Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Beri Peluang Pelajar Cemerlang, Miskin ke Asrama Penuh

Monday, November 15, 2010

SARANAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kementerian Pelajaran akan mengunakan asas pemilihan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai pengambilan tahun depan amat selari dengan matlamat asal penubuhan sekolah jenis ini iaitu untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar bandar.

Saranan beliau juga bertujuan mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.

Dalam tempoh tahun-tahun kebelakangan ini, peluang pelajar-pelajar cemerlang yang miskin sedikit terjejas kerana semua golongan (sama ada kaya atau miskin) mahu menghantar anak mereka ke sekolah asrama penuh.

Dilaporkan hanya 10 peratus daripada 48,327 murid yang memperoleh 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini berpeluang melanjutkan pelajaran di SBP.

Isu kemasukan pelajar ke SBP sering kali menjadi perbincangan setiap kali selepas keputusan peperiksaan UPSR diumumkan.

Dari tahun ke tahun, jumlah pelajar cemerlang UPSR meningkat sedangkan tempat yang disediakan terbatas. Ibu bapa diharapkan tidak berasa kecewa apabila anak mereka tidak mendapat tempat di SBP kerana usaha untuk meningkatkan mutu pembelajaran di semua sekolah telah pun dilakukan.

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Dalam konteks mendapat peluang terbaik pendidikan, pelajar cemerlang dari keluarga yang berpendapatan tinggi tentu akan juga merasa kecewa jika tidak berpeluang untuk melanjutkan asrama penuh. Kekecewaan ini boleh menjurus kepada emosi dan pengajaran terganggu dan seterusnya dibimbangkan implikasi yang berpanjangan.
Dalam mengurus kekecewaan pelajar cemerlang serta ibu bapa mereka, langkah Kementerian Pelajaran untuk memperbanyakkan sekolah berprestasi tinggi (SBT) adalah satu tindakan bijak. Mengikut Muhyiddin, beliau akan mengumumkan 30 buah lagi SBT yang sebahagian besarnya bukan asrama penuh tahun hadapan.

Memperbanyakkan SBT memberi lebih banyak peluang untuk pelajar-pelajar cemerlang yang gagal ke asrama penuh peluang pendidikan terbaik. Kemudahan fizikal dan tenaga pengajar di SBT hendaklah setara dengan SBP untuk mengelakkan persepsi bahawa SBT tidak sebaik SBP. Kesetaraan ini akan mengurangkan kekecewaan ibu bapa dan pelajar yang gagal ke sekolah berasrama penuh.

Sekolah berprestasi tinggi boleh ditakrifkan sebagi sebuah sekolah yang bukan sahaja mencapai kecemerlangan akademik yang baik malahan memberi suasana yang selesa dan teratur serta mempunyai rasa tanggungjawab di kalangan pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar-pelajar bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam memenuhi antara matlamat penubuhan KPM iaitu memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia dan melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera, Kementerian Pelajaran perlu meningkatkan tahap kemudahan fizikal dan prasarana sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Meningkatkan tahap kebajikan guru.

Di samping itu, Kementerian Pelajaran perlu meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif, psikomotor dan emosi melalui program jaya diri seperti program motivasi, pertandingan-pertandingan dan program pendidikan luar.
Isu kemasukan pelajar ke SBP jika tidak ditangani dengan baik boleh menimbulkan keresahan di banyak pihak. Dalam menangani kekecewaan pelajar cemerlang ke UPSR, Kementerian Pelajaran perlu mencari alternatif terbaik. 

Antaranya ialah memperbanyakkan kewujudan SBT kerana ia dapat memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

Prof. Madya Dr. Sapora Sipon
Panchor, Muar, Johor.

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP