Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Penggunaan Bahasa Melayu Perlu dipraktik Secara Serius, Optimum

Monday, December 13, 2010




PERSATUAN Linguistik Malaysia (PLM) menyambut baik usaha kerajaan melaksanakan program memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah di seluruh negara seperti dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini. 

Ini selaras hasrat penubuhan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan untuk memastikan taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu terus terpelihara.



Bagaimanapun, PLM berharap bahasa kebangsaan terus dipulihkan juga bagi bidang pengajian di universiti seperti yang pernah terlaksana selama 20 tahun sejak 1983-2003 dulu.


Tanpa mengembalikan peranan itu, bahasa Melayu belum dapat dimartabatkan 
dalam erti kata yang sebenarnya dan seolah-olah menggambarkan bahawa kita tidak yakin atau tidak benar-benar mahu kembali ke pangkal jalan. 

Penggunaan bahasa Melayu dalam sektor berimpak tinggi seperti di institusi pengajian tinggi (IPT) amat perlu bagi memanfaatkan secara optimum akan keupayaan bahasa itu di samping terus membina tamadun ilmu di negara ini. 

Pengukuhan penguasaan bahasa Inggeris juga disokong untuk tujuan khusus dan selagi tidak bertujuan untuk mengambil alih fungsi bahasa Melayu di negara ini. 
Penegasan bahawa bahasa kebangsaan negara ini juga sebenarnya bernilai ekonomi tinggi perlu direalisasikan di semua peringkat kementerian, jabatan khasnya sektor awam agar dapat menjadi teladan bagi sektor swasta. 

KAMAL SHUKRI ABDULLAH SANI, 
Timbalan Presiden PLM.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP