Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

One Off RM500, Rakyat Jangan Serbu LHDN

Thursday, October 13, 2011


Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meminta orang ramai yang layak mendapat bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran.

“Rakyat Malaysia yang layak mendapat bantuan ini tidak perlu mengunjungi kaunter LHDN pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran itu sehinggalah semua urusan pelaksanaan siap dilakukan,” kata LHDN dalam satu kenyataan hari ini.
Pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak, hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan, katanya.
LHDN berkata, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.
Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar, katanya.
Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional.
Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012.
- Bernama

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP