Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki,

Wednesday, December 29, 2010










Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini. Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.



Penjaring :


MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)
INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)

Laporan Perlawanan

Minit ke 1:- Perlawanan sudah bermula.

Minit ke 2:- Serangan pertama dari Indonesia oleh penyerang Arif Suyono dengan pantas khairul fahmi menangkap bola.

Minit ke 6:- offside buat Indonesia, Gonzales yang terlalu gelojoh disitu.

Minit ke 8:- Serangan demi serangan oleh Indonesia, sepakan sudut pertama buat Indonesia.

Minit ke 11:- Sepakan pecuma buat Indonesia, perggh ada orang main laser kat muka khairul fahmi. Mendapat sepakan sudut lagi, buat Indonesia.

Minit ke 15 :- Sepakan sudut buat Malaysia yang pertama.



Minit ke 17:- Penalti buat Indonesia. Yess tak gol!!!! selamat ….cayalah khairul fahmi.

Minit ke 20:- Percubaan yang menarik dari Ashaari, penjaga gol markus pantas menyelamatkan keadaan.

Minit ke 25:- Percubaan dari gonzales hasil dari hantaran bola lambung, tapi tak gol pun.. keke

Mint ke 28:- sekali lagi penjaga gol Malaysia di uji, berjaya diselamatkan dengan mudah.


Minit ke 32:- Percubaan yang menarik dari Safee Ali , walaupun tersasar jauh.

Minit ke 38 :- Fuh terselamat dari serangan Indonesia (cayalah khairul fahmi), sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 40-42:- Serangan demi serangan dari Indonesia, nampaknya mereka memang tertekan untuk mendapatkan gol awal, Arif Suyono membuat serangan yang macam offside, serta gonzales. Fuh bahaya nie!! Malaysia must do something!!

Minit ke 45:- masa tambahan sebanyak 2 minit, asakan demi asakan dari pemain Indonesia menampakkan mereka begitu bersungguh-sungguh dalam perlawanan akhir yang kedua ini. Indonesia hampir-hampir menjaringkan gol, nasib baik diselamatkan oleh pemain pertahanan, keeper khairul fahmi sudah pun keluar, tak sempat nak balik ke position asal dek kerana nak membuat clearance.

Tamat separuh masa pertama!


Memang diakui separuh masa pertama, melihatkan Indonesia begitu garang dalam membuat serangan. Namun pujian buat penjaga gol Malaysia, khairul fahmi yang begitu cemerlang dalam menyelamatkan gawang apabila Indonesia menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke 17, termasuk semua adalah 4 kali saves.

Separuh masa kedua, kemungkinan besar, Indonesia akan menukarkan corak permainan dan Malaysia sudah tentu akan buat strategi tertentu. Apapun kita tengok perlawanan separuh masa kedua nanti, apa yang Raja Gopal akan membuat percaturannya.

Separuh masa kedua! Sudah bermula.

Minit ke 45-51 :- Tiada serangan yang betul-betul mengancam, cuma serangan demi serangan dari Indonesia. Mereka betul-betul bersungguh -sungguh. Pertahanan dari Malaysia masih dalam kawalan yang ketat.

Safee  penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki

Minit ke 53:- Goooool dari Safee ALi… terbaik!! Sepakan yang sangat kencang… kedudukan terkini Malaysia 1- Indonesia 0. Aggregate 4-0.

Mnit ke 62 :- Serangan demi serangan dari Indonesia, tetapi kebal disitu pertahanan, sepakan sudut buat Malaysia. Kelihatan muka raja gopal, happy jer.

Minit ke 72 :- Golll buat Indonesia. Dijaringkan oleh Mohammad Nasuha , kedudukan sekarang ialah Malaysia 1- Indonesia 1. Aggregate 4-1

Minit ke 77:- Amri Yahya dimasukkan.

Minit ke 81:- Cubaan yang menarik, tetapi tak gol lah pulak!! Tandukkan yang kencang oleh syahrul, hasil hantaran yang cantik dari Safee Ali. Sikit jer lagi nak gol.

Minit ke 88:- Golll lagi oleh Indonesia, oleh Muhammad Ridwan. Kedudukan terkini Malaysia 1-Indonesia 2. Aggregate 4-2 .

Minit ke 90:- Sepakan percuma oleh Indonesia. Berjaya diselamatkan oleh penjaga gol khairul fahmi.Sepakan sudut buat Indonesia.

Minit ke 94 :- tamat perlawanan!! Malaysia juara Piala Suzuki 2010!! 

Sumber :http://greenboc.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP