Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Awas, Jangan Menghadap Komputer Lebih 5 Jam Sehari.

Saturday, June 18, 2011



sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti terkumpul berkaitan dengan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis. 

Read more...

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Tuesday, May 3, 2011


Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit diHarvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

Read more...

Sarapan Baik Untuk Minda

Thursday, March 24, 2011

SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.
Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.
Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.
Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,
Secara umum, wanita Malaysia yakin dan prihatin dengan kepentingan mengalas perut dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.
Meskipun sebahagian besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, namun kesibukan mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan mengabaikan sarapan.
Rumusan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan ke atas sepuluh orang wanita yang bekerja sama ada bujang atau sudah berkahwin. Mereka berumur di antara 27 hingga 33 tahun dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.
Alternatif mudah
Sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya. Bagi yang ingin melawan kesibukan pada waktu pagi, roti dan susu adalah pilihan ideal yang paling ringkas.
Sesekali pada hari minggu, Hartini Yahya akan menunaikan permintaan anak-anaknya untuk bersarapan di luar, sekali gus dapat bermesra dengan keluarga serta menghilangkan tekanan.
Menurut seorang ibu kepada dua anak kecil, melihat anak gembira memang cukup berbaloi asalkan mereka makan sarapan.
Tetapi pada hari lain, Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu akan memastikan anaknya dibekalkan dengan sarapan yang dimasak sendiri.
BIJIRIN antara menu yang berkhasiat untuk sarapan.


Kesibukan sebagai pegawai perubatan tidak menghalang seorang lagi ibu muda untuk menekankan kepentingan sarapan kepada anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun sebelum ke sekolah.
Dr. Rohaya Abdul Razak akan memastikan ahli keluarganya bersarapan dengan makanan yang disediakan di rumah seperti bijirin dengan susu, telur atau bihun goreng.
Bagaimanapun, beliau sama sekali tidak akan membawa anaknya ke restoran makanan segera untuk bersarapan kerana menganggap makanan segera mempunyai kandungan lemak yang terlalu tinggi.
Rakannya, seorang pengurus syarikat telekomunikasi, Shakila Imran juga enggan membenarkan anak-anaknya makan makanan segera yang disifatkan terlalu berminyak dan tiada sayur-sayuran.
Beliau menolak untuk menjadikan makanan segera sebagai hadiah atau insentif kepada anak-anaknya. Sebaliknya Shakila lebih gemar memasak sendiri jika anak-anaknya meminta makanan segera seperti kentang goreng termasuk hash brown, burger dan nugget.
Anak Shakila telah terbiasa dengan rutin menghabiskan susu yang disediakan setiap pagi sebelum ke sekolah atau tadika.
Ia cukup mengenyangkan mereka sehingga waktu rehat sekali gus menyediakan makanan seimbang yang penting sebagai permulaan hari yang baik.
Jika teringin untuk bersarapan di luar pada hujung minggu, Shakila lebih selesa memilih kedai biasa seperti kedai mamak untuk menjamu makanan seperti tose atau capati yang kurang berminyak.
Perkembangan minda
Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.
Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.
Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.
Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. -
Sumber : Kosmo Online

Read more...

Syor Wujud Perlindungan Kesihatan Semua Rakyat

Wednesday, November 24, 2010

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mewujudkan perlindungan kesihatan menyeluruh untuk semua rakyat bagi mengelak pesakit mengeluarkan wang poket sendiri untuk mendapat rawatan kecemasan. 

Presiden Persatuan Perubatan Doktor Utama Malaysia (PCDOM), Dr Molly Cheah, berkata mekanisme sesuai perlu dikaji termasuk potongan cukai bagi golongan yang bekerja atau insurans komuniti bagi rakyat tidak berkemampuan menerusi peruntukan kerajaan.


Katanya, ia perlu dibuat bagi menjamin kebajikan rakyat mendapat penjagaan kesihatan menyeluruh tanpa mengira pendapatan seperti diamalkan di negara maju seperti Australia dan Kanada.


Masalah ramai rakyat berhutang termasuk mengguna kad kredit dan membuat pinjaman untuk membayar kos perubatan swasta yang tinggi sudah lama berlaku. Mereka terpaksa berbuat demikian kerana tidak mampu menunggu lama untuk mendapat rawatan di hospital kerajaan. 

Sudah sampai masanya kerajaan meneliti perkara ini dengan serius. 
Adalah tidak realistik pesakit mengeluarkan wang poket yang banyak untuk rawatan, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ramai rakyat berhutang kad kredit atau membuat pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta. 

Cheah berkata, kos rawatan yang tinggi di hospital swasta tidak dapat dielakkan kerana mereka berorientasi keuntungan selain mengambil kira peningkatan kos lain termasuk tenaga pakar. 

Presiden Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Prof Dr Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, tidak benar dakwaan hospital swasta mengenakan bayaran tinggi termasuk menipu pesakit bagi mengaut keuntungan tinggi. 

Beliau berkata, kadar bayaran perubatan seperti perundingan ditetapkan Majlis Perubatan Malaysia (MPM) dan pengamal perubatan yang menipu kadar bayaran boleh dikenakan tindakan tegas. 

Sekiranya wujud kes sedemikian, Dr Abdul Rashid berkata, ia adalah kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan industri itu yang mengamalkan etika kerja profesional. 

Caj profesional untuk perunding contohnya adalah berpatutan, yang menjadi mahal ialah kos ubat-ubatan yang tidak ada harga siling dan penyiasatan kes yang menggunakan teknologi canggih, katanya. 

Sumber : Berita Harian Online

Read more...

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP