Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Masyarakat Malaysia Perlu Semai Sikap Berbudi Bahasa, Nilai Murni

Wednesday, January 5, 2011

ETIKA kita menempuh Tahun Baru 2011, saya ingin menegaskan betapa pentingnya rakyat Malaysia berbilang kaum memperbaharui usaha gigih dalam menjayakan promosi budi bahasa dan nilai murni. 

Promosi ini dirasakan perlu berdasarkan kemerosotan nilai murni dan kurangnya budi bahasa dalam kalangan sebilangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda



Kebiadaban dalam kalangan rakyat dapat dilihat daripada cara mereka berkelakuan di tempat awam dan di jalan raya.


Sikap tidak bertimbang rasa biasa dilihat daripada cara pemanduan dan meletak kereta, memandu dalam kawasan kotak kuning, meletak kenderaan dekat pili bomba; membuang sampah di tempat awam, memotong barisan dan tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan. 

Isu lain juga termasuk bercakap kasar dengan pelanggan, merokok di kawasan larangan, meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk untuk warga tua, kurang upaya dan wanita hamil. 

Kini masa yang tepat untuk menangani isu ini dan bertanyakan pada diri sendiri sejauh mana kita mengamalkan sikap berbudi bahasa dan nilai murni itu. 

Menganjurkan kempen mempromosikan budi bahasa dan nilai murni ini adalah penting tetapi apa yang lebih penting ialah menjadikan budi bahasa dan nilai murni yang dilancarkan itu sebagai suatu amalan harian. 

Kepimpinan melalui teladan adalah perlu dalam menjayakan kempen itu. Sehubungan itu, semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan harus memupuk nilai murni dalam kalangan kakitangan mereka. 

Perkhidmatan awam contohnya, harus mempromosikan budi bahasa di kalangan staf di kaunter yang berurusan dengan orang awam. Pengamalan asas kesopanan dan berbudi bahasa dalam menjawab panggilan telefon dan membalas surat orang awam mesti diamali oleh mereka yang bertanggungjawab menjalankan tugas itu. 

Kejayaan promosi itu perlu dimulakan dari kesedaran di bangku sekolah. 

Pencapaian Wawasan 2020 akan lebih bermakna sekiranya kita menyemai budaya berbudi bahasa di kalangan rakyat Malaysia. 


TAN SRI LEE LAM THYE,
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP