Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Mainan Perlu Sijil Mulai Februari

Tuesday, December 21, 2010




KUALA LUMPUR: Mulai 1 Februari ini, pengimport dan pengilang lebih 200 juta alat permainan kanak-kanak di negara ini perlu memiliki sijil standard Malaysian Conformity (MC) sebagai bukti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Timbalan menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, berkata pada tarikh berkenaan juga pihaknya akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan itu.



“Oleh itu, kami meminta pengilang dan pengimport supaya menarik balik produk mereka di pasaran secara berperingkat untuk menjalani ujian makmal yang diuruskan Jabatan Standard Malaysia (Standard Malaysia).


“Pihak terbabit perlu mematuhi tujuh syarat dari Standard Malaysia bagi memastikan setiap produk yang terdapat di pasaran selamat. Pihak kementerian tidak akan berkompromi sekiranya mereka tidak mematuhi syarat ditetapkan. 

“Pada tarikh itu juga kita berharap pengguna dapat membuat aduan kepada kementerian jika alat permainan yang dibeli tidak mempunyai tanda MC, ” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bengkel Keselamatan Barang Pengguna, di sini, semalam. 

Lian Hoe berkata, mereka yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan kompaun melalui Seksyen 25, Akta Perlindungan Pengguna 1999, iaitu individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya. 

Katanya, pertubuhan pula akan dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM500,000



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP