Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Keputusan UPSR keluar 19 November 2012

Wednesday, November 7, 2012

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 akan diumumkan pada hari Isnin, 19 November 2012 ini.

Lembaga Peperiksaan Malaysia dalam satu kenyataan, berkata semua 517,139 calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi.

Katanya, pengumuman analisis keputusan peperiksaan akan diadakan jam 9.00 pagi, hari sama di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, ketika dihubungi berkata, kelewatan pengumuman keputusan itu bagi membolehkan pemeriksa kertas menjalankan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan.

“Peperiksaan lewat seminggu daripada jadual asal dan kerana itu pengumumannya juga lewat seminggu,” katanya. 

- BERITA HARIAN

Read more...

Permohonan Kemasukan SBP 2013 Tingkatan 1 dan 4 Online

Sunday, September 16, 2012

Menerusi informasi terkini di Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia,telah memaklumkan bahawa permohonan secara online (atas talian) untuk kemasukan murid ke tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah berasrama penuh, KPM bagi Sesi 2013 akan dibuka pada 15 September sehingga 31 Oktober 2012

permohonan kemasukan sbp tingkatan 1 4 2013 permohonan kemasukan sbp 2013 tingkatan 1 dan 4 online



Kepada yang terbabit khususnya murid tahun 6 yang sedang menduduki UPSR 2012 mahupun calon PMR yang bakal menduduki tidak lama lagi yang berminat untuk ke  Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2013 adalah dipelawa membuat permohonan bermula pada hari tersebut

Secara ringkasnya Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama.Syarat kelayakan minimum mengikut fahaman penulis

Tingkatan 1

Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A

Tingkatan 4

Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran bahasa antarabangsa contohnya bahasa Arab memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain Untuk maklumat dan keterangan lanjut berkaitan sila layari portal rasmi KPM di url http://www.moe.gov.my  seterusnya cari dan klik pada tajuk aplikasi Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kawalan seperti gambar di bawah

sbp 2013 permohonan kemasukan sbp 2013 tingkatan 1 dan 4 online
Contoh

Read more...

Selamat Hari Guru

Thursday, May 17, 2012


GURU BUKAN MACAM PAPAN SKATE
  BELUM MAIN GILAP
    DAH MAIN PIJAK

GURU BUKAN MACAM BOLA SEPAK
  BELUM DAPAT KEJAR 
    DAH DAPAT TENDANG

GURU BUKAN MACAM BULU TANGKIS
  BELUM MAIN PEGANG
    DAH MAIN PUKUL

GURU IBARAT  BOLA RAGBI
  BELUM DAPAT REBUT
    DAH DAPAT LINDUNGI

GURU IBARAT JARI JEMARI
  LUKANYA SEMBUH SENDIRI
    TAPI HILANGNYA TIADA GANTI..................

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU  
SEMOGA ALLAH MERAHMATI HIDUP KITA...............
AMIIIN YA RABAL ALAMIIN.....
AL-FATIHAH UNTUK GURU-GURU YANG TELAH PERGI MENINGGALKAN KITA.. 
TERUSKAN PERJUANGAN MENDIDIK ANAK BANGSA...


Read more...

Permohonan Pertukaran Kakitangan Bukan Guru KPM sesi 2/2012

Monday, April 2, 2012



Permohonan pertukaran pertukaran Kakitangan bukan guru Kementerian Pelajaran Malaysia bagi sesi 2/2012 akan dibuka mulai 2 April 2012. Walaubagaimana pun, permohonan yang telah berjaya bertukar, hanya boleh membuat permohonan baru selepas tempoh setahun dari sesi yang telah diluluskan.


Sila pastikan sebelum login, keperluan berikut dipenuhi bagi memastikan kelancaran proses permohonan tuan/puan. Dokumen-dokumen berikut perlu disediakan sama ada didalam format pdf/bitmap/jpeg dll untuk di muat naik semasa membuat permohonan pertukaran :


a. sijil nikah/pendaftaran perkahwinan jika berkaitan
b. pengesahan majikan pasangan jika berkaitan
c. surat pengesahan doktor jika berkaitan

laman web :
http://apps.moe.gov.my/etukar/

Read more...

Pertukaran Guru bagi pertukaran sesi Jun 2012

Friday, March 30, 2012

Pemberitahuan

Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran sesi Jun 2012 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44(KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) dibuka mulai 1 hingga 30 April 2012.

Keputusan Permohonan pertukaran Guru Sesi Jun 2012 dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan ke sekolah boleh disemak mulai 26 Mei 2012 .



Sila semak maklumat anda melalui laman web e-GTukar. Sekiranya terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, sila berhubung dengan pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri dengan segera sebelum sesi pertukaran bermula.

Jika masih menghadapi masalah untuk membuat permohonan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing (dapatkan no. telefon di “Bantuan”)

Read more...

Cara Pengiraan Gaji Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia





Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia


Pengiraan Pemindahan Gaji Mengikut PP. Bil. 1/2012



Read more...

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 Ke DGA34

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "URUSAN PEMANGKUAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 KE DGA34 DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA (SSM) TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA". Untuk maklumat lanjut berkaitan Surat Siaran ini sila klik >>di sini. 
Untuk Borang sila klik >> Borang   SenaraiSemak  TapisanKeutuhan   Format
Daripada: Unit Naik Pangkat & Tatatertib | 28 Mac 2012

Read more...

Makluman Perjawatan Luar Norma/Dalam Norm yang baru di dalam EMIS Online

Monday, March 19, 2012

Dalam EMIS Online terdapat tambahan baru untuk senarai kod jawatan luar norma iaitu GPML untukGuru Pemulihan Linus 

alt

dan kod jawatan dalam norma iaitu GTFM untuk Guru Teach For Malaysia. 

alt

Read more...

Penangguhan Urusan Kenaikan Pangkat DG1-1 DAN Pemangkuan DGA34

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu Surat Siaran bertajuk "PENANGGUHAN URUSAN KENAIKAN PANGKAT DG1-1 DAN PEMANGKUAN DGA34 BERIKUTAN PENGUMUMAN YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA MAJLIS PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA YAB PERDANA MENTERI PADA 08 MAC 2012 (KHAMIS) 9.30 PAGI BERTEMPAT DI PICC, PUTRAJAYA".Untuk maklumat lanjut berkaitan Surat Siaran ini sila klik >>di sini. 

Read more...

Pelarasan Gaji Berkuatkuasa 1 Januari

Thursday, March 8, 2012



PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. 

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA

Read more...

SBPA Batal Dan Kembali Semula ke SSM




PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.

"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.

"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.

Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.

"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.

"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Read more...

SBPA: Berita Baik Untuk penjawat Awam Hari Ini?

Wednesday, March 7, 2012

KUALA LUMPUR - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam menunggu dengan penuh debaran pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), hari ini.

Najib dijadual berucap pada perhimpunan khas yang dihadiri ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun serta pegawai kanan perkhidmatan awam di
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kenyataan bahawa Datuk Omar Osman, Presiden Cuepacs, badan yang menjadi payung kepada kesatuan-kesatuan sektor awam, yang akan berucap pada majlis itu,
memberi petunjuk jelas bahawa ia mungkin memberi tumpuan kepada skim SBPA yang disemak semula.

Walaupun beberapa penganalisis melihat skim SBPA sebagai "durian runtuh" untuk penjawat awam, pelaksanaannya merupakan sebahagian daripada inisiatif
untuk mentransformasikan perkhidmatan awam negara menjadi sesuatu yang dinamik dengan budaya berpretasi tinggi yang cekap dan mampu memenuhi permintaan yang
semakin meningkat daripada masyarakat moden.

Skim itu, yang bermatlamat menyediakan ganjaran yang lebih baik dan berdaya saing kepada penjawat awam serta mengurus tarikan bakat, pengekalan dan pemacu
dalam perkhidmatan awam, merupakan sebahagian daripada pelan transformasi Najib bagi meletakkan asas ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Pada mulanya, Najib telah mengumumkan rancangan kerajaan untuk melaksanakan skim gaji yang lebih baik bagi penjawat awam ketika beliau membentangkan
Belanjawan 2012 pada 7 Oktober tahun lepas.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64.1 bilion untuk gaji dan pencen kakitangan kerajaan di bawah Belanjawan 2012 tetapi semakan boleh bermakna gaji yang lebih
tinggi.

Skim itu, yang dijadual dilaksanakan pada 1 Januari tahun ini, ditangguhkan selepas CUEPACS membantah terhadap kewujudan perbezaan gaji yang begitu ketara
antara mereka yang menduduki gred JUSA dan Premier berjumlah kira-kira 2,600 pegawai dan mereka yang berada dalam Gred 54 dan ke bawah.

Berikutan keadaan yang tidak seimbang, Perdana Menteri mengambil tindakan tepat pada 12 Januari apabila beliau meminta supaya skim itu disemak semula.

Satu pasukan petugas khas diketuai bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, dibentuk bagi mengkaji kelemahan yang dikatakan wujud
dalam skim yang dicadangkan itu.

Walaupun, pasukan petugas diberi tempoh sehingga 16 April untuk menyelesaikan tugasnya, tetapi ia telah dapat membereskannya lebih awal daripada
yang diduga.

Penyelesaian bagi isu yang hangat ini memberi kelegaan kepada kakitangan yang terjejas, yang mana, seterusnya ia mungkin memberikan kesan positif berganda di mana empat juta orang lagi akan mendapat manfaat jika anggaran kasar empat tanggungan bagi setiap pekerja digunakan.

Sesungguhnya, ia akan menjadi durian runtuh jika mereka juga mendapat bayaran tunggakan kerana Cuepacs meminta supaya pakej gaji SBPA yang disemak
semula berkuatkuasa daripada tarikh pelaksanaan asal iaitu 1 Januari walaupun ia ditangguhkan.

Bagaimanapun, bukan hanya penjawat awam yang mendapat faedah di bawah program transformasi Perdana Menteri ke arah mewujudkan ekonomi berpendapatan
tinggi pada akhir dekad ini. Pada akhirnya, mereka yang berada dalam sektor swasta, terutama yang berada di peringkat rendah, juga akan menikmati faedah
kerana kerajaan juga sedang menumpukan usaha bagi melaksanakan dasar gaji minimum.

Dasar yang dicadangkan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3.2 juta kakitangan sektor swasta. Sementara begitu banyak perdebatan mengenai kebaikan dan keburukan bagi dasar sedemikian, perlu diingatkan bahawa teras utama ialah bagi menyediakan gaji yang memuaskan dan membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.

Kesimpulannya, semua ini adalah sebahagian usaha di bawah orientasi kerajaan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" di bawah pentadbiran Najib bagi
meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia untuk masa depan yang lebih baik. - Bernama

Read more...

Pengemaskinian Maklumat Guru Bagi Pelaksanaan Pertukaran Dan Penempatan Guru 2012

Wednesday, February 29, 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Operasl Pendidikan telah membangunkan Sistem Maklumat Operasi Pendidikan (e-OPERASI) yang diuruse.tiakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan pelaksanaan e-OPERASI adalah bagi memastikan pengurusan penempatan dan pertukaran guru mematuhi Sural Pekeliling Ikhtisas Sil 712010 berhubung kuasa penempatan dan pertukaran guru di bawah Sektor Operasi Pendidikan.
3. Bagi memastikan pelaksanaan e-OPERASI berjalan lancar serta memenuhi keperluan semua bahagian SOP berhubung maklumat penempatan dan pertukaran
guru di sekolah bawah kawalan bahagian masing-masing, ke~asama Y.Bhg DatuklDato'ltuan/puan adalah dipohon untuk melaksanakan pengemaskinian maklumat guru melalui aplikasi e-OPERAS!.

Read more...

Pengoperasian Standard Guru Malaysia

Makluman bahawa Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM sedang melaksanakan Pengoperasian Standard Guru Malaysia(SGM) pada semua warga pendidik diseluruh negara. Tempoh pengisian instrumen adalah sehingga 31 mac 2012menerusi 
URL (http://apps.moe.gov.my/sgm)








Untuk maklumat lanjut, sila Klik disini.






Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP