Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Kerajaan Gerakkan Pelaksanaan Program Memperkasakan BM dan BI

Thursday, December 9, 2010

SABAK BERNAM 9 Dis. - Kerajaan kini sedang giat menumpukan usaha untuk menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris di semua peringkat sekolah.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang akan dimansuhkan pada 2012.

Beliau berkata, ia juga bertepatan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu membawa perubahan besar dalam program transformasi kerajaan khususnya dalam bidang pendidikan bagi melahirkan golongan muda yang berilmu.
''Kita juga akan memberikan tumpuan dalam bidang vokasional yang akan dikembangkan pada masa depan.

''Dalam masa yang sama, kita juga akan memberi penekanan terhadap konsep sukan di sekolah-sekolah untuk melahirkan pelajar yang cergas dan pintar menguasai ilmu," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa berucap merasmikan bangunan baru Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sekinchan yang dihadiri kira-kira 3,000 orang di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang juga Ahli Parlimen Sungai Besar, Noriah Kasnon dan Pengarah Pelajaran Selangor, Sulaiman Wak.

Lawatan Muhyiddin hari ini turut melakar sejarah kerana beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri pertama yang datang ke Sekinchan.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut melahirkan rasa bangga kerana Malaysia diiktiraf sebagai antara negara yang terbaik dalam bidang pendidikan.

Bagaimanapun tegas beliau, usaha perlu diteruskan agar prestasi itu dapat ditingkatkan apalagi Malaysia sedang menuju ke arah negara berpendapatan tinggi.
''Pendidikan amat penting kerana ia dapat mengubah nasib seseorang itu dan dapat membantu kita keluar daripada kepompong kemiskinan," katanya.

Muhyiddin turut meluangkan masa kira-kira sejam melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan yang terletak kira-kira 500 meter dari SK Seri Sekinchan.
Semasa perjumpaan dengan pengetua SJKC Yoke Kuan, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memperuntukkan RM1.5 juta untuk mendirikan bangunan tambahan di sekolah itu.

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP