Hilang Atau Rosak Dokumen Penting, Tidak Perlu Lapor Pada Polis
Thursday, October 13, 2011

Sebarang kehilangan atau kerosakan dokumen penting tidak perlu lagi dilaporkan ke pihak polis
Sijil lahir, pasport Malaysia, sijil perkahwinan, sijil akademik, dokumen pendaftaran kenderaan, lesen memandu serta geran tanah.
Perkara itu terkandung dalam Pekeliling Am, Bilangan 3, 2011 dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, 29 September lalu.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pengaduan Awam, 6 April lalu memutuskan ia sebenarnya amalan pentadbiran yang tidak diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang.
Tahun lalu, 2.8 juta laporan polis diterima.
Bagaimanapun, katanya, pekeliling itu tidak menghalang orang awam daripada membuat laporan polis.
sumber : TV3.com.my















0 comments:
Post a Comment