Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Luangkan Masa Berkualiti Untuk Anak

Tuesday, December 21, 2010



PADA hari ini muncul satu aliran baru yang mana ramai remaja didapati terbabit dengan jenayah dan gejala sosial. 

Nilai murni tidak lagi menjadi panduan kepada tingkah laku remaja dan rasa hormat terhadap undang-undang serta kesedaran sivik semakin berkurangan. Malah, sebahagian mereka tidak langsung menunjukkan rasa hormat terhadap ibu bapa sendiri.



Remaja seawal umur 15 tahun sudah mula berjinak dengan jenayah dan terbabit penyalahgunaan dadah, berjudi serta pelbagai gejala sosial lain yang menjejaskan masa depan mereka.


Aliran ini sangat membimbangkan dan perlu diberi perhatian serius oleh badan berwajib serta segmen sosial lain secara keseluruhan bagi membolehkan penyelesaian yang berpanjangan. 

Kenapa golongan belia dan remaja kita berkelakuan sebegini? Mengapa mereka melanggar dan tidak menghormati undang-undang sehingga ke tahap yang boleh menggugat masa depan mereka sendiri? 

Persoalan ini bukan hanya memerlukan jawapan malah ia juga memerlukan penyelesaian. Melihat pelbagai masalah gejala sosial menghantui remaja, program kaunseling membabitkan institusi kekeluargaan dan mempromosikan nilai murni sangat diperlukan sekarang berbanding sebelum ini. 

Nilai murni perlu dipertahankan dan dipupuk sebagai pelindung daripada pelbagai ancaman gejala sosial yang menyerang masyarakat. 


Dalam sebuah negara membangun, institusi kekeluargaan berdepan ancaman kerana kanak-kanak tidak mendapat perhatian dan panduan cukup yang mengakibatkan wujud pelbagai gejala sosial membelenggu remaja. 

Keluarga terlalu sibuk dengan kerjaya, tidak mampu menyediakan masa berkualiti bersama anak menyebabkan ramai kanak-kanak ditinggalkan dengan pembantu rumah atau penjaga. 

Kanak-kanak yang pulang dari sekolah berasa keseorangan kerana kedua ibu bapa keluar bekerja. Tidak ada sesiapa yang akan memberikan kasih sayang, mengajar dan mendidik nilai murni kepada mereka. 

Mereka akan mencari panduan daripada rakan sebaya dan dengan pengaruh negatif rakan sebaya mereka terdedah kepada gejala tidak sihat. Kanak-kanak membesar dalam persekitaran ini dengan mudah terbabit gejala ponteng, keganasan, penyalahgunaan dadah dan jenayah. 

Jika masalah ini tidak di bendung, ia akan menyumbang kepada perpecahan antara kanak-kanak dan keluarga serta peningkatan masalah sosial membabitkan golongan muda. 

Ibu bapa perlu prihatin mengenai kualiti kehidupan keluarga dan mengambil langkah menerapkan nilai moral ke dalam diri anak untuk membina masyarakat yang kukuh, stabil dan mampan. 

Program pengukuhan moral yang berterusan perlu untuk menyedarkan remaja akan tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa, masyarakat dan negara. 

TAN SRI LEE LAM THYE, 
Naib PengerusiYayasan Pencegahan 
Jenayah Malaysia (MCPF). 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP