Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kerajaan Usah Sekali-kali Berganjak

Friday, April 8, 2011





Kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan, tidak sewajarnya berganjak daripada keputusan yang telah diambil pada tahun 2009 untuk memansuhkan PPSMI dan mengembalikan martabat serta peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama sistem pendidikan, seperti yang telah diasaskan oleh Jawatankuasa Razak 1956 dan kemudian menjadi undang-undang negara dalam Akta Pelajaran 1961, dan seterusnya dalam pindaan Akta Pendidikan 1996.

Langkah kembali kepada sistem dua aliran (Melayu dan Inggeris, meskipun dalam subjek-subjek bidang sains dan matematik) hanya meruncingkan keadaan dan kedudukan Dasar Bahasa Kebangsaan, yang menjadi salah satu asas kenegaraan dan "pembinaan negara" - untuk perpaduan kebangsaan, untuk pembinaan jati diri negara dan untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa berwibawa.


Sesudah mendapati bahawa PPSMI menimbulkan masalah nasional (berasaskan penyataan TPM selaku Menteri Pendidikan apabila memutuskan pemansuhan PPSMI bermula pada tahun 2012 dan hasil kajian ahli bahasa dan pendidikan sejak 2002), amat tidak munasabah kerajaan bertukar haluan semata-mata kerana ingin memenuhi tuntutan sekelompok golongan yang sama sekali tidak memperlihatkan semangat kebangsaan dan tidak pernah memahami "erti bahasa kebangsaan dalam pembinaan negara".



Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris, sebagaimana yang telah berkali-kali ditegaskan oleh ahli bahasa dan ahli pendidikan yang mendukung perjuangan bahasa kebangsaan tidak akan dapat diatasi dengan PPSMI, melainkan melalui peningkatan dalam pengajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Kementerian Pendidikan sendiri telah mengumumkan MBMMBI dan rancangan itu perlu dilaksanakan dengan berkesan, tanpa mengganggu MBM (Memartabatkan Bahasa Melayu).



Prof. Dr. Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China
Beijing

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP