengan berkesan. 

Ada guru menuduh pihak pentadbir hanya tahu merancang, mengarah dan memantau, yang teruk melaksanakan tugas ialah guru. 


Sebenarnya kedua-dua pihak sama penting. Oleh itu, jika ada berita baik, perlu dirasai semua. Kata pepatah ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicicah.’ 

ZIN MARKAM,
Pontian, Johor.
 

Read more...

Guru Kena Inovatif Jayakan Transformasi Pendidikan

Saturday, May 21, 2011

MEI kebiasaannya dikaitkan dengan sambutan pelbagai hari tertentu Hari Guru yang diraikan pada setiap 16 hari bulan. Tema Hari Guru 2011 adalah ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. 

Tema itu jelas membawa maksud perubahan ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara perlu digerakkan 400,000 pendidik di seluruh negara.

Golongan ini adalah jumlah terbesar daripada keseluruhan 1.2 juta kakitangan kerajaan. Justeru, antara elemen terpenting yang harus dimiliki guru dalam merealisasikan transformasi itu ialah budaya inovasi, khususnya dalam pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Secara umumnya, inovasi memberi makna pembaharuan dari aspek idea dan amalan guru. Nilai aspirasi 1Malaysia turut menyenaraikan budaya inovasi sebagai nilai yang perlu diberi penekanan dalam melaksanakannya. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan sistem pendidikan perlu diperbaharui dengan memasukkan elemen karakter bersama kebijaksanaan seperti inovasi. 

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia tahun lalu turut menekankan antara fokus yang diterapkan dalam sistem pendidikan negara ialah membangunkan generasi muda yang mampu berfikir secara kreatif dan inovatif. 

Ini jelas menunjukkan betapa pentingnya budaya inovasi dipupuk dalam diri pendidik. Guru perlu berani berubah untuk kebaikan, mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa menjadi perintis dalam bidang pendidikan. Guru berinovasi harus memikirkan cara memanfaatkan kemudahan disediakan untuk kebaikan pelajar. 

Mungkin ada baiknya juga Kementerian Pelajaran merancang untuk memansuhkan peperiksaan wajib darjah enam dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) selain mengehadkan pengambilan subjek dalam Sijil pelajaran Malaysia (SPM). 

Di samping mengurangkan beban guru yang terkejar-kejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran mengikut tempoh ditetapkan, banyak masa boleh digunakan mereka untuk membudayakan inovasi ini khususnya memikirkan strategi pengajaran dan pembelajaran berkesan untuk pelajar mereka. 

ABDUL HALIM ABDULLAH,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
 

Read more...

Guru Wajar Bersyukur Khidmat Tetap Dihargai

TERIMA kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan hadiah paling istimewa sempena Hari Guru tahun ini. Walaupun saya bukan dI kalangan guru, namun saya bangga kerana pernah mendapat khidmat guru ketika bersekolah pada masa lampau. 

Saya terpanggil untuk mengutarakan rasa kesyukuran di atas pengumuman Perdana Menteri dan komitmen kerajaan terhadap guru. Pengumuman itu memperlihatkan kerajaan mengambil berat dan sentiasa memartabatkan kerjaya perguruan. Kini peluang kenaikan pangkat golongan ini semakin bertambah baik, melalui pewujudan empat kategori guru iaitu guru biasa, guru kanan, guru wibawa dan guru pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun berkhidmat. 


Jika dibandingkan dengan masa lampau, beban tugas guru hari ini semakin berat dan mencabar seperti mengurus kewangan, pentadbiran sekolah, hal ehwal akademik, kokurikulum, kemasyarakatan dan berbagai-bagai lagi. 

Guru juga bertanggungjawab untuk melonjakkan keputusan peperiksaan saban tahun yang menjadi harapan ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya. 

Semoga dengan pengumuman kaedah dan naik pangkat guru menjadi pencetus semangat untuk memberikan perkhidmatan dengan jujur dan ikhlas. 
Baru-baru ini ada rungutan di kalangan guru sama ada berkhidmat di sekolah rendah, mahupun di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Hendaknya bersyukurlah mereka kerana mempunyai pekerjaan dan jaminan kerja yang baik. 

Di luar sana masih ramai yang tidak dapat berkhidmat dengan kerajaan bukan kerana tidak mempunyai kelulusan akademik serta bakat dan kreativiti tetapi kerana tidak terpilih sebagai guru kerana tempat yang terhad. 

Saya memohon guru itu memberikan reaksi positif terhadap pengumuman kerajaan kerana saraan gaji guru kini semakin baik dan dinamik, demikian juga peluang untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi. 

Hendaknya guru jangan mengejar pangkat dan gaji tinggi saja. Jauh daripada itu tugas mendidik anak bangsa hingga menjadi insan berkualiti dan mampu membina tamadun baru lebih diutamakan. 

Lihat bagaimana guru pada suatu masa dulu bukan saja menjadi guru di sekolah, bahkan menjadi guru juga di kalangan masyarakat sehinggakan sudah bersara pun tetap dipanggil cikgu dan mampu pula menggerakkan rakyat untuk meniup semangat nasionalisme bagi menuntut kemerdekaan dengan mengusir penjajah melalui kaedah pendidikan dan pembelajaran. 

YOSRI ABU MAHSIN,
Kota Belia, Putrajaya.
 

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP