Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Naik Pangkat. Show all posts
Showing posts with label Naik Pangkat. Show all posts

Cara Pengiraan Gaji Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Friday, March 30, 2012





Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia


Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP. Bil. 1/2012



Read more...

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 Ke DGA34

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA". Untuk maklumat lanjut berkaitan Surat Siaran ini sila klik >>di sini. 
Untuk Borang sila klik >> Borang   SenaraiSemak  TapisanKeutuhan   Format
Daripada: Unit Naik Pangkat & Tatatertib | 28 Mac 2012

Read more...

Pelarasan Gaji Berkuatkuasa 1 Januari

Thursday, March 8, 2012



PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. 

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

Read more...

SBPA Batal Dan Kembali Semula ke SSM




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.

"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Read more...

SBPA: Berita Baik Untuk penjawat Awam Hari Ini?

Wednesday, March 7, 2012

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), hari ini.

Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu,
memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.

Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif
untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yang
semakin meningkat daripada masyarakat moden.

Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, pengekalan dan pemacu
dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau membentangkan
Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh bermakna gaji yang lebih
tinggi.

Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji yang begitu ketara
antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.

Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu disemak semula.

Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan yang dikatakan wujud
dalam skim yang dicadangkan itu.

Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal daripada
yang diduga.

Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja digunakan.

Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang disemak
semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.

Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan
tinggi pada akhir dekad ini. Pada akhirnya, mereka yang berada dalam sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah
kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah pentadbiran Najib bagi
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik. - Bernama

Read more...

Permohonan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)

Monday, February 27, 2012

PEMBERITAHUAN: MEMOHON PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) GRED DG2-1, DG2-2, DG2-3 DAN DG2-5 YANG MEMPEROLEH IJAZAH SEMASA DALAM PERKHIDMATAN UNTUK DINAIKKAN PANGKAT KE GRED DG1-1  
Sukacita dimaklumkan bahawa, di bawah perlaksanaan SBPA, skim perkhidmatan PPPS dan PPPLD telah dipinda menjadi skim perkhidmatan bersepadu  Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Jesteru, mana-mana PPPLD yang telah memperoleh ijazah semasa dalam perkhidmatan dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) boleh dinaikkan pangkat ke DG1-1 tanpa perlu dilantik semula oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dengan syarat pegawai berkenaan memilih opsyen SBPAUntuk maklumat lanjut sila klik dibawah:
 Daripada: Unit Naik Pangkat | 27 Februari 2012

Read more...

e-Pangkat

Monday, October 3, 2011


Sistem Naik Pangkat atau e-Pangkat merupakan satu sistem aplikasi dalam talian yang berintegrasi dan komprehensif bagi melaksanakan proses pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dan memantau serta mengemaskini data-data kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Pada masa ini semua maklumat peribadi guru telahpun dimasukkan ke dalam pangkalan data sistem tersebut. Namun maklumat-maklumat lain seperti Maklumat Pengisytiharan Harta, PTK, Akademik dan lain-lain lagi (rujuk rajah di bawah) masih belum diisi.  Oleh itu setiap sekolah dikehendaki memastikan Pembantu Tadbir memasukkan butiran-butiran lain tersebut seperti tarikh lantikan, tarikh pengisytihatan harta dan lain-lain.  Namun pengisian maklumat prestasi akan dilakukan oleh JPN.  Selepas PT mengemaskinikan maklumat-maklumat tersebut, Penolong Kanan (Pentadbiran) akan menyemaknya sebelum Guru Besar  mengesahkannya.


Nombor Kad Pengenalan:XX0124-XX-XX64
Nama: SYARIFAH NOORIZAN BT MOHD ISA
Maklumat PeribadiMaklumat Akademik
Maklumat Pengisytiharan HartaMaklumat Pengalaman Kerja
Maklumat PTKMaklumat Prestasi
Maklumat Prestasi Khas
Maklumat Peminjam TegarMaklumat Keutuhan SPRM
Maklumat Perkhidmatan
AKS / 
CUTI /
PPPLD/PPPS
Maklumat Tindakan
Tempoh Cubaan Berdenda /
Tatatertib
Penilaian bagi laluan cemerlang

Bagi semua guru, pastikan semua maklumat diri anda dikemaskini agar apabila iklan kenaikan pangkat dikeluarkan tidak akan timbul masalah untuk mengisi borang permohonan ini secara online.

Sumber : http://www.moe.gov.my/epangkat    

Read more...

CUEPACS Mesti Lebih Adil Tuntut Gaji, Elaun

Monday, May 2, 2011

USAHA Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon penyelarasan gaji mahu pun elaun kakitangan awam sempena Hari Pekerja 2011 memang dialu-alukan demi menjaga kebajikan pekerja. 

Penyelarasan Elaun Sara Hidup (COLA) dibayar sama rata kepada semua kakitangan awam RM300 sebulan tanpa mengira kategori kawasan kakitangan itu bertugas juga satu keputusan adil.



Ini kerana, elaun COLA bukan hanya untuk menampung keperluan kos sewa rumah saja tetapi merangkumi kos sara hidup seharian seperti keperluan makan minum dan pengangkutan. Dalam kepesatan ekonomi kini, kos sara hidup ibarat air laut ada pasang surutnya.

Bagaimanapun, dalam merancang tindakan wajar daripada kerajaan, CUEPACS juga perlu realistik dan memastikan apa yang diminta itu memberi keadilan kepada semua kakitangan awam pelbagai gred jawatan. 

Merujuk temu bual Azrul Affandi Sobry bersama Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, sempena Hari Pekerja bertajuk ‘Bayaran COLA lebih adil terus diperjuang’ yang disiarkan akhbar ini kelmarin, ada perkara saya fikir terlepas pandang daripada penilaian beliau. 

Mengikut pemahaman saya, tujuan elaun COLA dibayar untuk membantu kakitangan awam menguruskan kos kehidupan seharian bukan membantu pembayaran kos sewa rumah kerana bagi tujuan pengurusan kos sewa rumah, setiap kakitangan awam sudah pun mempunyai elaun perumahan atau Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). 

Lagipun, situasi semasa perlu difahami serta dikaji kerana apa yang berlaku mungkin sewa rumah di bandar lebih mahal berbanding di luar bandar tetapi harga barang keperluan di bandar lebih murah jika dibandingkan dengan harga barang keperluan di luar bandar. 


Saya perhatikan sebelum ini, kebanyakan usaha CUEPACS berkaitan kenaikan gaji, elaun mahu pun pemberian bonus tahunan banyak memberi keuntungan kepada kakitangan sokongan gred 1 hingga 40 serta gred 48 ke atas dan yang menjadi mangsa keadaan adalah kakitangan gred 41 hingga 44. 

Sebarang usaha CUEPACS berkaitan gaji, elaun dan bonus perlulah dibuat lebih adil dan saksama supaya sistem sedia ada tidak menjadi bahan jenaka pihak lain. 

Kita biasa mendengar gurauan: “Saya yang tak sambung belajar dan tidak ada ijazah pun dapat gaji lebih tinggi dari awak yang ada ijazah”. Harap CUEPACS dan kerajaan lebih peka mengenai perkara ini. 

KAKITANGAN 41,
Tanjung Malim, Perak.
 

Read more...

Urusan Pemangkuan Guru / Pensyarah Cemerlang PPP ( KUP) Tahun 2011 Di KPM

Sunday, April 10, 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
  • Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan
  •  Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian
  • Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
  • Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.
Siaran,borang dan dokumen permohonan boleh didownload DI SINI atau layari web Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti DI SINI

Read more...

CUEPACS Kemuka Lima Tuntutan Baru

Wednesday, March 30, 2011

IPOH: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mengemukakan lima tuntutan baru kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), termasuk penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. 

Tuntutan lain akan dikemukakan dalam pertemuan Majlis Tertinggi CUEPACS dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah, di Putrajaya, Isnin ini ialah kenaikan pangkat berdasarkan 'time base' (tempoh perkhidmatan) kurang 15 tahun dan penjawat awam tidak dipindah atau ditukar ke negeri lain jika menerima kenaikan pangkat dalam gred yang sama.


JPA juga diminta menerima sijil cuti sakit dikeluarkan doktor kepada penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya melalui pembedahan, cuti tanpa rekod ditambah daripada 14 hari kepada 30 hari serta cuti separuh gaji bagi menjaga ahli keluarga yang ditimpa musibah sehingga tiga bulan.
CUEPACS juga akan membuat susulan terhadap keputusan kerajaan serta cadangan dikemukakan kongres itu kepada JPA sebelum ini, termasuk cadangan sistem penilaian kompetensi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun ini serta kajian semula Sistem Saraan Malaysia (SSM) iaitu gaji minum kakitangan awam RM920 sebulan. 

Bercakap selepas berdialog dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Pejabat JPJ Perak di sini, semalam, Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata cadangan penghapusan Gred 1 hingga 16 membolehkan penjawat awam berkenaan terus ditempatkan pada Gred 17 dengan gaji RM820 sebulan ketika ini atau RM920 jika cadangan gaji minimum yang dikemukakan pihaknya kepada JPA pada 1 Julai 2007, dipersetujui kerajaan dalam kajian semula SSM. 

Katanya, penjawat awam Gred 1 hingga 16 perlu diberikan gaji lebih tinggi bagi membolehkan mereka menyesuaikan dengan peningkatan kos sara hidup. 

Dalam pada itu, Omar berkata CUEPACS meminta kerajaan menimbang pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan tahun ini bagi mengimbangi bonus diterima mereka yang berkhidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan tertentu. 

Sumber : Berita harian Online

Read more...

Kaji Kenaikan Pangkat Guru Siswazah

Monday, March 28, 2011




KEMENTERIAN Pelajaran perlu mengkaji semula kenaikan pangkat guru siswazah yang terbabit dengan peralihan daripada Sistem Saraan Baru (SSB) kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002.

Kajian itu perlu berikutan kesukaran mereka memperoleh kenaikan gred daripada DG44 kepada DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) berasaskan tempoh perkhidmatan.



SSB diperkenalkan pada 1992 manakala SSM menyusul 10 tahun kemudian sebagai penambahbaikan sistem sedia ada, namun ramai pendidik mendakwa wujud kekeliruan dan kepincangan dalam urusan dan laluan kenaikan pangkat.

Kementerian dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, berkata kajian sekumpulan empat pendidik itu mendapati kakitangan yang dilantik pada 1990 dan 1991 terpaksa berkhidmat sehingga 24 tahun untuk melayakkan mereka memperoleh kenaikan gred daripada DG44 kepada DG48.

Ini berbeza dengan guru yang dilantik pada 1995 yang hanya berkhidmat 20 tahun untuk memperoleh kenaikan berkenaan sedangkan mereka memiliki kelayakan akademik dan opsyen sama.

Kenyataan itu juga menyatakan, perkara berkenaan harus diperinci supaya kakitangan awam khususnya perkhidmatan pendidikan tidak mengalami kerugian dan ketidakadilan dalam skim itu.

Katanya, dalam urusan kenaikan pangkat KUP berasaskan tempoh perkhidmatan wujud perbezaan tempoh masa ketara dalam skim yang didakwa bertentangan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR). 


Beliau berkata, artikel 23 (2) jelas menyatakan semua pekerja tanpa pilih kasih mempunyai hak sama rata dalam pekerjaan dan penggajian dalam skim sama.

“Peralihan SSB kepada SSM menyebabkan ada kakitangan mencapai tangga gaji mati dua hingga empat tahun sebelum layak untuk kenaikan DG48 mengikut jadual mata gaji Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”, katanya.

Peralihan SSB kepada SSM menyebabkan guru yang menerima pelantikan pada 1990 dan 1995 memperoleh pergerakan gaji setara dan menikmati DG48 KUP berasaskan tempoh perkhidmatan pada 2014.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana kumpulan lantikan 1990 mengalami kerugian kekananan (senioriti) dua hingga empat tahun sehingga mereka yang dilantik pada 1990 seolah-olah bekerja dalam tempoh sama dengan pelantikan 1995.

Berita Harian Online: 28 Mac 2011

Read more...

'Biar Adil Lantik Guru Besar'

Wednesday, March 16, 2011






CADANGAN pelantikan guru Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah DG44 yang mengajar di sekolah rendah sebagai guru besar mendapat reaksi berbeza Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). 

Pemegang jawatan PPPS menyokong cadangan melantik guru dalam kalangan siswazah sebagai guru besar manakala PPPLD menentangnya kerana mendakwa boleh menggugat peluang kenaikan pangkat mereka.

Seorang guru dari Kuching, Sarawak, William Ghani Bina berkata adalah tidak wajar melantik PPPS sebagai guru besar kerana ia bercanggah dengan dasar Kementerian Pelajaran dan menggugat peluang kenaikan pangkat PPPLD.

Katanya, ini ditambah dengan peluang lebih luas guru siswazah untuk memegang jawatan pada peringkat tinggi meliputi Pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Sektor dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri. 

Beliau mendakwa ada guru DG32 dan DG34 tidak sempat menjadi guru besar kerana tidak ada kekosongan jawatan sehingga mereka bersara atau hanya menjawat jawatan berkenaan dalam tempoh kurang enam bulan.

“Guru lepasan diploma hanya berpeluang menjawat jawatan tertinggi sebagai guru besar atau Gred DG32 dan DG34, namun ada daripadanya terpaksa menunggu kekosongan jawatan dalam tempoh lama,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Seorang guru PPPS di sebuah sekolah di Tanjung Malim, Perak yang enggan namanya disiarkan berkata adalah tidak adil jawatan guru besar hanya diperuntukkan kepada PPPLD kerana mereka turut menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik untuk melahirkan pelajar cemerlang. 
Katanya, guru yang memegang jawatan DG34 yang dilantik ke jawatan guru besar hanya mengambil masa tiga tahun untuk menerima kenaikan DG44 sedangkan mereka mengambil masa tujuh tahun daripada DG41 kepada DG44.

Beliau berkata, fakta ini dengan sendirinya membuktikan guru siswazah juga tidak mudah memperoleh DG44 berbanding lepasan diploma yang dilantik menjawat jawatan guru besar.

“Kami bukan tamak atau hanya mengejar pangkat, sebaliknya mahukan keadilan iaitu peluang sama rata untuk memegang jawatan guru besar.

“Apatah lagi kami bekerja keras untuk menjadi guru siswazah dengan belajar bersungguh-sungguh di universiti,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad mencadangkan guru DG44 yang mengajar di sekolah rendah diberi peluang kenaikan pangkat sebagai guru besar.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata guru DG44 mempunyai peluang kenaikan gred kepada DG48, DG52 dan DG54 sedangkan pemegang diploma hanya peringkat DGA32 dan DGA34 atau berjawatan guru besar.

Sehubungan itu katanya, peluang PPPS untuk naik pangkat atau kenaikan gred gaji lebih banyak berbanding PPPLD dan adalah tidak wajar guru terbabit (DG44) dilantik ke jawatan guru besar kerana ia menutup peluang guru lepasan diploma.

Dalam pada itu, seorang pengirim surat pembaca yang hanya mahu dikenali Zam dari Kuching berkata, sudah tiba masanya pelantikan jawatan guru besar dan penolong kanan dirombak.

Rombakan itu katanya perlu memberi penekanan kepada tahap akademik meliputi gred DG44 sesuai dengan tuntutan semasa dan memenuhi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memartabatkan profesion perguruan.

Sumber : Berita Harian Online

Read more...

Kaedah Penawaran Tempat Kepada Guru Besar dan GPK Baru

Monday, January 10, 2011

Salam kepada semua pendidik,

Sebelum ini saya telah jelaskan bagaimana proses penilaian dan pemilihan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan bagi tahun 2011 maka kali ini saya akan sentuh kaedah penawaran walaupun saya telah menyentuh sedikit sebanyak tentang ini, pada posting saya yang lepas-lepas. Bagaimanapun pertanyaan sahabat yang menuntut kefahaman menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menulisnya;-

  1. Semua senarai calon Guru Besar dan GPK yang telah diperakululus untuk tawaran pada sesuatu tahun hanya sahlaku atau valid bermula dari 1 Jan hingga 31 Disember tahun itu sahaja.Jika mereka tidak ditawar pada tahun tersebut maka tiadalah dan senarai itu tidak berguna atau tidak boleh dipakai lagi pada tahun berikutnya
  2. Semua calon wajib memohon bila iklan dikeluarkan walaupun mereka ada dalam senarai atau telah memohon sebelumnya dengan andaian jika mereka tidak dapat ditawar pada tahun itu mereka masih ada peluang untuk tahun berikutnya
  3. Semua calon yang ditawarkan boleh menerima atau menolak dan terbaharu jika berlaku penolakan tiada lagi penalti seperti tahun-tahun terdahulu
  4. Dua perkara penting sebelum penawaran ialah senarai calon yang diluluskan dan kekosongan tempat sama ada dalam daerah atau dalam negeri.
  5. Sedaya upaya kita berusaha menawarkan calon dalam daerah  yang sama tetapi penentu sebenar ialah di mana kekosongan ada sewaktu tiba giliran penawaran.
  6. Calon yang rangking atau kedudukan atas akan diberi peluang untuk ditawarkan dahulu dan jika pada masa itu kekosongan tiada dalam daerah mereka tapi ada di daerah lain maka mereka akan ditawarkan di sana
  7. Kadang-kadang orang dirangking di bawah lebih bernasib baik bilamana masa penawaran berlaku terdapat kekosongan dalam daerah mereka maka mereka akan ditawarkan di situ.
  8. Kita tidak dibenarkan melangkau rangking oleh LNP kerana bimbang orang yang dilangkau tidak sempat atau terlepas untuk ditawarkan pada tahun itu.
  9. Kadang-kadang "cross daerah" berlaku jika daerah berkenaan  tiada calon masa kekosongan terutama daerah-daerah yang kecil
  10. Bagi urusan penawaran GPK tahun 2011 kita tiada masalah untuk menawarkan calon mengikut daerah kerana kita mempunyai calon pemangkuan DG29 dan DGA32(KUP) mengikut daerah yang mencukupi tetapi bagi Guru Besar kemungkinan menyeberang daerah akan berlaku kerana calon diluluskan pemangkuan oleh LPN tidak seimbang mengikut daerah.
  11. Bagi urusan tahun 2011 ini kita menerima sekurangnya satu calon pemangkuan DG29 dan calon DGA32 (KUP Time Base yang menolak walaupun di daerah yang sama ataupun gajinya naik sampai RM500 kerana dinaikkan pangkat.
  12. Mereka yang menolak ini adalah mereka yang memohon dan bersedia akur untuk bertukar namun wang dan pangkat bukanlah segala-galanya walaupun kehidupan hari  ini segala-galanya perlukan wang dan pangkat.

Read more...

Masih Ramai Lulusan Universiti Bergaji Kecil

Wednesday, January 5, 2011

AKHIR-AKHIR ini kita begitu ghairah hendak melonjakkan negara dari kedudukannya sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Maka pelbagai usaha dijalankan kerajaan untuk mencapai matlamat ini. 

Dalam pada itu apakah realitinya kalau dilihat daripada keadaan yang wujud sekarang? Benar kerajaan berazam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mengubah nasib golongan berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,500 sebulan yang dikatakan mewakili lebih 46 peratus daripada tenaga kerja negara untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020. Antara mereka yang berpendapatan rendah ini termasuk juga lulusan universiti.

Mungkin mereka yang bernasib baik akan mendapat pekerjaan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kerajaan. Mereka akan menerima ganjaran setimpal dengan kelulusan. Tetapi dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pun mereka akan hanya dapat menampung kehidupan seharian dengan membayar sewa bilik, belanja pengangkutan untuk pergi balik bekerja dan belanja makanan.
Apa pun tidak juga ada maknanya berpendapatan tinggi tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kalau hendak membeli kereta pun terpaksa berhutang hingga tujuh tahun untuk melangsaikannya. 

Untuk menampung keadaan sekarang pinjaman kepada pembeli rumah dilonggarkan dengan tempoh bayaran balik melebihi 30 tahun, iaitu kalau sudah bersara pun rumah masih tergadai dengan bank hinggakan bank sudah pun mengadakan peraturan bayaran balik pinjaman rumah boleh diambil alih oleh anak. 

Inilah keadaan yang dihadapi rakyat. Apa yang perlu ialah menentukan rakyat biasa mampu membeli rumah mereka sendiri tanpa perlu berhutang hingga sudah bersara masih belum dapat melangsaikan piutang dengan bank. 

Maka itu apakah seorang lulusan universiti yang sudah bekerja lima tahun misalnya sudah mampu untuk membeli rumahnya sendiri? Kalau dilihat keadaan sekarang, ini tidak mungkin. Harga rumah berterusan melambung tanpa ada hadnya. Rumah teres di sesetengah tempat pun kini sudah ada yang mencecah jutaan ringgit. 
Kerajaan wajar memastikan rakyat dapat memenuhi tiga keperluan utama dalam kehidupan mereka, iaitu mampu menyara diri sendiri dan anak isteri, mampu memiliki rumah sendiri dan mampu pula berulang alik ke tempat kerja dengan mudah atau pun mampu memiliki kereta sendiri. 

Maknanya kerajaan harus menentukan adanya pelbagai skim menyediakan rumah mampu dibeli pekerja demikian ini.

Inilah keperluan minimum setiap pekerja. Apakah menjelang 2020 nanti kita akan dapat menjamin bahawa majoriti pekerja kita boleh memenuhi kehendak ini? 

Kalau dilihat keadaan yang wujud sekarang kita sememangnya menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar untuk mencapai impian ini walaupun dengan adanya pelbagai inisiatif strategik untuk menjayakan MBE yang diumumkan kerajaan hampir setahun lalu. 

Buat masa ini seorang lulusan universiti pun menghadapi pelbagai cabaran mendapatkan pekerjaan hinggakan ada di antara mereka berterusan dieksploitasi oleh banyak majikan syarikat kecil yang mengambil mereka bekerja tanpa diberikan surat pelantikan. 

Syarikat seperti agensi pengiklanan, syarikat pembikinan filem atau syarikat yang menguruskan acara peristiwa banyak mengambil lulusan universiti hanya secara lisan. Mereka tahu bahawa lulusan itu akan menerima saja pekerjaan walaupun secara lisan asalkan dapat menerima gaji yang boleh menyara kehidupan mereka di kota. 

Maka dengan itu pekerja ini tidak akan tersenarai sebagai pekerja dan tidak mempunyai apa-apa pun hak sebagai pekerja. Jadi mereka bekerja mengikut suka hati pemilik syarikat itu tanpa mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak berhak mendapat perbelanjaan rawatan kiranya jatuh sakit, tidak mempunyai sebarang cuti sakit dan kalau tidak bekerja pada hari-hari sakit gaji bulanan akan dipotong mengikut jumlah hari yang dia tidak datang bekerja. 

Demikian pula waktu bekerja juga panjang hingga ada yang perlu bekerja hingga larut malam jika dikehendaki menyiapkan sesuatu projek yang diterima majikan tanpa diberikan bayaran lebih masa. 

Mereka juga boleh diberhentikan dengan mudah hanya dengan lisan tanpa sebarang alasan munasabah. 

Inilah yang dialami seorang gadis muda lulusan bidang penyiaran dari UiTM baru-baru ini yang dipecat majikan sebuah syarikat pembikinan filem. Walaupun dia telah mewakili syarikatnya naik ke pentas menerima hadiah pada majlis Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini tetapi dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti bahawa dia adalah pekerja syarikat produksi berkenaan. 

Kisahnya dimuatkan dalam blog ‘Sifu.Net’ yang kebetulan dikendalikan rakan majikan gadis malang itu. Blog itu menyatakan pemilik syarikat itu mewakilkan gadis berkenaan naik ke pentas menerima hadiah kerana majikannya tidak dapat hadir. Gadis itu disuruh mengenakan pakaian yang cantik. 

Ditakdirkan drama syarikat itu menang, lalu gadis berpakaian cantik dan seksi itu pun naik ke pentas untuk menerima trofi seperti juga beberapa penerima lain berpakaian seksi sehingga mereka ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana berpakaian sedemikian. 

Blog itu menambah: “Ternyata pakaian yang dipakainya tidak sesuai untuk menghadiri majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Skrin yang disiarkan secara langsung dan turut dihadiri orang kenamaan. 

“Difahamkan, dia dipecat selepas insiden itu kerana majikannya malu mempunyai pekerja sepertinya sebab dia hadir ke majlis itu mewakili syarikat.” 
Gadis ini menjadi mangsa dipecat serta-merta secara lisan tanpa diberi notis atau surat, malah tidak pun dinyatakan sebab dipecat. 

Kiranya soal pokok mengenai hak sah seseorang pekerja pun kita tidak dapat memantau dan menentukan majikan tidak akan mengeksploit mereka bagaimana kita hendak melonjakkan negara ke tahap yang diidamkan itu? 

Apakah Kementerian Sumber Manusia tidak boleh menyiasat wujudnya syarikat yang mengeksploitasi rakyat sedemikian? 

Penulis adalah Felo Kanan UKM 

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP