Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Nilai Pencapaian Bahasa Melayu

Friday, March 18, 2011






Dasar bahasa kebangsaan wajar diberi ruang dalam sektor kerajaan, swasta 

KUALA LUMPUR: Dasar bahasa Melayu wajar diberi ruang dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) di semua peringkat eksekutif sektor swasta dan kerajaan bagi memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum.



Berikutan itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu satu kaedah dirangka bagi menilai tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan sektor berkenaan bagi satu jangka masa yang ditetapkan.


Timbalan Perdana Menteri berkata penilaian itu lebih menjurus kepada tahap penggunaan bahasa itu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status sewajarnya seperti urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan. 

Selain itu, katanya risalah dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat bagi tujuan promosi dan juga publisiti sewajarnya mendahulukan bahasa Melayu. 

“Semua pihak baik di sektor awam dan swasta perlu menyemai keikhlasan dalam membudayakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. 

“Penyelarasan perlu dilakukan di semua peringkat dalam menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu dengan sewajarnya. 


“Bagi saya, bahasa Melayu amat penting dan menjadi benteng bagi memperteguhkan jati diri bangsa,” katanya pada majlis pelancaran Program Pembudayaan Bahasa di sini, semalam. 

Turut hadir, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan timbalannya, Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D Cruz. 

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, bahasa yang berbudaya adalah petunjuk atau penanda aras tingginya tingkat ketamadunan sesuatu bangsa dan sesebuah negara. 

Ungkapan itu katanya, tidak mungkin menjadi kenyataan jika proses pembudayaan atau penyerapan dan pelaksanaan dalam kalangan masyarakat tidak berlaku secara berterusan. 

Sementara itu, Rais berkata bagi menjayakan kempen bahasa kebangsaan itu, pihaknya akan melaksana sebanyak 54 program di seluruh negara yang turut membabitkan masyarakat dan pelajar di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP