GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012
Tuntutan Lanjut Usia Persaraan Tak Wajar
Friday, September 17, 2010
Memang mudah mencari pelbagai alasan untuk mewajarkan tuntutan mereka. Akan tetapi eloklah mereka berfikir secara rasional dan bijaksana mengenai rahmat berpencen pada usia 58 tahun.
Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang masih segar dan produktif, bagi yang beragama Islam tentu berpeluang untuk lebih selesa beribadat kepada Allah. Usahlah terlalu tamak dan mementingkan diri sendiri saja.
Perbandingan beliau dengan beberapa negara Asean sebenarnya kurang tepat. Membandingkan Indonesia dan Thailand yang mempunyai peratusan kakitangan awam yang rendah berbanding penduduknya.
Kemudian membandingkan pula Singapura dan Brunei yang terpaksa menarik rakyatnya untuk berkhidmat dengan kerajaan, lantaran sektor swasta mereka yang menawarkan gaji yang berlipat ganda lumayan. Berbanding Malaysia, sektor awamnya menawarkan gaji dan jaminan masa depan yang menarik tentulah ia pilihan utama rakyat Malaysia.
Walaupun seperti kehendak CUEPACS ia hanya sebagai satu opsyen, atas dorongan dan pengaruh rakan sekerja tentu ramai yang terpengaruh untuk memilih opsyen baru itu. Buktinya ketika kakitangan awam diberi opsyen bersara pada usia 58 tahun sebelum ini lebih 90 peratus kakitangan awam memilih untuk menerima opsyen berkenaan.
Andai kata kerajaan bersetuju dengan permintaan CUEPACS, saya yakin kerajaan hanya akan menambah kekecewaan anak-anak muda. Mereka tentu kempunan dan kecewa kerana peluang mereka untuk membina ekonomi diri, di samping untuk menyumbang bakti mereka kepada negara dalam sektor awam terbantut dan tersentap disebabkan masih ada ‘jentera’ lama terus bekerja dalam sektor awam.
Akan tetapi untuk bidang kritikal dan memerlukan kepakaran tinggi yang tidak memerlukan kekuatan fizikal seperti pengarah jabatan, pensyarah, doktor, akauntan dan sebagainya, usia 65 tahun masih boleh dipertimbangkan.
Bagaimanapun, letakkan syarat penting iaitu tahap kesihatan diri mestilah baik dan berkemampuan.
Seeloknya, CUEPACS memohon kerajaan untuk memberi kursus kemahiran berniaga kepada kakitangan yang ketagih untuk terus bekerja sebelum usia bersara mereka 58 tahun.
Pada tahun akhir perkhidmatan, kepada yang berminat berilah cuti dua bulan untuk menyertai kursus itu. Di samping menambah pendapatan, mereka juga tidak menyusahkan dan menyakitkan hati orang lain terutama anak-anak muda.
IRMAZ DINI,
Pendang, Kedah. Read more...
Menilai Tujuan Belajar
Wednesday, August 18, 2010
PELBAGAI peristiwa malang yang berlaku di sekitar kita, baik di dalam mahu pun di luar negara sering menyentuh perasaan kita. Hari ini, hati kita bagai dirobek menyaksikan hari demi hari nyawa anak-anak kecil, malah bayi yang baru dilahirkan mati disebabkan oleh kekejaman sebahagian mereka yang tidak berperikemanusiaan.
Drama Qalesya Musim Baru Rendahkan Martabat Guru
Monday, August 16, 2010
BARU-BARU ini saya menyaksikan drama bersiri Qalesya musim baru yang disiarkan Astro Prima pada jam 9 malam. Saya ada mengikuti drama ini sebelum ini dan ternyata ia membawa pengajaran dan jalan ceritanya masuk akal.
Bagaimanapun, untuk musim baru ini, saya melihat terlalu banyak kelemahan dalam drama ini, selain ia seperti mahu merendah-rendahkan martabat guru dan memperlecehkan peraturan sekolah. Adegan murid membawa telefon, membawa gitar ke dalam kelas, selain aksi murid ‘gengster’ dipaparkan di dalam drama ini, sedangkan kita mengetahui semua perkara ini tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.
Amat malang bagi Kementerian Pelajaran membenarkan penggambaran drama ini dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentul Utama, sedangkan plot dramanya memaparkan perlakuan tidak wajar pelajar di sekolah, selain memperlihatkan karektor guru yang tidak sepatutnya. Pada saya, banyak perlakuan buruk ditonjolkan drama ini supaya diikuti pelajar lain, bukannya untuk mendidik mereka supaya jangan mengikut contoh tidak baik.
Sudah sampai masa Kementerian Pelajaran atau khususnya, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan (JPWP) mengkaji semula kebenaran kepada syarikat pengeluar drama yang menggunakan sekolah untuk tujuan komersial tetapi memaparkan sikap negatif pelajar dan menggambarkan guru dengan karektor yang tidak masuk akal atau ‘bodoh’.
Pada saya, drama sebegini tidak sesuai untuk ditayangkan di TV1, TV2 atau TV3 kerana ia gagal mencerna murid supaya menjadi pelajar yang baik. Saya juga hairan bagaimana stesen televisyen berbayar menerima drama sebegini untuk tontonan pelanggannya.
GURU LAMA,
Setapak, Kuala Lumpur. Read more...
Cari Jalan Tangani Isu Buang Bayi
Sunday, August 15, 2010
SEJAK kebelakangan ini kita dikhabarkan dengan berita menyayat hati penemuan bayi atau mayat bayi yang diletakkan serta dibuang seperti sampah. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat sudah kembali ke zaman jahiliah cuma kali ini dinamakan jahiliah moden.
Sebanyak 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara pada 2009 dan angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita sedang dilanda kepincangan moral yang kritikal.
Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang dipersetujui Kabinet supaya individu terbabit dalam kes pembuangan bayi dikenakan hukuman berat bertepatan bagi menyelesaikan masalah yang menjadi barah dalam masyarakat.
Mengikut rekod kementerian berkenaan, sebanyak 60 bayi dibuang untuk tahun ini saja dan yang lebih menyedihkan, 14 daripadanya tidak dapat dikenal pasti jantina disebabkan pereputan.
Mungkin dengan penguatkuasaan undang-undang lebih tegas mampu menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan aktiviti yang dikeji agama, manusia dan bertentangan dengan norma masyarakat yang bermoral.
Di samping undang-undang yang tegas, institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai moral dan asas didikan agama yang teguh kerana keluarga tunjang kepada kekuatan sahsiah seseorang individu.
Ibu bapa perlu lebih peka dengan aktiviti anak remaja dan tidak hanya membiarkan mereka bebas bergaul dengan siapa saja. Jangan sudah terhantuk baru terngadah kerana pada waktu itu, nasi sudah menjadi bubur. Sebarang penyesalan tidak berguna lagi.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menarik perhatian seluruh negara beberapa minggu lalu dengan cadangan mewujudkan ‘Sekolah Remaja Hamil’ bagi pelajar perempuan yang terlanjur dan mengandungkan anak di luar nikah.
Cadangan beliau mendapat pelbagai maklum balas baik positif dan tidak kurang yang negatif. Secara peribadi, saya berpendapat cadangan ini sememangnya tidak dapat membanteras gejala sosial sepenuhnya.
Tetapi, sedikit sebanyak cadangan ini ada baiknya kerana paling tidak, remaja perempuan yang terlanjur boleh ditempatkan di satu sekolah khas yang boleh mengawal aktiviti mereka sebelum kelahiran bayi.
Sekurang-kurangnya bayi yang tidak berdosa boleh diselamatkan. Saya kira cadangan ini bukanlah bermaksud menggalakkan remaja untuk melakukan maksiat, tetapi menyediakan alternatif bagi mereka yang sudah terlanjur.
Namun, yang terbaik ialah kita mencegah sebelum merawat. Oleh itu, kempen kesedaran secara besar-besaran berhubung bahaya gejala zina dan seks bebas perlu dilakukan kerana dua perkara ini adalah punca berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia.
Tokoh agama, cendekiawan, ilmuwan dan pemimpin di seluruh negara perlu bersama turun padang memberi kesedaran kepada masyarakat. Jangan hanya pandai bercakap dan menuding jari menyalahkan orang lain apabila berlaku gejala seperti ini.
HANIF MOHSEIN,
Taman Putra, Ampang. Read more...
Tiada Tempat Bagi Orang Tua
Saturday, August 14, 2010
DALAM zaman teknologi maklumat ini, definisi orang tua bukannya 80 tahun ke atas. Itu dipanggil warga emas.
Sejak berzaman-zaman, orang tua merupakan sumber bagi mendapatkan pengajaran. Kalau dalam masyarakat primitif dan kampung, orang tua bukan saja dihormati tetapi merupakan gedung ilmu. Mereka ialah arkib bagi masyarakat mereka. Sentiasa dirujuk untuk memberi pandangan, pendapat dan petua kepada anggota masyarakat.
Sebab itulah pemimpin dipanggil ketua. Begitu juga panduan disebut sebagai petua. Kesemuanya berkaitan dengan kepentingan orang tua.
Tetapi sekarang tidak. Sebaliknya orang tua yang meminta bantuan daripada orang muda untuk mendapatkan tunjuk ajar mengenai komputer dan gajet. Sebab itulah berusia 40 sudah tidak muda. Ini kerana mereka akan dikalahkan oleh golongan berusia 20 dan 30-an.
Tetapi adakah dengan pandai menggunakan peralatan teknologi, mereka sudah wajar diserahkan segalanya? Tidakkah setiap kali matinya seorang tua, dunia akan kehilangan pengalaman, sejarah dan kebijaksanaan yang tidak akan dapat dirujuk kembali?
Sememangnya masa depan milik orang muda. Tetapi masa kini milik semua lapisan usia.
Pelajar Wajar Diajar Kemampuan Berfikir Untuk Beza Tindakan Baik atau Buruk
KEJADIAN membabitkan murid melakukan jenayah di sekolah dan di luar sekolah sering dipaparkan beritanya di dalam akhbar dan media massa lain. Peristiwa ini boleh dibahaskan daripada pelbagai sudut sama ada berkaitan dengan pendidikan, kemasyarakatan, kekeluargaan dan sebagainya.Dalam penulisan ini, saya ingin memfokuskan kepada pendidikan.
Adakah wajar masalah yang berlaku ini disalahkan kepada sistem pendidikan negara semata-mata? Tidak akan ada manusia yang menyatakan peristiwa yang berlaku itu disebabkan pendidikan semata-mata. Faktor lain yang berkaitan dengan keluarga, masyarakat dan media massa juga boleh kaitkan.Pendidikan boleh sedikit sebanyak mengurangkan tindakan tidak bertamadun ini berlaku di kalangan remaja. Pertama, biar kita lihat kepada kurikulum. Adakah kurikulum pendidikan negara – KBSR dan KBSM mampu mendidik pelajar kita menjadi baik dari segi kelakuan dan tingkah laku?
Ada dua mata pelajaran khusus untuk tujuan ini, iaitu Pendidikan Moral diambil pelajar bukan Islam dan Pendidikan Islam untuk pelajar Islam. Adakah Pendidikan Moral mampu melahirkan pelajar bermoral tinggi dengan mempelajari nilai murni dalam mata pelajaran itu?
Adakah pelajar mempelajari mata pelajaran ini untuk menerima nilai murni atau untuk lulus dalam peperiksaan seperti mata pelajaran akademik yang lain. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, soalannya ialah sejauh mana akhlak Islam diajar atau diterap di kalangan pelajar? Jika ya, adakah masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran ini membolehkan akhlak Islam diterapkan dengan baik dan berkesan? Bagaimanakah caranya guru Pendidikan Islam menerapkan akhlak Islam kepada pelajar?
Jika soalan ini dapat dijawab dengan baik dan berkesan, saya berasa tiada masalah dalam usaha kita melahirkan insan baik yang dikehendaki. Jika jawapan yang diberikan tidak jelas dan penuh dengan alasan, saya berasa kita masih tidak dapat membentuk insan yang kita kehendaki itu. Ini bermakna dalam sistem pendidikan negara kita sudah ada unsur melahirkan insan baik ini. Bukan saja melalui dua mata pelajaran itu, tetapi juga menerusi mata pelajaran Sivik dan Kenegaraan serta beberapa usaha lain seperti penerapan nilai murni merentas kurikulum.
Jika semua ini dilaksanakan dengan baik, mungkin sebahagian masalah berkaitan dengan melahirkan insan baik melalui sekolah atau sistem pendidikan dapat dilaksana. Masalahnya mungkin sekolah sudah biasa dengan memberi tumpuan kepada hal akademik sehinggakan perkara berkaitan dengan hal melahirkan insan baik tidak dapat dilaksanakan.
Mungkin juga usaha menerapkan nilai murni merentas kurikulum yang tidak diambil kira dalam peperiksaan dianggap tidak penting oleh sekolah. Juga ada guru menyalahkan silibus yang perlu dihabiskan dan kekurangan masa untuk memberi tumpuan kepada aspek ini.
Penambahan pengetahuan, iaitu hal kognitif, boleh dilakukan oleh pelajar sendiri menerusi pembacaan dan pelbagai cara lain. Sebaliknya kemahiran memerlukan peralatan dan perkakasan yang tinggi kosnya. Peralatan dan perkakasan ini juga akan luput ditelan masa. Yang kekal dalam diri pelajar dan dikehendaki masyarakat dan majikan ialah insan baik, insan berkelakuan baik dan mempamerkan nilai murni serta mempunyai kemahiran kebolehdapatan kerja atau kemahiran sosial.
Oleh itu, sistem pendidikan tidak seharusnya mengabaikan unsur penting ini dalam kurikulum dan pentaksiran. Walaupun aspek kognitif dan psikomotor tidak kekal lama dan menjadi luput ditelan masa, konsep dan prinsip asas perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka boleh menggunakannya dalam mempelajari sesuatu pada tahap lebih tinggi. Pada tahap sekolah rendah, fokus utama pendidikan seharusnya baca, tulis dan kira. Selain itu, penerapan nilai murni serta kemahiran sosial boleh mula diterap pada peringkat persekolahan ini.
Perkara asas ini sangat perlu sebab dengan kebolehan membaca, menulis dan mengira, pelajar dapat menambah ilmu pengetahuan mengikut masa. Tanpa kemahiran asas ini, pelajar gagal menambah ilmu pengetahuan dan terus ketinggalan. Peperiksaan bukan kayu pengukur pada tahap ini, tetapi penguasaan murid dalam menulis, membaca dan mengira adalah aspek penting kepada setiap murid.
Jangan ditambah dengan pelbagai ilmu pengetahuan lain kerana kemungkinan ada pelajar yang tercicir dan gagal menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Fokus guru ialah pemulihan murid bermasalah dalam pembelajaran.
Semua murid pada Tahun Enam, iaitu tahun akhir persekolahan ini boleh membaca, menulis dan mengira. Guru juga perlu membabitkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna saiz kelas perlu kecil.
Jika perlu guru harus mempunyai guru pembantu untuk memastikan murid diberi perhatian khusus sama ada dari segi penguasaan kemahiran asas dan insaniah serta adab. Jika mata pelajaran tertentu hendak diajar, biarlah berpaksi kepada membantu penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Sebagai contoh mengajar sains melalui baca, tulis dan kira. Jika pelajar dapat menguasai kemahiran ini, masa depannya dalam penguasaan ilmu pengetahuan lain tidak menjadi masalah. Banyak masalah pembelajaran pelajar pada hari ini ialah tidak menguasai sepenuhnya kemahiran membaca, menulis dan mengira. Selain itu mereka tidak tahu teknik belajar dengan berkesan.
Sepatutnya pelajar wajar dibekal dengan kemahiran belajar menggunakan teknik belajar tertentu. Seperti dinyatakan, pengetahuan yang menjadi asas kepada sesuatu disiplin wajar diberikan kepada pelajar untuk membolehkan mereka terus mencari dan mendalami ilmu dalam bidang berkenaan. Pemberian pengetahuan saja tidak memadai dan perlu disertakan dengan penggunaan pengetahuan berkenaan serta boleh membantu dalam berfikir.Kebolehan individu berfikir membolehkan mereka berada pada barisan hadapan.
Memang tidak dapat dinafikan kebolehan berfikirmampumembentuk individu mempunyai tingkah laku baik. Jika hanya pengetahuan untuk hafalan semata-mata tidak membantu berfikir. Pelajar seharusnya diajar berfikir. Dengan kebolehan berfikir mereka dapat mempertimbangkan tindakan yang mereka ambil atau lakukan sama ada baik atau buruk.
Kebolehan berfikir membolehkan mereka menjadi kreatif, inovatif dan menyelesaikan masalah. Atas sebab itu dikatakan individu yang boleh berfikir mampu mempamerkan tingkah laku yang baik seperti dikehendaki masyarakat.
Penulis ialah Ketua Kluster Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan, Majlis Profesor Negara.
Read more...
Siap Sedia Terima Murid 5 Tahun
Wednesday, June 16, 2010
KUALA LUMPUR 11 Jun – Kementerian Pelajaran akan mula meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah-sekolah di seluruh negara bagi membolehkan sistem pendidikan formal seawal usia lima tahun dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).
Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pelaksanaan sistem baru itu akan dimulakan dengan penyediaan prasarana asas seperti bilik darjah, guru bertauliah serta kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
‘‘Ini merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara setaraf dengan negara-negara maju.
‘‘Aspek berkenaan menjadi keutamaan kerajaan dalam memberi pendidikan awal yang sempurna supaya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian hadiah Pertandingan Mengarang Esei Biodiversiti 2010 ke Jerman di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah Aeon Co. (M) Bhd., Datuk Zawawi Mahmudin dan Pengurus Besar Kanan Eksekutifnya, Mitsuru Nakata.
Pada majlis itu, Nena Hazigah Abdul Razak dari Sekolah Menengah Teknik (SMT) Johor Bahru; Kelly Anne Nunis dari Sekolah Ayer Keroh, Melaka dan Soe Yuan Ting dari Sekolah Convent Klang, Selangor memenangi hadiah utama pertandingan esei tersebut.
Ketiga-tiga mereka akan mengikuti program lawatan sambil belajar mengenai biodiversiti selama seminggu di Jerman.
Pelaksanaan sistem persekolahan formal seawal usia lima tahun merupakan antara perkara yang terkandung dalam RMK-10 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat semalam.
Mohd. Puad berkata, tumpuan Kementerian Pelajaran kini adalah kepada usaha membangunkan kemudahan asas di dalam kawasan sekolah supaya sistem baru itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.
‘‘Jika kementerian berjaya menyediakan kemudahan yang diperlukan ini, kita tidak ada masalah untuk melaksanakan sistem persekolahan seawal usia lima tahun dalam jangka masa terdekat,” katanya.
Utusan Malaysia Online: 12 Jun 2010
Ibu Bapa Bela Salah Pelajar Pincangkan Sistem Pendidikan
SEJAK kebelakangan pasti ada berita mengenai kerenah ibu bapa yang melenting apabila anak mereka didenda di sekolah. Inilah antara sifat ibu bapa zaman sekarang. Amat berbeza dengan ibu bapa zaman saya masih bersekolah dulu.
Ibu bapa dulu amat tegas dan menitikberatkan disiplin anak. Anak akan berada di rumah sebelum Maghrib dan terus masuk tidur selepas mengulang kaji pelajaran.
Maghrib dan Isyak adalah untuk beribadah bersama keluarga. Nilai sebeginilah menentukan akhlak remaja. Sebab itulah saya kini menjadi ‘orang’, bukannya penagih, perogol atau penyamun.
Namun kini, pelajar semakin berani melanggar disiplin, melawan arahan guru serta melakukan kesalahan sesama pelajar kerana tahu tidak akan didenda dan guru kini sudah tidak ambil pedulikan mereka.
Puncanya, apabila ibu bapa selalu menyalahkan sekolah apabila anak didenda walaupun hukuman itu hanyalah untuk menyedarkan pelajar. Banyak kes ibu bapa menyerang guru hanya disebabkan hukuman kecil seperti memotong rambut.
Ibu bapa menyalahkan guru tanpa usul periksa. Mereka terlalu memanjakan anak serta terlalu percaya kata anak mereka. Ada juga ibu bapa menggunakan media untuk menghentam sekolah dan turut mengheret kementerian berkaitan. Ibu bapa juga berani menggunakan ahli politik semata-mata untuk mempertahankan kesalahan anak mereka.
Institusi pendidikan kini bagaikan tempat berpolitik bagi ibu bapa, mencari publisiti di akhbar serta tempat melepaskan geram bagi pihak anak. Tiada lagi rasa hormat kepada guru, yang ada hanya syak wasangka.
Apabila anak ‘naik lemak’, ibu bapa tidak menghormati guru dan guru takut mengambil tindakan maka pincanglah sistem pendidikan.
Hasilnya lahirlah generasi tidak takut undang-undang, pemberontak, melanggar tatasusila dan tidak mengenal halal dan haram.
BUKAN GURU,
Cheras Read more...










