Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 2011
Thursday, January 20, 2011
Semakan Permohonan
- Semakan permohonan ke Tingkatan 1 MRSM boleh dibuat dengan menggunakan Angka Giliran UPSR pemohon.
- Laman web untuk menyemak keputusan permohonan ke MRSM 2011 adalah di Semakan Status Permohonan Ke Tingkatan 1 MRSM 2011.
NOTA : Laman web ini akan dibuka secara rasmi pada 21 Januari 2011. - Surat tawaran kemasukan, buku panduan serta borang kemasukan boleh dicetak menerusi laman web berkenaan atau di Panduan Pelajar Baru MRSM dan Borang Pendaftaran Pelajar Baru MRSM.
Rayuan
- Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran ke MRSM, mereka boleh membuat rayuan.
- Rayuan boleh dibuat dengan secara online dan mengisi ruang Nota Rayuan.
- Jika tidak ada pautan rayuan online selepas membuat semakan, pemohon boleh menulis kepada pihak MARA.
- Sila rujuk Rayuan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA untuk maklumat lanjut.
- Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran dan merit pemohon.
- Pelajar yang tidak menerima sebarang jawapan daripada Mara selepas April 2011 dianggap tidak berjaya dalam permohonan mereka.
Maklumat
- Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan boleh diperolehi dengan menghubungi Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) di talian 03 2691 5111 sambungan 3399/3392/3765 atau faks 03 2691 1658.
MARA telah menerima sebanyak 25,244 permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 MRSM pada tahun ini dan cuma seramai 6,500 orang sahaja yang diberi tawaran. Pelajar yang mendapat tawaran ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 akan mendaftar serentak pada 7 Februari ini di semua 46 buah MRSM di seluruh negara, kecuali pelajar MRSM Mukah, Sarawak yang akan mendaftar pada 7 Mac 2011 nanti.
Tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat tawaran ke MRSM.















0 comments:
Post a Comment