Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Harga RON95, LPG, Gula Pasir Diselaras Hari Ini

Friday, December 3, 2010

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi. 

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.

Kali pertama penyelarasan harga bahan berkenaan dilakukan pada 16 Julai lalu dengan petrol dan diesel diselaraskan lima sen seliter bagi semua sektor, LPG (10 sen sekilogram), gula (25 sen sekilogram), sekali gus membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta dalam Program Rasionalisasi Subsidi kali pertama. 

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. 

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96). 

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram). 
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. 

Katanya langkah itu selaras dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mahu meningkatkan pendapatan negara kasar perkapita kepada RM46,500 (AS$15,000) menjelang 2020. 

Bagi mencapai jumlah itu, Keluaran Dalam Negara Kasar perlu meningkat sekurang-kurangnya enam peratus setahun dan ini akan membolehkan pendapatan negara meningkat menerusi cukai dikutip," katanya. 

Beliau berkata, pengurangan perbelanjaan subsidi itu akan digunakan untuk melaksanakan inisiatif dan program dalam Pelan Program Transformasi Kera- 
jaan (GTP) yang dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat. 

Semua subsidi sebelum ini tidak menepati sasaran kerana ia turut memberi faedah kepada mereka yang tidak layak dan tidak sepatutnya mendapat subsidi. Dengan penyelarasan ini, perbelanjaan yang dapat dijimatkan boleh digunakan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, katanya pada sesi penerangan kepada media mengenai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi itu, di sini, semalam. 

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 



Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP