Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Penuhi Matlamat Wawasan 2020

Monday, November 15, 2010

PELAKSANAAN mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi yang akan diperkenalkan tahun depan adalah satu usaha yang bertepatan dengan inspirasi negara dalam memenuhi pembangunan Wawasan 2020 untuk mencapai status negara maju. 

Di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru ini terbukti inisiatif Kementerian Pelajaran amat bersesuaian dalam usaha memberi pendedahan kemudahan dunia sains dan teknologi kepada anak kecil yang bakal mewarnai kepemimpinan negara kelak.


Pengisian subjek ini secara tidak langsung melahirkan murid yang celik teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) pada zaman era digital yang serba moden, selain mendedahkan aplikasi bidang sains dalam kehidupan seharian.

Melalui perkembangan pendidikan seperti ini yang dititikberatkan kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sains dan teknologi ke arah mempertingkatkan pencapaiannya membentuk proses pendidikan lebih dinamik seterusnya mencapai matlamat Wawasan 2020. 
MOHD SYAFIQ JAKI,
Parit Buntar.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP