Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Permasalahan Sosial, Seks Bebas Remaja Melayu Membimbangkan

Wednesday, January 5, 2011

TAHUN baru tetapi gejala lama tetap berulang saban tahun. Dalam sambutan tahun baru lalu, ramai anak muda termasuk penjawat awam, pelajar IPT dan remaja belasan tahun dicekup terbabit dengan pelbagai gejala sosial. 

Ironinya, anak Melayu juara berkelakuan tidak senonoh pada ambang tahun baru. Belum lagi ratusan kes ditangkap khalwat, positif dadah dan minum arak di seluruh negara. Apa sudah jadi? Ke mana perginya pihak dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu?


Walhal, remaja Melayu adalah aset penting untuk muncul sebagai bangsa perkasa pada masa depan. Jika moral dan sahsiah mereka parah alamat bangsa kita kelak binasa!

Dewasa ini jika kita menaip perkataan ‘Melayu’ pada enjin carian Google makan akan keluar segala gabungan kata selepas itu yang berkonotasi lucah. 

Sehingga pagi 4 Januari lalu carian yang saya lakukan pada enjin carian Google menunjukkan frasa ‘Melayu seks’ mempunyai dua juta maklumat dalam pelbagai bentuk sama ada laman web, blog dan forum. 

Perkara ini amat mengejutkan berikutan bangsa Melayu dilabel dan dikaitkan dengan perkara negatif dan memalukan seperti ini. 

Saya berpendapat akan rosak bangsa dan punah negara jika gejala seks di kalangan anak Malaysia yang bermula pada peringkat dewasa, belia dan remaja belasan tahun terutamanya anak Melayu terus dibiarkan berleluasa tanpa sebarang langkah diambil untuk mengatasinya 

Ini masa sesuai bertindak tegas membendung penyebaran bahan lucah seperti dalam laman video Youtube yang mudah diakses oleh remaja kita. 

Baru-baru ini, China dengan tegas menutup 60,000 laman sesawang lucah dan menahan 5,000 suspek, manakala 58 orang dipenjara kerana terbabit dalam penyebaran bahan lucah di internet dan telefon bimbit. 

Malaysia yang kini mempunyai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bila lagi hendak bertindak begitu dalam kemelut seks bebas termasuk bawah umur dan buang bayi yang makin menjadi-jadi sekarang ini? 

Kita tidak mahu negara ini runtuh kerana kerakusan maksiat di kalangan generasi muda yang lalai pula ditangani oleh golongan dewasa dan pihak berwajib. 

Jadikan tahun baru ini iltizam kuat kita untuk memerangi bahan lucah dalam pelbagai bentuk sebelum bangsa dan negara ditimpa bala. 

M ARIF,
Pantai Dalam, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP