Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Sejarah Bendera Malaysia

Sunday, August 15, 2010

Bendera Persekutuan Tanah Melayu mulai digunakan secara rasmi pada tanggal 26 Mei 1950. Bermula dari satu pertandingan untuk merekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Pertandingan ini disebarluas melalui surat khabar  ‘The Malay Mail‘ pada 10 Ogos 1949. Sebanyak 373 rekabentuk telah diterima oleh panitia pertandingan. Untuk menyesuaikan kehendak pertandingan untuk memilih rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang sesuai maka telah dibentuk suatu ‘Jawatankuasa Khas’ pada bulan Mei 1948. 

Laporan Jawatankuasa ini telah disampaikan kepada Majlis Perundangan Persekutuan pada tanggal 15 November 1949. Dari jumlah 373 rekabentuk bendera yang dipertandingkan, hanya tiga bendera yang dipilih. Tiga bendera tersebut bersama 6 rekabentuk  lagi yang telah disiapkan  telah diserahkan kepada Raja-Raja Melayu untuk pemilihan. 

Pada 19 April 1950, atas nasihat Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Council) dan atas persetujuan Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu, bendera Malaysia yang ada sekarang ini telah dipilih sebagai bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu. Pada mulanya, bulan sabit dan bintang direkabentuk  berwarna putih, tetapi atas usulan Sultan Kedah dengan persetujuan Raja-Raja yang lain, warna putih itu diganti dengan warna kuning untuk melambangkan warna DiRaja. 

Pada 26 Mei 1950, untuk pertama kalinya bendera itu dikibarkan di Istana Sultan Selangor di Kuala Lumpur. Upacara pengibaran bendera Persekutuan Tanah Melayu ini telah dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri iaitu Sultan Selangor serta wakil-wakil Sultan terdiri dari  Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Menteri Besar Perak), Dato’ Mahmud bin Mat (Menteri Besar Pahang), Dato’ Onn bin Jaafar (Menteri Besar Johor), Encik Kamaruddin (Menteri Besar Terengganu), Nik Ahmad Kamil bin Haji Mahmud (Menteri Besar Kelantan), Raja Haji Ahmad bin Raja Endut (Menteri Besar Perlis), Tunku Ismail bin Tunku Yahya (Menteri Besar Kedah) dan Dato’ Abdul Malek bin Yusuf (Menteri Besar Negeri Sembilan). 

Pukul 09.38 pagi, Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan oleh Sir Henry Gurney (Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya) mewakili pihak pembesar-pembesar negeri. Sejak itulah, Persekutuan Tanah Melayu mempunyai benderanya sendiri yang menjadi lambang kemegahan serta simbol sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu. 

Bendera ini berukuran panjang 6 kaki (1.828 meter) dan lebar 3 kaki (0.914 meter) dengan enam jalur berwarna merah dan lima jalur berwarna putih. Sebelas jalur ini melambangkan perpaduan sebelas buah negeri Persekutuan yaitu Johor, Pahang, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. 

Warna merah, putih dan biru melambangkan negara ini sebuah negara komonwealth. Bulan dan bintang melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu sementara warna kuning di bulan dan bintang melambangkan warna DiRaja yang menandakan kedaulatan sultan-sultan Negeri Tanah Melayu yang juga sebagai Ketua Agama Islam. Perpaduan dan kerjasama negeri-negeri ini juga disimbolkan oleh bintang berjumlah sebelas. 


Pencipta Bendera Persekutuan Tanah Melayu 

Dari maklumat yang ada, terdapat dokumen yang ditandatangani oleh seorang yang bernama Mohamed bin Hamzah yang ditujukan kepada ‘Clerk of Councils’ , The Council Chamber, Kuala Lumpur, mengusulkan rancangan rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu. Salinan contoh rekabentuk  Bendera Persekutuan Tanah Melayu ini juga ditemukan dari koleksi dokumen Jabatan Kerja Raya, Johor yang ditandatangani oleh Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Tandatangan yang terdapat di dalam surat di atas dan tandatangan pada rekabentuk bendera adalah sama. 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP