Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

NKRA Mahu Tingkat Tahap Masuk Prasekolah Seluruh Negara

Tuesday, December 21, 2010

KUALA LUMPUR: Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berhasrat untuk meningkatkan tahap kemasukan prasekolah di seluruh negara kepada 87 peratus pada 2012 dan 97 peratus kemasukan universal menjelang 2020. 

Timbalan Ketua Pengarah Sektor Pembangunan Profesional Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Asariah Mior Shaharuddin, berkata ia sejajar keperluan yang meningkat terhadap guru prasekolah yang berkualiti.



Katanya, antara tahun ini hingga 2012 kerajaan akan melatih lebih 21,000 guru prasekolah hasil inisiatif NKRA menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).


“Latihan guru bagi prasekolah swasta sudah tamat pada bulan ini. Latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) bermula 22 November lalu, manakala latihan oleh Institut pengajian tinggi swasta (IPTS) pada 28 November lalu. 

“Latihan diberikan ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme pendidikan awal kanak-kanak di negara ini,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam. 

Beliau berkata, bagi pengambilan pertama, seramai 6,580 orang termasuk individu dan guru prasekolah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) sudah menamatkan latihan masing-masing. 

“Daripada jumlah itu, seramai 3,299 orang dilatih di 10 IPTS dan pusat latihan swasta, manakala baki guru prasekolah dilatih di IPG dan IPTA. Ini kali pertama kita mengadakan latihan guru prasekolah swasta yang dianjurkan kerajaan. Ia bertujuan meningkatkan profesional dan kompetitif bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah,” katanya. 

Asariah berkata, pendidikan awal sekolah adalah menjadi keutamaan pihaknya dalam usaha memastikan ia mencapai kualiti pengajaran guru prasekolah dan memenuhi piawaian guru di seluruh negara. 

Katanya, pada masa ini kelayakan minimum untuk guru prasekolah adalah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE). 

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP