Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kaji Semula Dasar Kemasukan SBP

Thursday, November 18, 2010

SAYA dan ramai rakan lain menyambut baik langkah pemimpin negara untuk mengembalikan dasar kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan mengutamakan pelajar miskin dan luar bandar. Alhamdulillah, kami amat bersyukur kerana pemimpin negara sentiasa diberikan petunjuk untuk mentadbir negara ini demi kesejahteraan hidup rakyat. 

Mengikut dasar asal adalah mengutamakan pelajar dari keluarga miskin dan berpendapatan sederhana dengan kuota 70 peratus pelajar luar bandar dan 30 peratus lagi pelajar bandar.


Dasar ini sangatlah baik untuk diteruskan, bagaimanapun saya berpendapat peratusan ini perlu diperhalusi supaya lebih komprehensif dan menepati keadaan semasa. Hari ini sudah banyak bandar besar, berbanding ketika dasar dan kuota itu diperkenalkan dulu kerana pada waktu itu tidak banyak bandar di negara ini.
Jumlah penduduk Lembah Klang pula jauh lebih banyak daripada sekarang. Tentu saja kebanyakan daripada 48,327 pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tinggal dengan keluarga mereka di bandar seperti Johor Bahru, Melaka, Seremban, Kuala Lumpur, Bangi, Cheras, Shah Alam, Klang, Ipoh, Seberang Jaya, Alor Setar, Kuantan, Temerloh, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Kota Kinabalu dan Kuching. 

Kewujudan SBP sehingga kini membawa banyak kecemerlangan. Tanpa mengetepikan kecemerlangan yang dicapai di sekolah biasa. 

Kami merakamkan ucapan terima kasih atas kejayaan pemimpin negara menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti dan setanding dengan negara maju lain. Malah tiada pilih kasih atau fahaman politik, tidak kira ibu bapa mereka kaki hentam kerajaan atau penyokong kerajaan, SBP membuka pintunya kepada semua pelajar, guru dan urus setia. 

Aspek lain yang perlu diteliti iaitu kadar pendapatan dan jumlah tanggungan keluarga. Contohnya keluarga yang berpendapatan RM3,000 sebulan di Bandaraya Kuala Lumpur mungkin sama beban belanjanya berbanding RM700 di kampung. 

Di sesetengah bandar seperti Bandar Baru Bangi keluarga tidak mendapat banyak kemudahan penduduk luar bandar dan pinggir bandar kerana tiada Tadika Kemas yang rendah yurannya. Mereka terpaksa membayar lebih untuk ke tadika swasta. 

Selain itu, kerajaan wajar mengkaji balik kos pelajar di SBP. Bermula dengan yuran pendaftaran masuk, kos dan yuran tahunan serta pelbagai kos tambahan lain. 

Justeru, kami memohon jasa baik kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran untuk mengkaji pelbagai aspek ini sebelum membuat sebarang keputusan mengenai SBP ini. 

Sebab itulah niat baik dan hasrat murni pemimpin negara mahu mengkaji semula dasar kemasukan pelajar ke SBP ini sangat penting dan dialu-alukan. Biarlah kajian terbaru ini lebih menepati keperluan rakyat dan masa depan negara. 
AIMAN AQWA ISA, 
Kuala Lumpur.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP