Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label e-Gtukar. Show all posts
Showing posts with label e-Gtukar. Show all posts

Pertukaran Guru bagi pertukaran sesi Jun 2012

Friday, March 30, 2012

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .



Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Read more...

Pengemaskinian Maklumat Guru Bagi Pelaksanaan Pertukaran Dan Penempatan Guru 2012

Wednesday, February 29, 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Operasl Pendidikan telah membangunkan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI) yang diuruse.tiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan pelaksanaan e-OPERASI adalah bagi memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Sural Pekeliling Ikhtisas Sil 712010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan.
3. Bagi memastikan pelaksanaan e-OPERASI berjalan lancar serta memenuhi keperluan semua bahagian SOP berhubung maklumat penempatan dan pertukaran
guru di sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing, ke~asama Y.Bhg DatuklDato'ltuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat guru melalui aplikasi e-OPERAS!.

Read more...

Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Januari 2012

Tuesday, August 9, 2011

Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk sesi Januari 2012 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011 nanti. 


Kepada guru-guru yang berminat untuk memohon bertukar bagi semua jenis permohonan pertukaran perlu menyemak dan mengemaskini data dalam sistem pangkalan data bermula pada08 hingga 26 Ogos 2011 melalui laman web e-GTukar http://apps.moe.gov.my/epgo/

Guru-guru yang layak memohon melalui sistem online ini ialah gred DGA29, DGA32(KUP Time Based), DG41, DG44(KUP Time Based) dan DG48 (KUP Time Based) sahaja. 

Pengetua perlu menyemak dan membuat pengesahan permohonan pertukaran mulai 1 September hingga 28 September 2011. Sekiranya terlupa kata laluan melalui sistem 'on-line' sila datang sendiri ke unit menengah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk mendapatkan kata laluan.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dicetak sebanyak 3 salinan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar beserta surat sokongan dan dihantar ke PEJABAT PELAJARAN DAERAH selewat-lewatnya 28 September 2011.

Sekiranya terdapat sebarang pindaan maklumat yang perlu dibuat,
sila berhubung dengan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di semua Pejabat Pelajaran Daerah.

Read more...

Arahan Mengemaskini Maklumat Guru Melalui Laman Web e-operasi

Saturday, March 5, 2011





Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan Surat Siaran tentang Pertukaran Guru Antara Negeri, Dalam Negeri dan antara Daerah sesi Jun 2011. Lanjutan daripada itu, semua Guru Besar dan Pengetua sekolah rendah dan menengah di Negeri Sembilan diminta mengambil tindakan mengemaskini maklumat guru melalui laman web e-Operasi atau   http://apps.moe.gov.my/eoperasi/  . Laman web ini boleh juga  dipaut melalui laman web e-GTukar, iaitu:-

i.        http://www.moe.gov.my    atau
ii.             http://apps.moe.gov.my/epgo
Semua pihak pengurusan sekolah diminta untuk melaksanakan proses pengemaskinian ini bermula pada 1 hingga 27 Mac 2011Sila guna  Id,Katalaluan dan No.KP Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk memasuki sistem e-Operasi.Kerjasama Guru Data Sekolah boleh dimanfaatkan untuk melicinkan urusan ini. Surat arahan daripada jabatan berkait perkara ini akan dihantar ke semua sekolah dalam masa terdekat.

Read more...

Tiada Surat Sokongan

Thursday, November 25, 2010

PUTRAJAYA 25 Nov. - Guru-guru yang memohon untuk bertukar mengajar di sekolah lain perlu melalui proses pertukaran biasa tanpa menggunakan surat sokongan individu tertentu seperti ahli politik.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, guru-guru perlu mematuhi syarat-syarat pertukaran yang telah ditetapkan seperti sudah berkhidmat selama lima tahun di sesebuah lokasi.

Katanya, faktor kekosongan bagi mata pelajaran penting seperti Bahasa Inggeris akan diberikan keutamaan dan bukannya mengikut kehendak seseorang guru.

''Tidak semua permohonan dianggap berjaya kerana pertimbangan kementerian berdasarkan kriteria ditetapkan dan disokong oleh jawatankuasa yang telah dilantik.

''Jawatankuasa tersebut yang akan membuat pertimbangan berdasarkan keperluan sekolah bagi menguruskan penempatan guru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sebagai contoh, katanya, jika di Kelantan sudah mempunyai guru agama mencukupi, maka sudah tentu permohonan mereka terpaksa ditolak tetapi jika guru Bahasa Inggeris yang memohon, ia akan diterima.

Beliau mengulas surat pekeliling daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan yang memberikan garis panduan berhubung tindakan ke atas surat sokongan yang diterima daripada pemimpin kerajaan, individu berpengaruh atau mana-mana orang mengenai sesuatu urusan kerajaan.

Abdul Ghafar berkata, guru-guru yang mahu memohon pertukaran penempatan ke sekolah baru perlu mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara itu kerana ia terpakai untuk semua kakitangan awam.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Read more...

Dilema Penempatan Guru

Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar.

Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar.

Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.

Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan. Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal.

Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.

Misalnya, satu sekolah hanya memerlukan tiga guru Matematik tetapi terdapat lima guru di situ. Jika opsyen kedua semua guru ini berbeza, maka mereka boleh mengajar subjek yang lain. Tiada masalah.

Sebaliknya, masalah akan timbul jika ada pertindihan opsyen. Ia membabitkan guru terbabit, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran. Akhirnya pelajar menjadi mangsa keadaan, diajar oleh guru yang tidak terlatih dalam subjek berkenaan.

Justeru, bertukarlah dengan alasan yang konkrit seperti disebabkan isu keselamatan atau faktor kesihatan.

Contoh isu keselamatan ialah hal yang berbangkit akibat keganasan rumah tangga. Misalnya seorang guru wanita menerima ugutan dan ancaman daripada bekas suami. Bila ini berlaku memang wajar dan ada keperluan untuk beliau berpindah ke sekolah lain.

Manakala dalam masalah kesihatan pula mestilah yang melibatkan sakit kronik dan memerlukan rawatan rapi. Kemudahan perubatan mungkin hanya terdapat di hospital di kawasan bandar sahaja.

Bagaimanapun, ia terhad kepada guru itu sendiri dan ahli keluarga terdekatnya iaitu anak, suami atau isterinya sahaja.

Ibu bapa tidak termasuk dalam kategori ini. Rasionalnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur perlu dipikul bersama dan bukannya diletakkan kepada guru berkenaan sahaja.

Selain itu, alasan mengikut suami perlu diberi keutamaan agar tumpuan guru terbabit tidak terjejas. Ia juga bagi memastikan guru itu dapat memberikan prestasi yang tinggi dan terbaik untuk para pelajarnya.

Jelas di sini, Kementerian Pelajaran menitikberatkan tahap kemanusiaan yang tinggi dalam penempatan para guru supaya kebajikan mereka terbela.
Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan guru untuk komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.

Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru. Kepada yang kurang bernasib baik, bersabar dan jika perlu, buatlah rayuan.

Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.

Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati.

Sumber :Utusan Malaysia Online

Read more...

Sistem e-g Tukar Guru Bercelaru

Friday, September 24, 2010

SAYA ialah guru di sekolah rendah yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun. Saya ingin membuat aduan mengenai sistem pertukaran guru secara online atau e-g tukar. 

Untuk pengetahuan sistem online ini tidak membabitkan semua guru, bermakna permohonan pertukaran dibahagikan kepada dua sistem iaitu secara online dan manual mengikut kumpulan tertentu yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

Sebagai guru gred DGA29, saya dikehendaki memohon pertukaran secara online melalui sistem e-g tukar, namun ia ternyata bercelaru dan menimbulkan masalah kepada saya dan rakan guru lain. Saya sudah mencuba untuk memasuki sistem pertukaran guru secara online ini selama seminggu, namun hasilnya amat mengecewakan.

Pertama kali saya menggunakan khidmat e-g tukar secara online ialah pada sesi pertukaran pertengahan tahun ini dan ia berjalan lancar tanpa masalah. Namun, permohonan saya tidak diluluskan. Ini membuatkan saya yakin bahawa sistem ini amat mudah untuk dilaksanakan pada awalnya walaupun permohonan tidak diluluskan. 

Namun, apabila saya kembali memohon pertukaran sesi hujung tahun yang tempoh permohonan dari 1 hingga 30 September ini, saya menghadapi beberapa masalah. 

Saya mengisi kembali borang e-g tukar menggunakan ID dan kata laluan yang sama seperti sesi permohonan e-g tukar pertama, namun hasilnya sistem menyatakan maklumat laluan salah. 
Saya memasukkan kata laluan baru, hasilnya sistem menyatakan bahawa permohonan pertukaran anda tidak dibenarkan melalui sistem ini sila hubungi sektor Tingkatan Enam 

Untuk pengetahuan, guru Tingkatan Enam tidak perlu memohon pertukaran secara online, mereka hanya perlu mengisi borang secara manual. Keadaan itu, menimbulkan seribu tanda tanya kepada saya. 

Bagaimana saya boleh didaftarkan sebagai guru Tingkatan Enam, sedangkan sebelum ini saya didaftarkan sebagai guru sekolah rendah dengan gred DGA29. 

Saya menghubungi pihak berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Johor, namun talian tidak berjawab walau berkali-kali saya menelefon, sedangkan tarikh tutup permohonan semakin hampir. 

Lulus atau tidak permohonan pertukaran memang kuasa pihak atasan, namun memohon untuk bertukar adalah hak kami sebagai penjawat awam. 


GURU DGA29,
Johor Darul Takzim.
 

Read more...

Guru Sukar Bertukar Tempat Mengajar

Wednesday, August 18, 2010



Sukar untuk isteri bertukar tempat mengajar di Seremban, Negeri Sembilan. Hanya mereka yang ada kenalan di Jabatan Pelajaran mudah bertukar tempat bertugas”
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk dan memberi maklum balas kepada SMS “SUAMI KECEWA” dalam akhbar KOSMO bertarikh 6 Ogos  2010 seperti kenyataan di atas.
 
Untuk makluman, permohonan bertukar tempat kerja / sekolah adalah diproses secara on-line. Permohonan tersebut dibuka sebanyak 2 kali dalam setahun. Untuk pertukaran di antara daerah, ia adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Manakala, bagi pertukaran masuk ke daerah Seremban, ia perlulah mengikut kekosongan dan opsyen. Hal ini tidak berkaitan dengan kenalan di JPN seperti yang dinyatakan.
 
Dimaklumkan bahawa KPM tidak dapat menyemak secara individu mengenai kenyataan pengadu kerana beliau tidak memberikan maklumat yang terperinci.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
 

Read more...

Permohonan Pertukaran Guru Januari 2011

Thursday, August 12, 2010

Permohonan pertukaran guru antara negeri/daerah dan dalam daerah bagi pertukaran Januari 2011 untuk guru DGA29, DG41, DGA32 (kup), DG44 (kup) boleh dibuat secara online melalui e-GTukar mulai 1 hingga 30 September 2010.
Perhatian kepada pentadbir/pihak sekolah sila buat semakan dan pengemaskinian data maklumat guru sehingga 18 Ogos 2010.

Keputusan permohonan pertukaran guru dijangkakan pada 15 November 2010....

Read more...

Kemaskini Data Guru Dalam Sistem Pertukaran Guru Secara Online

Friday, August 6, 2010



Pihak sekolah diminta membuat persediaan bagi permohonan pertukaran guru bulan Disember 2010.

Pihak sekolah dikehendaki membuat semakan dan mengemaskini data guru mulai 03 Ogos 2010 hingga 17 Ogos 2010. Sebarang pertanyaan mengenai perkara di atas sila hubungi Penolong Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing..


catatan :http://apps.emoe.gov.my/epgo/

Read more...

Semakan Permohonan Pertukaran Antara Negeri, Dalam Negeri Dan Daerah

Sunday, May 30, 2010


Keputusan pertukaran Antara Negeri dan Dalam Negeri sudah boleh diperolehi melalui laman sesawang http://apps.emoe.gov.my/epgo . Sila login menggunakan ID dan Pasword kemudian klik pada menu semakan pemohon.
Kepada guru-guru yang GAGAL, sila cetak surat yang boleh diperolehi di dalam menu berkenaan dan serah salinan tersebut kepada guru besar / pengetua. Guru-guru yang LULUS pula sila dapatkan surat rasmi pertukaran.

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP