Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kursus Ijazah KPM-OUM Kini Ada Perakuan Akreditasi

Thursday, September 16, 2010

DENGAN hormatnya saya merujuk surat Suami Guru KPM-OUM dari Batu Pahat, Johor dalam ruangan ini disiarkan 6 September lalu. Pihak Open University Malaysia (OUM) mengucapkan terima kasih kepada penulis atas keprihatinan beliau terhadap kursus pengajian ditawarkan OUM. 


Untuk makluman, Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Dengan Kepujian sudah diluluskan penawarannya oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi melalui surat bertarikh 28 Februari 2006. Ia adalah satu kursus pengajian dikendali OUM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan bilangan guru siswazah pada peringkat sekolah rendah.


Lazimnya, permohonan akreditasi mana-mana kursus pengajian hanya boleh dilakukan apabila kursus pengajian itu mencapai tahap matang. Ia bermaksud kohot pertama pelajar mestilah berada di tahun akhir untuk dinilai, selaras dengan peraturan ditetapkan pihak MQA. Permohonan akreditasi bagi kursus pengajian ini dikemukakan kepada MQA pada tahun 2009.
Ijazah Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) mempunyai 14 major atau pengkhususan yang memerlukan lawatan panel penilai dari MQA bagi setiap major. Tambahan pula setiap major melalui dua lawatan penilaian di pusat pembelajaran berbeza di seluruh negara. Oleh yang demikian, masa agak lama diperlukan untuk menyempurnakan proses akreditasi berkenaan. 

Namun, ia mendapat perakuan akreditasi pada penghujung Ogos lalu. Kini, pihak OUM berurusan dengan MQA untuk pengeluaran sijil akreditasi. Pihak OUM juga akan mengemuka dokumen kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk tujuan pengiktirafan. Perakuan akreditasi kursus pengajian ini akan dikemuka oleh MQA kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diiktiraf. 

Sekiranya maklumat lanjut diperlukan, sila berhubung dengan Pendaffar OUM melalui emel di alamat kamariah@oum.edu.my. 


Datin Teh Raqamah Abdullah,
Pengarah Unit Perhubungan Korporat OUM. 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP