Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Bersatulah di Bawah Satu Sistem Pendidikan

Sunday, August 15, 2010

SAYA tertarik dengan laporan Mingguan Malaysia bertarikh 15 Ogos 2010 bertajuk Guna merit bukan kuota - MCA.

Sekiranya laporan itu adalah benar, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menggariskan beberapa cadangan Kongres Ekonomi Cina. Dua daripadanya berbunyi:
Meminta kerajaan tidak melupakan kebajikan sekolah vernakular dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara secara menyeluruh.


Penggalakkan lebih banyak sekolah vernakular akan membolehkan negara menghasilkan lebih ramai pelajar yang mahir berbahasa Mandarin dan kebolehan mereka boleh dioptimumkan bagi merebut peluang yang terhidang dalam pasaran dunia.


Saya amatlah membantah kedua-dua cadangan tersebut kerana ia langsung tidak mencerminkan hasrat negara untuk menggalakkan rakyat Malaysia tidak kira daripada keturunan apa sekalipun agar belajar di sekolah kebangsaan.


Bagaimanapun, saya langsung tidak membantah rakyat Malaysia untuk mempelajari banyak bahasa termasuklah Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain.
Namun, apa yang saya ingin tekankan ialah segala belanjawan untuk pendidikan negara hendaklah disalurkan ke sekolah kebangsaan sahaja.


Guru-guru bahasa Mandarin dan Tamil yang dibayar gaji dengan menggunakan hasil cukai dan wang rakyat perlulah dipindahkan ke sekolah kebangsaan untuk mengajar bahasa Mandarin dan Tamil di sana.


Ahli-ahli politik tidak kira dari pihak kerajaan atau pembangkang sepatutnya bersatu menggalakkan kemasukan pelajar ke sekolah kebangsaan, menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan sebagai bahasa yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia walaupun berbeza keturunan dan agama.


Ramai di kalangan kita mengagumi Singapura kerana kecekapan pemimpin negara pulau itu mentadbir negara dan menyatukan rakyat berbilang kaum, tetapi kita tidak sedar atau buat-buat tidak sedar yang pemimpin mereka telah memansuhkan sekolah vernakular dan menyatukan rakyat berbilang kaum di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan.


Baru-baru ini, negara dikejutkan oleh masalah yang dihadapi oleh pembanci kerana ada segolongan rakyat Malaysia yang tidak memahami bahasa Melayu.
Amatlah memalukan sekiranya rakyat negara ini tidak memahami bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia.


Golongan itu seharusnya berasa malu kerana ramai pekerja asing boleh berbahasa Melayu dengan baik berbanding diri mereka sendiri yang mempunyai kerakyatan Malaysia.


Pekerja-pekerja asing ini mungkin baru setahun dua berkerja di Malaysia, tetapi mereka boleh berbahasa Melayu dengan baik walaupun tidak fasih.


Setiap hari pelbagai pihak menuntut itu ini daripada negara atas nama kesamarataan sebagai rakyat Malaysia. Sesungguhnya anda tidak layak langsung menuntut apa-apa daripada negara selagi anda tidak memenuhi tuntutan negara yang paling asas terhadap anda iaitu kebolehan berbahasa Melayu dengan baik.


Bersatulah di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan. Ajarlah bahasa Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan dan lain-lain bahasa di sekolah kebangsaan.


Sediakanlah peruntukan, kelas dan guru yang mencukupi untuk mengajar bahasa-bahasa tersebut di sekolah kebangsaan. Setelah 53 tahun merdeka, kita tidak memerlukan sekolah vernakular lagi.


Saya ingin mencadangkan agar diwujudkan syarat wajib lulus ujian bertulis dan lisan Bahasa Melayu kepada setiap rakyat Malaysia yang ingin memohon kad pengenalan pada usia 12 tahun seperti mana yang dikenakan terhadap warga asing yang ingin memohon kerakyatan Malaysia.


Selagi tidak lulus ujian itu, selagi itulah kad pengenalan tidak dikeluarkan atau status kerakyatan ditukar menjadi pemastautin tetap.


Selain itu, saya juga ingin mencadangkan kepada semua menteri dan pembesar negara agar menyampaikan ucapan dalam bahasa Melayu di semua majlis yang dihadiri di dalam negara meskipun majoriti pendengar bukan keturunan Melayu.
Saya amat pasti majoriti pendengar merupakan warga Malaysia dan sepatutnya setiap warganya faham dan fasih berbahasa Melayu.


Akhir sekali, meskipun kita berlainan keturunan dan agama, tetapi selagi kita berkerakyatan Malaysia, selagi itulah bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu. Satu Malaysia Satu Bahasa.


Azlansyah Aman
Masjid Tanah, Melaka

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP