Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Januari 2012
Tuesday, August 9, 2011
Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah untuk sesi Januari 2012 akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2011 nanti.
Kepada guru-guru yang berminat untuk memohon bertukar bagi semua jenis permohonan pertukaran perlu menyemak dan mengemaskini data dalam sistem pangkalan data bermula pada08 hingga 26 Ogos 2011 melalui laman web e-GTukar http://apps.moe.gov.my/epgo/
Guru-guru yang layak memohon melalui sistem online ini ialah gred DGA29, DGA32(KUP Time Based), DG41, DG44(KUP Time Based) dan DG48 (KUP Time Based) sahaja.
Pengetua perlu menyemak dan membuat pengesahan permohonan pertukaran mulai 1 September hingga 28 September 2011. Sekiranya terlupa kata laluan melalui sistem 'on-line' sila datang sendiri ke unit menengah, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk mendapatkan kata laluan.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dicetak sebanyak 3 salinan dan disahkan oleh Pengetua/Guru Besar beserta surat sokongan dan dihantar ke PEJABAT PELAJARAN DAERAH selewat-lewatnya 28 September 2011.
Sekiranya terdapat sebarang pindaan maklumat yang perlu dibuat,
sila berhubung dengan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Pengurusan Sekolah atau Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di semua Pejabat Pelajaran Daerah.
0 comments:
Post a Comment