Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

MQA Perjelas Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Monday, December 6, 2010

MERUJUK surat 'guru komited, Butterworth, Pulau Pinang' pada 20 November lalu. 
Sehubungan itu, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memberi maklum balas terhadap isu status dan nilai sah Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian yang diutarakan. 



MQA sudah mengakreditasi 20 Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang sebahagiannya ditawarkan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Maklumat lanjut layari www.mqa.gov.my./mqr). MQA juga pada peringkat akhir proses penilaian akreditasi untuk semua program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

MQA juga mengambil maklum mengenai kebimbangan yang disuarakan pengadu berkenaan suasana serta pengajaran dan pembelajaran di IPGM yang didakwa berbeza dengan situasi di universiti. 

Proses penilaian akreditasi yang dilaksanakan MQA berpandukan Kod Amalan Akreditasi Program tidak hanya mengkhusus kepada program pengajian di universiti. Malah, ia boleh disesuaikan dalam menilai pelbagai bidang pengendalian program pengajian tinggi termasuk ditawarkan IPGM. 

Untuk penjelasan perkara hubungi Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa, MQA melalui e-mel: akreditasi@mqa.gov.my atau telefon 03-7968 7002/4057. 


ABDUL SAMAN TAIP, 
Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa 
bp Ketua Pegawai Eksekutif MQA.
 


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP