Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Pelajar Perlu Bijak Tentu Arah Hidup

Sunday, December 26, 2010

KEPUTUSAN peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diumumkan. Sekali lagi keputusan itu membanggakan semua pihak terutama yang memperoleh A dalam semua mata pelajaran. Apa-apapun perjalanan masih jauh. Masih banyak yang perlu dilalui pelajar sebelum terjun ke alam pekerjaan. Justeru, tanggungjawab membimbing pelajar dalam menentukan masa depan seharusnya menjadi agenda kerajaan. Ia lebih penting kepada guru di sekolah menjadi rujukan utama pelajar dalam proses merangka kerjaya. 

Justeru, mempunyai maklumat lengkap dalam pelbagai bidang kerjaya menjadi kemestian kepada guru dan ia memudahkan guru bertindak sebagai pemudah cara kepada pelajar. Pada saat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan dalam waktu terdekat ini, pastinya guru menjadi rujukan.



Perlu diketahui setiap tahun lebih 450,000 calon menduduki peperiksaan iaitu SPM, PMR atau UPSR. Daripada ketiga-tiga peperiksaan ini, PMR adalah peperiksaan bagi menentukan bentuk aliran diikuti sama ada Sains, Sastera atau Teknikal mengikut kecenderungan masing-masing, SPM pula lebih penting kerana ia menentukan masa depan hampir setengah juta insan terbabit.


Pelajar yang lulus cemerlang dipercayai memberi jaminan kedudukan penerusan akademik lebih sempurna dengan kemudahan kewangan dan biasiswa disediakan. Jika sebaliknya, kumpulan ini akan terumbang ambing mencari hala tuju selepas ini. 

Kepada yang berjaya memperoleh keputusan cemerlang, tahniah dan bersyukurlah. Selain daripada usaha sendiri, pelbagai usaha dan pengorbanan dilakukan pihak lain terutama guru yang sejak dari awal tahun berusaha gigih memastikan kejayaan pelajarnya. Usaha murni ini seharusnya disanjungi pelbagai pihak, khususnya ibu bapa. Sesungguhnya, memikul tanggungjawab sebagai pendidik bukan tugas yang mudah. 

Kepada pelajar yang tidak berjaya mencapai keputusan cemerlang, ingatlah kehidupan harus diteruskan dan jangan berputus asa. Keputusan cemerlang bukanlah pelengkap kehidupan. Ia hanya satu permulaan. Tanggungjawab merangka jalan kehidupan perlu dilakukan oleh semua walau apa keputusan diperoleh. 

Tambahan pula, pelajar ini adalah aset negara pada masa depan. Ini satu fakta yang tidak dapat dinafikan. pelajar inilah yang akan menggalas tanggungjawab bagi meneruskan kesinambungan pemimpin sedia ada untuk memajukan negara pada masa depan. 
Sudah tiba masanya pelajar ini memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul. Dengan rata-rata berusia lingkungan 18 tahun, negara dalam tempoh 10 tahun akan datang bakal dibarisi oleh pelajar yang pada hari ini sedang mencorak hala tuju kehidupan seterusnya. 

PROF MADYA ZAKARIA MOHD YUSOF, 
Pensyarah Jabatan Ukur 
Bahan, Fakulti Alam Bina, UTM, Skudai, Johor
.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP