Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

50 Peratus Daripada Kes Keracunan Berlaku di Kantin Sekolah

Friday, April 1, 2011

PUTRAJAYA: Lima puluh peratus daripada 311 kejadian keracunan makanan yang dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lepas berlaku di kantin sekolah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, sebanyak 157 kes dilaporkan di sekolah iaitu meningkat 29 kejadian berbanding tahun sebelumnya dan kebanyakan kes berpunca daripada pencemaran yang berlaku semasa penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan juga ketika menghidang makanan.



"Menu utama yang dikenal pasti menjadi punca keracunan makanan ialah nasi lemak yang menyumbang sebanyak 10 peratus kejadian keracunan makanan di sekolah selain sambal kerang dan ayam masak merah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Liow berkata, kementeriannya memandang serius perkara itu kerana kesannya kepada kesihatan pelajar akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka. 

Permasalahan itu kini dipantau Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pelajaran, kata beliau. 

Kementerian katanya, menyarankan agar semua pengusaha kantin sekolah melabelkan kadar kalori pada makanan yang dijual dan secara tidak langsung langkah itu dapat mendidik pelajar mengenai kepentingan mengambil makanan yang sihat. 

Liow sebelum itu menyampaikan Anugerah Kantin Bersih 2010 yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Serting Felda di Negeri Sembilan.

 
Mengulas mengenai status terkini pemantauan pencemaran dioksin dalam daging unggas (poultry) dan hasilan unggas serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari Jerman, Liow berkata tiada toksin dikesan dalam semua sampel yang dianalisis. 

Media pada 10 Januari lalu melaporkan penemuan pencemaran dioksin dalam daging unggas dan hasilan unggas seperti telur serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari negara itu. - BERNAMA 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP