Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Berita Sksf. Show all posts
Showing posts with label Berita Sksf. Show all posts

Nasi Lemak Punca Keracunan Makanan

Friday, April 1, 2011


PUTRAJAYA – Sebanyak 50 peratus daripada  311 kes keracunan makanan di sekolah tahun lalu dikenalpasti berpunca daripada penyediaan makanan di kantin yang kebanyakannya melibatkan nasi lemak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, 50 peratus kes keracunan tersebut melibatkan 5,496 pelajar.

Nasi lemak, menurut beliau, menjadi punca utama keracunan makanan selain sambal kerang dan ayam masak merah.

Ini kerana, katanya, makanan itu dimasak terlalu awal iaitu pada waktu malam sebelumnya.

“Siasatan turut menunjukkan pencemaran berlaku ketika proses penyimpanan, pengangkutan dan penghidangan yang menyumbang kepada 32 peratus kejadian  keracunan makanan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan hadiah kepada  pemenang Anugerah Kantin Bersih 2010  Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen  Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Tempat pertama dimenangi Sekolah Kebangsaan  (SK) Serting Felda, Kuala Pilah, Negeri Sembilan  yang memperoleh RM4,500, piala dan sijil;  tempat kedua SK Padang Mengkuang, Kuala  Terengganu (RM4,000) manakala SK Pauh Jaya,  Pulau Pinang meraih tempat ketiga dengan wang  tunai RM3,000.

Tiong Lai memberitahu, sebanyak 88 kes atau  56 peratus kes keracunan makanan menunjukkan tanda awal basi dari segi fizikal, bau dan rasa.

Katanya, Kementerian Kesihatan memandang serius kes keracunan makanan kerana ia boleh menjejaskan prestasi pembelajaran akademik  dan kokurikulum murid.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak 122  premis telah diberikan notis penutupan  sementara mengikut Seksyen 18 (d) Akta Penyakit  Berjangkit 1988 manakala 22 premis ditutup terus.

“Jika disabitkan kesalahan mengikut seksyen berkenaan,  pengusaha kantin boleh dikenakan hukuman  penjara maksimum dua tahun dan denda  RM10,000,” jelasnya.

Sumber : http : //mynewshub.my

Read more...

50 Peratus Daripada Kes Keracunan Berlaku di Kantin Sekolah

PUTRAJAYA: Lima puluh peratus daripada 311 kejadian keracunan makanan yang dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lepas berlaku di kantin sekolah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, sebanyak 157 kes dilaporkan di sekolah iaitu meningkat 29 kejadian berbanding tahun sebelumnya dan kebanyakan kes berpunca daripada pencemaran yang berlaku semasa penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan juga ketika menghidang makanan.



"Menu utama yang dikenal pasti menjadi punca keracunan makanan ialah nasi lemak yang menyumbang sebanyak 10 peratus kejadian keracunan makanan di sekolah selain sambal kerang dan ayam masak merah," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Liow berkata, kementeriannya memandang serius perkara itu kerana kesannya kepada kesihatan pelajar akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka. 

Permasalahan itu kini dipantau Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pelajaran, kata beliau. 

Kementerian katanya, menyarankan agar semua pengusaha kantin sekolah melabelkan kadar kalori pada makanan yang dijual dan secara tidak langsung langkah itu dapat mendidik pelajar mengenai kepentingan mengambil makanan yang sihat. 

Liow sebelum itu menyampaikan Anugerah Kantin Bersih 2010 yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Serting Felda di Negeri Sembilan.

 
Mengulas mengenai status terkini pemantauan pencemaran dioksin dalam daging unggas (poultry) dan hasilan unggas serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari Jerman, Liow berkata tiada toksin dikesan dalam semua sampel yang dianalisis. 

Media pada 10 Januari lalu melaporkan penemuan pencemaran dioksin dalam daging unggas dan hasilan unggas seperti telur serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari negara itu. - BERNAMA 



Sumber : Berita Harian Online

Read more...

50 peratus Keracunan Makanan Berlaku di Kantin Sekolah: Liow

Lima puluh peratus daripada 311 kejadian keracunan makanan yang dilaporkan di negara ini sepanjang tahun lepas berlaku di kantin sekolah, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata sebanyak 157 kes dilaporkan di sekolah iaitu meningkat 29 kejadian berbanding tahun sebe- lumnya, dan kebanyakan kes berpunca daripada pencemaran yang berlaku semasa penyediaan, penyimpanan, pengangkutan dan juga ketika menghidang makanan.

“Menu utama yang dikenal pasti menjadi punca keracunan makanan ialah nasi lemak yang menyumbang sebanyak 10 peratus kejadian keracunan makanan di sekolah selain sambal kerang dan ayam masak merah,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.

Liow berkata kementeriannya memandang serius perkara itu kerana kesannya kepada kesihatan pelajar akan mempengaruhi prestasi pembelajaran mereka.

“Permasalahan itu kini dipantau Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan bersama oleh Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Pelajaran,” kata beliau.

Kementerian katanya, menyarankan agar semua pengusaha kantin sekolah melabelkan kadar kalori pada makanan yang dijual dan secara tidak langsung langkah itu dapat mendidik pelajar mengenai kepentingan mengambil makanan yang sihat.

Liow sebelum itu menyampaikan Anugerah Kantin Bersih 2010 yang dimenangi Sekolah Kebangsaan Serting Felda di Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai status terkini pemantauan pencemaran dioksin dalam daging unggas (poultry) dan hasilan unggas serta daging khinzir dan hasilan khinzir dari Jerman, Liow berkata tiada toksin dikesan dalam semua sampel yang dianalisis.

Media pada 10 Jan lepas melaporkan penemuan pencemaran dioksin dalam daging unggas dan hasilan unggas seperti telur serta daging khinzir 

dan hasilan khinzir dari negara itu.


Sumber  :  http://sabahdaily.blogspot.com 

Read more...

Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih 2010 Peringkat Kebangsaan


110330 6 pameran IMG_1918110330 8 showing calori IMG_1959
110330 9 jom kurang gula IMG_1969
110330 4 champion IMG_1890
Guru Besar (Tuan Haji Abdul Rasid bin Sulaiman) dan Pengusaha Kantin  (Puan Tuziah ) dari Sekolah Kebangsaan Serting (Felda) di samping Dato' Sri Low Tiong Lai
110330 1 speech fr left IMG_1783
110330 5 signing plague IMG_1912
Dalam Pertandingan Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan pula, sebanyak 15 buah kantin sekolah rendah telah dicalonkan, di mana kantin yang menang di peringkat negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mewakili negeri masing-masing. Kantin yang layak bertanding mendapat markah pemeriksaan premis tidak kurang daripada 85 peratus dan melaksanakan pemeriksaan sendiri kebersihan kantin. Syabas diucapkan kepada semua kantin yang telah layak ke pertandingan peringkat kebangsaan! Saya difahamkan semua kantin ini telah menunjukkan prestasi yang amat baik dan sukar untuk juri memilih pemenang di peringkat kebangsaan.

Read more...

Tahniah SKSF Anda Dinobatkan Sebagai JOHAN Kantin Terbersih Kebangsaan

Wednesday, March 30, 2011

Tahniah diucapkan kepada warga sekolah kebangsaan Serting(Felda) yang melakar satu lagi kejayaan tahun ini apabila dinobatkan sebagai Johan Kantin Terbersih Peringkat Kebangsaan. Replika kemenangan disampaikan oleh Menteri Kesihatan YB Dato Liow Tiong Lai di Dewan A  Pusat Konvesyen Putrajaya pada 30 Mac 2011.

Read more...

Permohonan Penempatan Dan Pendaftaran Murid Tahun Satu 2012/2013

Tuesday, March 22, 2011




Permohonan penempatan dan pendaftaran murid ke Tahun 1 pada 2012 dan 2013  akan dijalankan mulai 1.3.2011 hingga 31.3.2011 di Pejabat Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting , jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Permohonan penempatan dan pendaftaran yang dibuat pada tahun  2011 adalah bagi :
1. Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.2006  yang belum membuat  permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2012.
2. Kanak-Kanak yang lahir pada 2.1.2006 hingga 1.1.2007 untuk tahun persekolahan 2013.
Sila bawa bersama-sama :
1.    Sijil lahir asal kanak-kanak
2.    Salinan sijil lahir kanak-kanak
3.    Salinan kad pengenalan ibu bapa
4.    Salinan slip gaji terkini /pengesahan pendapatan ibu bapa
5.    Salinan bil elektrik/ bil air

Read more...

Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Pelajar SKSf

Thursday, March 17, 2011


Read more...

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul

Friday, February 25, 2011


 
  

Read more...

Tahniah Selamat Belajar Kembali

Wednesday, February 23, 2011

 EN. MOHD AMAR BIN MOHAMAD
EN. NIK AZRIE BIN NIK HUSSIN

Warga sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada dua orang pendidik sekolah ini yang telah berjaya dalam permohonan mereka melanjutkan pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011...

Read more...

Sekitar Pendaftaran PraSekolah, Tahun 1 dan Pembayaran Yuran Sekolah

Friday, December 31, 2010

 
 


Read more...

Sekitar Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2011

Sunday, December 26, 2010

Read more...

Hari-Hari Terakhir Sesi Persekolahan 2010

Thursday, November 25, 2010

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP