Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Cari Jalan Tangani Isu Buang Bayi

Sunday, August 15, 2010

SEJAK kebelakangan ini kita dikhabarkan dengan berita menyayat hati penemuan bayi atau mayat bayi yang diletakkan serta dibuang seperti sampah. Perkembangan semasa menunjukkan masyarakat sudah kembali ke zaman jahiliah cuma kali ini dinamakan jahiliah moden. 


Sebanyak 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara pada 2009 dan angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita sedang dilanda kepincangan moral yang kritikal.


Cadangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang dipersetujui Kabinet supaya individu terbabit dalam kes pembuangan bayi dikenakan hukuman berat bertepatan bagi menyelesaikan masalah yang menjadi barah dalam masyarakat.


Mengikut rekod kementerian berkenaan, sebanyak 60 bayi dibuang untuk tahun ini saja dan yang lebih menyedihkan, 14 daripadanya tidak dapat dikenal pasti jantina disebabkan pereputan. 

Mungkin dengan penguatkuasaan undang-undang lebih tegas mampu menyedarkan masyarakat supaya tidak melakukan aktiviti yang dikeji agama, manusia dan bertentangan dengan norma masyarakat yang bermoral. 

Di samping undang-undang yang tegas, institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan dengan penerapan nilai moral dan asas didikan agama yang teguh kerana keluarga tunjang kepada kekuatan sahsiah seseorang individu. 

Ibu bapa perlu lebih peka dengan aktiviti anak remaja dan tidak hanya membiarkan mereka bebas bergaul dengan siapa saja. Jangan sudah terhantuk baru terngadah kerana pada waktu itu, nasi sudah menjadi bubur. Sebarang penyesalan tidak berguna lagi. 


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menarik perhatian seluruh negara beberapa minggu lalu dengan cadangan mewujudkan ‘Sekolah Remaja Hamil’ bagi pelajar perempuan yang terlanjur dan mengandungkan anak di luar nikah. 

Cadangan beliau mendapat pelbagai maklum balas baik positif dan tidak kurang yang negatif. Secara peribadi, saya berpendapat cadangan ini sememangnya tidak dapat membanteras gejala sosial sepenuhnya. 

Tetapi, sedikit sebanyak cadangan ini ada baiknya kerana paling tidak, remaja perempuan yang terlanjur boleh ditempatkan di satu sekolah khas yang boleh mengawal aktiviti mereka sebelum kelahiran bayi. 

Sekurang-kurangnya bayi yang tidak berdosa boleh diselamatkan. Saya kira cadangan ini bukanlah bermaksud menggalakkan remaja untuk melakukan maksiat, tetapi menyediakan alternatif bagi mereka yang sudah terlanjur. 

Namun, yang terbaik ialah kita mencegah sebelum merawat. Oleh itu, kempen kesedaran secara besar-besaran berhubung bahaya gejala zina dan seks bebas perlu dilakukan kerana dua perkara ini adalah punca berlakunya masalah pembuangan bayi di Malaysia. 

Tokoh agama, cendekiawan, ilmuwan dan pemimpin di seluruh negara perlu bersama turun padang memberi kesedaran kepada masyarakat. Jangan hanya pandai bercakap dan menuding jari menyalahkan orang lain apabila berlaku gejala seperti ini. 
HANIF MOHSEIN, 
Taman Putra, Ampang.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP