Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Jurulatih Cekap Perkasa Sukan Sekolah

Thursday, December 16, 2010




PELANTIKAN jurulatih bertauliah sukan dan kokurikulum di sekolah rendah dan menengah wajar disokong padu kerana tindakan drastik ini dapat mencungkil bakat baru atlit tahap akar umbi untuk diketengah ke persada nasional dan antarabangsa. 

Negara kekeringan bakat atlit khusus olahraga dan balapan seperti dilihat daripada prestasi kontinjen negara pada temasya ke-16 Sukan Asia baru-baru ini.



Agaknya murid berbakat sukan selama ini tidak terdedah kepada jurulatih bertauliah dan profesional sehingga lahirnya keadaan menepati maksud peribahasa Melayu ‘berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi’.


Cadangan dibuat Jawatankuasa Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom baru-baru ini. 

Isu peningkatan beban tugas pendidik berpunca daripada pembabitan guru dalam kegiatan kokurikulum dan sukan selain faktor lain seperti kekerapan keluar berkursus, tugas hujung minggu, penempatan guru, saiz kelas yang besar, dan tugas perkeranian. 

Rata-ratanya pendidik bukan terlatih sebagai jurulatih bertauliah dalam kokurikulum dan sukan, sehingga wujud kepincangan dan ketempangan di sana sini. 


Biarpun dua guru disyorkan mengajar murid dalam kelas melebihi 35 orang di sekolah rendah dan 40 orang di sekolah menengah adalah cadangan yang baik, namun akan wujud pihak ketiga mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 


Lagipun pembabitan guru pembantu dalam kelas-kelas berkenaan bakal membebankan kementerian dari segi kos pengambilan dan latihan. 

Justeru, lebih praktikal lagi apabila Kementerian Pelajaran memohon penempatan 100 jawatan pembantu pentadbir sekolah daripada agensi Pusat sebab selama ini bebanan pendidik bertambah lantaran mereka terpaksa membuat kerja pekeranian. 

Kajian semula bilangan enrolmen pelajar bagi satu-satu kelas sudah lama dicadangkan kerana bagi sekolah antarabangsa misalnya, 25 murid cukup kondusif kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang baik lagi berkesan. 


Secara keseluruhannya, 28 perakuan jawatankuasa dianggap baik dan wajar dilaksanakan segera demi kelancaran proses pendidikan nasional. 

DR ILLIAS ZAIDI, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP