Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Jangan Beban Ibu Bapa Dengan Yuran Tambahan

Thursday, December 16, 2010




Bayaran tambahan persekolahan bagi sesi 2011 hendaklah berdasarkan pada pekeliling yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian tidak mahu melihat ibu bapa dibebankan dengan pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah kepada mereka.

Sesi persekolahan 2011 akan bermula pada 2 Januari di Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain akan bermula 3 Januari.



"Namun, jika pihak sekolah berpendapat perlu sedikit sumbangan daripada ibu bapa, maka ini boleh dilakukan tetapi mengikut prosedur yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2011 di Bangunan Parlimen.

Muhyiddin berkata, sumbangan itu perlu dilakukan menerusi mesyuarat Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan persetujuan.



"Apapun kalau pihak sekolah berpendapat ia perlu mendapatkan sedikit sumbangan dari ibu bapa untuk usaha-usaha menambah baik lagi pembelajaran di sekolah, maka perkara itu boleh dibuat menerusi mesyuarat PIBG."

"Maknanya kalau dia kata nak tambah lagi entah beberapa ringgit...dia boleh buat tapi bila PIBG bermesyuarat dan bersetuju barulah mengemukakan permohonan kepada pihak pendaftar iaitu pengarah kita di peringkat negeri untuk mendapatkan kelulusan dan kita nak supaya jangan dibebankan ibu bapa dengan pembayaran yang tinggi yang boleh menyebabkan masalah pada keluarga," katanya.

Mesyuarat hari ini diadakan untuk membincangkan mengenai pengurusan dan keperluan sesi persekolahan baru itu yang berlangsung lebih kurang dua jam.

Sumber : Bernama

1 comments:

more tips December 16, 2010 at 8:28 AM  

nice to meet this article...to be continue to my tips

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP