Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Peluang Guru Ijazah Naik Pangkat

Wednesday, December 15, 2010




KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk aduan oleh 'Guru ada cucu, Kuala Lumpur', dalam ruangan ini bertarikh 22 November lalu bertajuk 'Peluang guru ijazah isi jawatan tertutup'. 

Pengisian jawatan kenaikan pangkat hakiki Gred DGA32 dan DGA34 bagi jawatan guru besar, penolong kanan dan penyelia petang di sekolah rendah diperuntukkan bagi pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma (PPPLD).



Bagi mana-mana guru PPPLD yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah kemudian dilantik sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah (PPPS) Gred DG41 dan dikekalkan di sekolah rendah adalah tertakluk laluan kenaikan pangkat PPPS.


Bagaimanapun, Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP) bersetuju mengekalkan jawatan guru besar yang menyambung pengajian ke peringkat ijazah secara pengajian jarak jauh yang kemudiannya dilantik sebagai PPPS Gred DG41 di sekolah rendah. 

Sehubungan itu, laluan kenaikan pangkat diperuntukkan bagi PPPS di sekolah rendah adalah secara khas. 

Guru yang memohon dan memenuhi syarat boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, Kementerian Pelajaran. 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP