Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pelajar Sarjana Separuh Masa Berhak Dapat Pinjaman

Tuesday, December 21, 2010

PENGAJIAN pasca siswazah kini adalah sesuatu yang umum, tidak seperti sebelumnya yang mana pelajar pasca siswazah pada waktu itu sedikit dan mempunyai nilai tinggi. 

Apabila dibuat sedikit temubual rambang dengan penuntut baru pasca siswazah, boleh dikatakan ada antara mereka yang menyambung pelajaran kerana lebih senang dalam suasana kampus dan tidak bersedia memulakan kehidupan mencari rezeki, ada pula akibat gagal mendapat pekerjaan.



Corak pengajian pasca siswazah di universiti terbahagi dua iaitu sepenuh masa dan separuh masa. Universiti kebiasaannya akan mengenakan yuran terhadap pelajar separuh masa dua kali ganda lebih mahal daripada pelajar sepenuh masa.


Antaranya dikatakan untuk menampung kos pensyarah yang terpaksa bekerja di luar waktu pejabat dan pelajar separuh masa adalah pelajar yang mampu untuk membayar yuran mahal kerana mereka sudah bekerja. 

Ini adalah pandangan yang tidak berapa tepat kerana mereka bekerja akibat tidak mampu untuk tidak bekerja, tidak seperti pelajar yang memilih untuk menangguh hidup mereka dari mencari wang sara hidup kerana mereka boleh ditanggung keluarga. 

Kini kerajaan turut menawarkan biasiswa kepada pelajar pasca-siswazah yang ingin meneruskan pengajian ke tahap sarjana dan kedoktoran. Biasiswa hanya diberikan kepada pelajar sepenuh masa dengan anggapan pelajar separuh masa mampu untuk menanggung pengajian mereka. 

Tanpa sedar kita sebenarnya telah menafikan pelajar separuh masa untuk memperoleh biasiswa kerajaan. Diharap institusi pengajian tinggi dan Kementerian Pengajian Tinggi dapat melihat perkara ini dan memberi peluang pelajar separuh masa menikmati kelebihan dan keistimewaan seperti pelajar sepenuh masa. 
Halangan tanpa sedar yang diletakkan kepada mereka yang sudah bekerja untuk menyambung pengajian adalah sesuatu yang merugikan negara. 

SARJANA SEPARUH MASA, 
Shah Alam. 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP