Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Gred Guru Besar, Penolong Kanan Patut Lebih Tinggi

Thursday, March 3, 2011





PENDIDIKAN adalah proses berterusan dan sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan sesuai dengan keperluan semasa. Berjaya atau gagalnya proses akademik di sekolah bergantung kepada kebolehan dan profesionalisme guru besar serta penolong kanan. 

Cadangan Majlis Guru Besar agar gred jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan diletakkan pada gred DG34 /DG36/DG38 seolah-olah usaha menongkah arus. Kita tidak menolak ada kalangan guru besar bukan siswazah juga berjaya mentadbir sekolah dengan cemerlang, namun perkara ini boleh diperhalusi bersandarkan beberapa alasan berikut:



  • Jawatan guru besar wajar disandang guru gred DG44 untuk menggambarkan profesionalisme dan dihormati, bukan ditakuti. Adalah sesuatu yang sinis apabila guru biasa majoritinya mempunyai gred DG41, sedangkan guru besar sekadar DG32/DG34/DG38, akhirnya guru besar selalu terpaksa menunjukkan dialah berkuasa.




  • Pensiswazahan guru besar adalah usaha murni Kementerian Pelajaran untuk mengangkat martabat profesion guru besar tetapi selepas tamat pengajian, mereka berada dalam gred DG41 dan hanya pada tahun keempat, baru layak untuk diserapkan pada gred DG44. 

    Keadaan pelik lagi berlaku kerana pada ketika ini ramai guru biasa sudah pun berada pada gred DG44. 

    Sudah pasti wujudnya jurang dan gaya pemikiran yang berbeza. Memang faktor pengalaman sesuatu yang diperlukan, namun alangkah bijaknya jika faktor ini digandingkan dengan faktor akademik. 



  • Jawatan guru besar wajar menerima elaun khas berpatutan untuk menjadikan jawatan ini lebih dihormati dan diperlukan. Apa pun gred sesuai pastinya mempunyai ijazah. 




  • Adalah pelik apabila guru besar/penolong kanan/penyelia petang mempunyai tahap gred dan akademik lebih rendah daripada guru biasa. 

    Sudah tiba masanya pelantikan jawatan guru besar dan penolong kanan dirombak dengan memberi penekanan kepada tahap akademik dan gred DG44 sesuai dengan tuntutan semasa dan memenuhi keperluan PIPP untuk memartabatkan profesion perguruan. 

    ZAM, 
    Kuching, Sarawak.
     
  • 0 comments:

    Post a Comment

    BERITA HARIAN

    mengintai khabar semasa

    Berita Harian : Agama

    Followers

    Powered By Blogger

    TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

    HALWA TELINGA

    Berita Harian : Nasional

      © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP