Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Saranan Guru Disipilin Diberi Kuasa Polis Tidak Sesuai Dipraktikkan

Thursday, September 16, 2010

SAYA terpanggil untuk menyuarakan pendapat mengenai saranan agar guru disiplin diberi kuasa polis sebagai langkah untuk menangani masalah disiplin pelajar di sekolah yang mutakhir ini agak berleluasa. 


Cadangan ini dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran yang menggesa kerajaan mengkaji pemberian kuasa polis kepada guru disiplin bagi menghindari pengaruh samseng di sekolah.


Syor ini mendapat reaksi berbeza di kalangan pihak yang terbabit secara langsung dalam urusan pelajar dan perguruan di negara ini. Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) misalnya, berpandangan cadangan ini hanya akan menambah bebanan baru kepada guru yang terbabit kerana tanggungjawab guru bukan sekadar menyelesaikan masalah disiplin pelajar.
Namun, Majlis Pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula bukan saja menyambut baik cadangan itu malah mencadangkan agar diwujudkan satu jawatan baru iaitu penolong kanan disiplin bagi menangani masalah disiplin pelajar. 

Bagi saya, cadangan ini walaupun mungkin berniat baik iaitu cuba mencari jalan penyelesaian kepada masalah disiplin pelajar namun, ia hanya akan menimbulkan pelbagai masalah lain jika dilaksanakan. 

Pelajar zaman sekarang boleh dikategorikan sebagai lebih berani, pantang dicabar dan ditegur apatah lagi diambil tindakan disiplin berbanding pelajar zaman dulu yang lebih bersopan, berhemah dan tahu untuk menghormati dan takut kepada guru mereka. 

Malah kita khuatir jika guru diberi kuasa polis tambahan ini, pengaruh dan pembabitan gejala samseng akan lebih serius di sekolah kerana pelajar yang tidak berpuas hati dengan tindakan guru pasti akan cuba membalas dendam dengan meminta bantuan kumpulan samseng di luar. 


Cadangan ini bukan saja menambah bebanan guru tetapi akan mula menimbulkan pelbagai lagi masalah susulan lebih serius yang bukan saja bakal meningkatkan statistik masalah disiplin di kalangan pelajar, malah keselamatan guru juga bakal menjadi tanda tanya yang besar apabila guru menggunapakai kuasa polis tambahan yang dimilikinya. 

Adalah disyorkan agar Kementerian Pelajaran dan pihak lain yang terbabit secara langsung dan tidak langsung duduk semeja berbincang kaedah lebih holistik dengan pendekatan yang lain daripada amalan hukuman disiplin yang biasa agar masalah disiplin dalam kalangan pelajar dapat dirungkai dari peringkat akar umbi lagi. 


NOOR MOHAMAD SHAKIL HAMEED, 
UPM Serdang, Selangor. 


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP