Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pembantu Makmal Gred C17 Minta Pembelaan Sewajarnya

Sunday, December 26, 2010

SAYA mewakili Pembantu Makmal Gred C17 yang bertugas di sekolah menengah ingin meluahkan rasa tidak puas kerana terpaksa bertugas dari jam 7.30 pagi hingga 4 petang tanpa rehat. Ini kerana selepas tamat waktu persekolahan jam 2.30 petang, kami masih bertugas membersihkan makmal. 

Hanya selepas jam 3 petang kami berehat dan itu juga waktu makan tengah hari kami sebelum tamat kerja jam 4 petang.

Kami bertugas di makmal yang kebanyakannya terletak di belakang blok sekolah. Kami mendapat arahan dari semua guru yang mengajar mata pelajaran Sains Teras dan Elektif serta Ketua Bidang Sains.

Tidak adil prestasi kami dinilai Ketua Pembantu Tadbir Gred N22 atau Penolong Kanan yang tidak pernah menjenguk kami bekerja dalam persekitaran tidak kondusif selain terdedah kepada bahaya bahan kimia. 

Markah prestasi kami sering rendah berbanding Pembantu Tadbir yang bertugas dalam keadaan selesa, kondusif, ada penghawa dingin dan serba lengkap. 

Lebih wajar jika dinilai Ketua Panitia atau Ketua Bidang Sains yang lebih memahami tugas kami? Pembantu Pengurusan Murid boleh menyuarakan permasalahan kepada Penolong Kanan Pendidikan Khas sedangkan masalah kami tiada siapa mahu mendengarnya. 

Bidang tugas kami berhadapan risiko kerana mengurus selia perkakasan merbahaya dan bahan kimia boleh memudaratkan kesihatan. Malah, kami membayar lebih premium insurans kerana kami berada dalam Kumpulan Sokongan 2. Risiko kami lebih tinggi daripada guru dan pembantu tadbir. 
Mengapa kami tidak dibayar elaun seperti dinikmati pembantu tadbir kewangan, warden asrama dan juruteknik komputer. Oleh itu, perlu difikirkan elaun risiko atau elaun kritikal. 

Jika prestasi kami C17 boleh dinilai Ketua Pembantu Tadbir N22, mengapa jawatan Pembantu Makmal Kanan C22 tidak boleh menilai N17? 

Saya berharap Menteri Pelajaran, Ketua Pengarah Pelajaran, CEUPACS, Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran Daerah memberi perhatian kepada nasib Pembantu Makmal Gred C17. 

PEMBANTU MAKMAL C17, 
Skudai, Johor.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP