Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Remaja Perlu Miliki Ilmu Seks Elak Ditipu

Wednesday, February 2, 2011


BAYI dibuang hampir setiap hari sejak kebelakangan ini dalam pelbagai keadaan menyayat hati. Lahirnya mereka ke dunia bagai kain putih, kembali pun masih dalam keadaan suci sekalipun cara kematian mereka sangat menyayat hati. 

Dalam tempoh 2004 sehingga tahun lalu, 571 kes pembuangan bayi dilaporkan, termasuk 99 kes sepanjang tahun lalu dengan Selangor mencatat jumlah kes tertinggi, iaitu 147 kes diikuti Johor dengan 113 kes.



Pada kelazimannya bila berlaku masalah sosial seperti ini, masyarakat dengan sewenang-wenangnya menghukum tanpa memikirkan kenapa sebilangan besar mereka yang melakukan pembuangan bayi terdiri daripada remaja. Pelbagai pihak memperkatakan mengenai nasib malang bayi, tetapi pernahkah kita terfikir apa yang bakal terjadi kepada si ibu?


Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Adilah Ahmad, berkata isu pembuangan bayi seharusnya dibendung dengan segera kerana ia menunjukkan trend peningkatan yang amat membimbangkan. 

“Ia bukan hanya sekadar menyaran ‘no sex’, pendidikan di sekolah dan rumah perlu diterapkan nilai rohani, hubungan mahupun sokongan kekeluargaan yang kuat diperlukan. Anak perlu dimaklumkan mengenai perubahan yang dialami dan unsur negatif yang perlu dijauhi,” katanya. 

Dr Adila berkata, beberapa risiko bakal dihadapi remaja perempuan yang mengandung pada usia muda, antaranya jika mereka kerap bertukar pasangan dan ini mendedahkan mereka kepada penyakit berjangkit. 

“Antara penyakit berjangkit berkaitan seks seperti, herpes, gonorea, chlamydia, hepatitis B dan C, HIV, HPV dan kanser serviks,” katanya yang mengakui kebanyakan remaja yang mengandung tidak mempunyai pengetahuan mengenai risiko perbuatan mereka dan lebih buruk lagi mereka tidak menyedari perubahan pada diri hinggakan ada yang tidak sedar mereka mengandung. 


Hamil pada usia muda dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi. Tulang pelvis mereka masih belum bersedia sepenuhnya dan ia berkemungkinan menyukarkan kelahiran secara normal. 

“Masalah sampingan pula kekurangan zat atau nutrisi sehingga ia boleh menyebabkan anemia (kekurangan darah). Perubahan hormon juga bakal mengganggu emosi mereka,” katanya. 

Beliau berkata, tersentak dengan kandungan yang makin membesar saban hari, mereka pasti tertekan apatah lagi kebanyakan kes remaja perempuan mengandung tidak mendapat sokongan keluarga, malah lebih malang mereka dibuang keluarga. 

Katanya, mereka tidak mempunyai hala tuju hinggalah usia kandungan kian membesar dan akhirnya terpaksa melahirkan kandungan dan tanpa berfikir panjang membuang bayi yang tidak berdosa itu. 

Sehubungan itu, katanya, kes pembuangan bayi seperti ini membabitkan remaja daripada keluarga kurang berada. 

Itu adalah natijah daripada kurangnya pengetahuan mereka terhadap ilmu seks. Tujuan pendidikan seks didedahkan adalah untuk memberi amaran agar tidak sewenang-wenangnya membenarkan tubuh mereka disentuh lelaki sama ada yang dikenali mahupun tidak. 

Dr Adila berkata, mereka seharusnya diberi sokongan dan bukan dihukum. Setiap manusia melakukan kesalahan. Pada masa sama, sokongan pula bukan bermaksud kita bersetuju apa yang mereka lakukan. 

“Kebanyakan ibu bapa membuang anak selepas mengetahui kesalahan anak mereka mengandung anak luar nikah. Selepas berasa tidak dipedulikan dan tertekan, keadaan itu turut mendorong remaja terbabit melakukan perkara sama, iaitu membuang bayi mereka,” katanya. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP