Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label bonus. Show all posts
Showing posts with label bonus. Show all posts

Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam

Monday, August 8, 2011



KUALA LUMPUR 8 Ogos 2011 – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

– Bernama

Read more...

Pemberian Bonus Kepada Kakitangan Awam Bukan Satu Kemestian

Tuesday, November 2, 2010

MERUJUK surat oleh 'Layak Dihargai, Kuala Lumpur' dalam ruangan ini baru-baru ini, saya bersependapat dengan beliau bahawa pemberian bonus sepatutnya hanya untuk mereka yang menjalankan tugas dan amanah dengan baik serta cemerlang. 

Ia harus bersifat subjektif dan bukan kemestian kepada seluruh kakitangan awam berjumlah 1.2 juta orang. 


Namun, setinggi tahniah kepada Presiden CUEPACS, Omar Osman kerana menjalankan kerjanya dengan baik sebagai satu daripada tugas utamanya meminta bonus dan kenaikan gaji daripada kerajaan setiap tahun. Alasan yang cukup sinonim agar dapat ‘memberikan suntikan semangat selain meringankan beban kakitangan awam’.
Secara logik dan praktikal sejauh manakah suntikan semangat itu berkesan dan memenuhi matlamat? Mengapa dan sampai bila, beban serta masalah kakitangan awam perlu ditanggung kerajaan? 

Bukankah mereka semua menerima imbuhan yakni gaji yang berpatutan dengan taraf jawatan serta pendidikan masing-masing. 

Perlu difahami secara tidak langsung pemberian bonus ini umpama ‘subsidi’ tunai tambahan kepada kakitangan awam selain pelbagai kemudahan disedia dan diberikan. 
Belajarlah hidup ‘berdikari’ dan memikirkan bagaimana hendak menyelesaikan masalah sendiri. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan keperluan sewajarnya. Rezeki secupak tidak akan menjadi segantang, jika kita sendiri tidak berusaha menambahkannya. 

Pada saya tindakan berterusan mendesak kerajaan agar diberikan juga bonus, bukan langkah yang bijak. Ia dilihat lebih kepada tindakan berkepentingan sendiri. Kerajaan sudah menjelaskan dengan baik mengapa tidak boleh diberikan bonus. 

Sepatutnya semua kakitangan awam memahami dan menerimanya dengan baik. Namun, atas keprihatinan kerajaan ada juga ‘sagu hati’ dan insentif lain diberikan. Janganlah nanti dikatakan tidak tahu berterima kasih. Sepatutnya, semua pihak bersyukur dan bukan terus mendesak dan mencari kesalahan pihak lain. 

Jika berdasarkan alasan itu, bukan semua kakitangan awam layak dan patut menerima bonus. Saya menyokong penuh pemberian bonus, tetapi ia harus diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar layak. 

Mungkin boleh diguna pakai formula daripada swasta. Hanya kakitangan awam yang terbukti kuat bekerja dan rajin demi kemajuan, pembangunan dan keuntungan jabatan layak diberikan bonus. 
PEGAWAI KANAN 44, 
Selangor.
 

Read more...

Bonus hanya Untuk Pekerja Cemerlang

Thursday, October 28, 2010

BARU-BARU ini kerajaan meluluskan peruntukan RM500 sebagai Bantuan Kewangan Khas kepada penjawat awam bagi meringankan beban mereka terutama bagi menampung perbelanjaan persiapan sekolah. 

Bantuan kewangan itu diberikan kepada penjawat awam Gred 54 ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan. Langkah ini dalam suasana ekonomi global yang belum stabil, menunjukkan keprihatinan kerajaan menjaga kebajikan pegawai dan kakitangannya.


Harapan CUEPACS bagi mendapatkan bonus untuk ahlinya tidak dapat ditunaikan, jika berbuat demikian kerajaan terpaksa membelanjakan lebih RM3 bilion. Walaupun ekonomi semakin stabil, ia turut bergantung kepada ekonomi dunia.
Tuntutan CUEPACS dan langkah kerajaan berhubung tuntutan itu masing-masing mempunyai alasan. Suara CUEPACS mewakili ahlinya, manakala kerajaan pula perlu mengimbangi kepentingan negara dan pegawainya. Dalam hal ini, saya berpendapat kita harus mencari langkah terbaik untuk mengelak keluh kesah yang setiap tahun kedengaran. 

Pada pendapat saya, bonus hanya boleh diberi kepada mereka yang layak kerana menunjukkan prestasi cemerlang. Prestasi diukur dari pelbagai aspek yang boleh dikira dan tidak membabitkan kecenderungan manusia dalam membuat keputusan. 

Prestasi ini berasaskan statistik, bukan penilaian pegawai dalaman. Juri rawak di kalangan rakyat yang dipilih wakil rakyat, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kerajaan negeri juga boleh menilai tahap perkhidmatan diberikan pegawai kerajaan. 

Dengan penilaian prestasi seperti ini, penjawat awam dapat dinilai secara saksama. Adil kepada rakyat, kerajaan, kakitangan dan pegawai kerajaan terbabit. 
Pegawai kerajaan yang bertungkus-lumus, rajin, bekerja keras diberi penghargaan sewajarnya dan sebaliknya. Hanya mereka yang cemerlang, dedikasi, dihargai dan mereka inilah sepatutnya diberi bonus berganda. Bukan mereka yang sebilangan malas, tetapi dapat bonus juga. 

Sudah masanya, polisi perkhidmatan kerajaan diselaraskan antara negeri, bonus diberikan kepada mereka yang layak dan perkhidmatan dinilai melalui prestasi berasaskan statistik. Dengan ini, kita tahu di mana kita berada dan ke mana tujuannya. 
LAYAK DIHARGAI, 
Kuala Lumpur.
 

Read more...

Tiada Bonus, k'tangan Awam Diberi Bantuan RM500

Saturday, October 16, 2010

Kerajaan mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah, termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan.


Ia akan dibayar pada bulan Disember bagi meringankan beban perbelanjaan persiapan persekolahan.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan bajet 2011 di Dewan Rakyat petang ini.

Selain itu, kerajaan juga menaikkan kadar bantuan mengurus jenazah kepada RM3,000 berbanding RM1,000 sekarng, selaras dengan kenaikan kos pengurusan jenazah.



"Bantuan ini juga akan dipanjangkan kepada pesara kerajaan," tambah beliau.

Kerajaan juga, katanya, perkhidmatan pegawai khidmat singkat akan tamat pada 31 Disember 2010, akan disambung setahun lagi.

Oleh itu, kementerian dan agensi tidak dibenarkan untuk menambah bilangan pegawai khidmat singkat baru.


Wanita
Najib juga mengumumkan penjawat awam wanita diberi pilihan untuk menentukan sendiri sama ada untuk mengambil cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari.
Sekarang ini, mereka menikmati 60 hari kecuali di Kelantan yang telah melaksankan tempoh cuti 90 hari berkenaan.

Najib berkata kemudahan, yang bertujuan menambah baik kemudahan cuti bersalin penjawat awam wanita, bagaimanapun tertakluk kepada kelayakan keseluruhan bilangan cuti bersalin sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

"Sememangnya pun, kerajaan sungguh mengambil berat dengan kerjaya dan kebajikan penjawat awam wanita. Mereka juga perlu memberi tumpuan kepada penjagaan keluarga, terutamanya anak yang baru dilahirkan," kata Najib.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan, termasuk untuk memperkenalkan Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita bersempena Hari Wanita mulai tahun depan.

Read more...

Kerajaan Tak Beri Bonus bagi Elak Perbelanjaan Melebihi Pendapatan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan memberikan bantuan kewangan khas dan bukan bonus sebulan kepada kakitangan awam kerana tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.


Perdana Menteri berkata, sekiranya kerajaan memberikan bonus sebulan ia menyebabkan implikasi perbelanjaan kerajaan sehingga RM3.1 bilion.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, pagi ini.

Berita Harian Online


Read more...

Bonus Untuk Bergaji Kecil

Friday, September 24, 2010

TUNTUTAN bonus untuk kakitangan awam kedengaran lagi. Kali ini, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan. Presidennya, Omar Osman berkata CUEPACS sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.


Kita kerap kali bertelagah mengenai pemberian bonus. Ada yang meminta dua bulan gaji, ada satu bulan setengah dan macam-macam lagi. Jika permohonan pemberian bonus diluluskan sebanyak dua bulan gaji, ia hanya menguntungkan mereka yang bergaji besar. Mereka yang bergaji besar sudah tentu mengucapkan terima kasih kepada CUEPACS dan kerajaan. Tetapi bagaimana pula mereka yang bergaji kecil seperti saya? Kerap kali perkataan ‘tidak adil’ akan kedengaran di kalangan mereka yang bergaji kecil. Lebih malang lagi jika yang bergaji besar seolah-olah berbangga dengan jumlah yang mereka terima.

Sebagai contoh, jika pemberian bonus berdasarkan dua bulan gaji bermakna mereka yang bergaji RM5,000 akan dapat RM10,000. Dengan jumlah RM10,000 itu, ia sebenarnya dapat diberi kepada 10 kakitangan awam lain yang bergaji kecil.

KAKITANGAN KPM
Bandar Baru Bangi

Read more...

Penjawat Awam Harap Tuntutan Pemberian Bonus Dipenuhi Kerajaan

Sunday, September 5, 2010

SEPERTI biasa tuntutan bonus untuk kakitangan awam sudah mula kedengaran terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadualkan pada pertengahan bulan September nanti. 

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman baru-baru ini dilaporkan memohon kepada Perdana Menteri agar kakitangan awam diberikan bonus awal ataupun bonus raya antara RM1,000 hingga RM1,500 sempena Hari Raya kelak.


Perkara ini dilihat sudah menjadi agenda tetap CUEPACS setiap tahun di mana mereka yang akan mengepalai tuntutan bonus dari pihak kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.


Fenomena meminta bonus ini bukan saja sudah menjadi agenda tetap di pihak CUEPACS tetapi juga menjadi harapan tetap setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan. 

Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, penulis melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang keperluan terutama menjelang musim perayaan serta kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya. 

Pada masa yang sama, pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara pula secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan dan statistik yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global dan diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan. 

Malah baru-baru ini Bank Negara sudah pun mengumumkan bahawa ekonomi negara berkembang pada kadar 9.5 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang boleh ditafsirkan sebagai satu pencapaian yang cukup memberangsangkan. 


Dalam hal ini kita percaya pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat kerana pengumuman ini amat melegakan kita semua. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah dan inisiatif yang sudah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk terus merangsang dan memacu kembali ekonomi negara bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi seperti yang diidam-idamkan. 

Justeru, selepas mengambil kira tahap kelemahan yang ketara dalam kuasa beli pengguna dewasa ini serta pengumuman kadar pertumbuhan KDNK yang cukup meyakinkan itu, adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan pemberian bonus yang diharapkan ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah. 

Apapun kita berharap agar pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran sebelum membuat keputusan tentang tuntutan bonus raya pada tahun ini. Bagi penjawat awam pemberian bonus adalah suatu yang amat wajar dan sangat diperlukan terutama untuk perbelanjaan Hari Raya yang bakal disambut, namun bagaimana pula dengan kewajaran di pihak kerajaan? 


NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED,
Serdang, Selangor.
 

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP