Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Nasi Lemak Punca Keracunan Makanan

Friday, April 1, 2011


PUTRAJAYA – Sebanyak 50 peratus daripada  311 kes keracunan makanan di sekolah tahun lalu dikenalpasti berpunca daripada penyediaan makanan di kantin yang kebanyakannya melibatkan nasi lemak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 50 peratus kes keracunan tersebut melibatkan 5,496 pelajar.

Nasi lemak, menurut beliau, menjadi punca utama keracunan makanan selain sambal kerang dan ayam masak merah.

Ini kerana, katanya, makanan itu dimasak terlalu awal iaitu pada waktu malam sebelumnya.

“Siasatan turut menunjukkan pencemaran berlaku ketika proses penyimpanan, pengangkutan dan penghidangan yang menyumbang kepada 32 peratus kejadian  keracunan makanan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada  pemenang Anugerah Kantin Bersih 2010  Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Tempat pertama dimenangi Sekolah Kebangsaan  (SK) Serting Felda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan  yang memperoleh RM4,500, piala dan sijil;  tempat kedua SK Padang Mengkuang, Kuala  Terengganu (RM4,000) manakala SK Pauh Jaya,  Pulau Pinang meraih tempat ketiga dengan wang  tunai RM3,000.

Tiong Lai memberitahu, sebanyak 88 kes atau  56 peratus kes keracunan makanan menunjukkan tanda awal basi dari segi fizikal, bau dan rasa.

Katanya, Kementerian Kesihatan memandang serius kes keracunan makanan kerana ia boleh menjejaskan prestasi pembelajaran akademik  dan kokurikulum murid.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 122  premis telah diberikan notis penutupan  sementara mengikut Seksyen 18 (d) Akta Penyakit  Berjangkit 1988 manakala 22 premis ditutup terus.

“Jika disabitkan kesalahan mengikut seksyen berkenaan,  pengusaha kantin boleh dikenakan hukuman  penjara maksimum dua tahun dan denda  RM10,000,” jelasnya.

Sumber : http : //mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP