Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Guru Rayu Kembalikan Elaun Pertukaran

Tuesday, March 22, 2011






SAYA warga pendidik di Daerah Semporna, Sabah. Saya sudah berkhidmat hampir lapan tahun di sini. Kami mengajar di perantauan dengan penuh komitmen demi mendidik anak bangsa dan membina modal insan gemilang selaras dengan arahan dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Mengajar di perantauan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jika orang lain boleh selalu berulang ke kampung halaman, sedangkan kami hanya berpeluang pulang setahun sekali kerana untuk membeli tiket sendiri harganya tinggi berbanding rakan yang berada di Semenanjung.



Pengorbanan terpaksa berjauhan dengan ibu bapa juga amat dirasai, tambahan sekiranya mereka sakit dan memerlukan rawatan, sedangkan anak yang diharapkan tiada di sisi.Namun, itu lumrah kehidupan yang perlu ditempuhi demi mencari kehidupan masa kini. 

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah kami guru terutama berasal dari Semenanjung dan berkhidmat di Sabah serta Sarawak, begitu juga sebaliknya amat terkilan dengan keputusan Kementerian Pelajaran yang masih tidak menyediakan elaun pertukaran untuk Jun 2011. 

Kami amat berharap kementerian dapat mengkaji semula keputusan itu terutama bagi pertukaran Jun ini yang membabitkan kes-kes tertentu seperti kesihatan dan sebagainya. 

Jika dilihat situasi semasa kita lihat kerajaan mampu berbelanja mengambil dan menghantar pulang pelajar dan warga Malaysia di Mesir yang membabitkan perbelanjaan jutaan ringgit. 

Jika dibandingkan dengan situasi mereka, kami juga dalam keadaan yang memaksa seperti saya yang perlu memohon pertukaran atas sebab rawatan kesihatan anak yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Kami berharap impian Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan perlu direalisasikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Akhir sekali, harapan kami iaitu guru supaya dikembalikan elaun pertukaran. 

GURU SEMPORNA,
Sabah. 


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP