Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

NUTP: Timbang Rayuan 100 Guru Enggan Pindah

Thursday, December 16, 2010

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta Kementerian Pelajaran menimbang rayuan 100 guru di Selangor yang tidak mahu berpindah ke daerah lain berikutan langkah penyusunan semula.

nutp national union of teaching professionPresidennya, Hashim Adnan, berkata berdasarkan pengalaman beliau, tindakan menukar guru berkenaan akan menimbulkan lebih banyak masalah daripada menyelesaikan masalah sedia ada.

Katanya kementerian perlu mengambil kira faktor usia, penyakit serta masalah keluarga dalam menimbang rayuan oleh semua 100 guru yang diarah pindah daerah.

Guru berkenaan terdiri daripada 84 guru opsyen Bahasa Inggeris dan 16 orang guru opsyen Bahasa Melayu yang digerakkan dari satu daerah ke daerah yang lain, katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Katanya faktor-faktor berlakunya penyusunan semula itu adalah kerana kekurangan guru Bahasa Inggeris di kawasan luar bandar berikutan pelaksanaan Program Memartabatkan Bahasa Malaysia Dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBM MBI) untuk guru-guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah 2009–2010.

Setiausaha NUTP Lok Yim Pheng berkata pergerakan guru-guru ke daerah lain melibatkan kos perbelanjaan serta pengangkutan yang berlebihan.

"Mereka terpaksa meninggalkan keluarga. Hujung minggu baru boleh menemui ahli kelurga mereka. Ini akan mewujudkan pelbagai masalah dalam keluarga," katanya.

Lok juga meminta kerajaan melanjutkan usia guru yang hendak melanjutkan pelajaran terutama bagi kursus jarak jauh tajaan Kementerian Pelajaran dari 45 tahun sekarang kepada 48 tahun.

"Bagi mereka yang belajar sendiri kini adalah 50 dan kita mahu ia dinaikkan kepada 53," katanya.

Sumber : Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP