Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Terap Semangat Aidiladha Dalam kehidupan

Thursday, November 18, 2010

SAMBUTAN Aidiladha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. 

Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah berkaitan semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan mereka dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.


Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan baginda seharusnya dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan belia. Selaku kelompok teras masyarakat, golongan belia mempunyai kekuatan untuk memainkan peranan sebagai agen perubahan yang positif terhadap persekitaran mereka.

Peranan ini boleh dijayakan menerusi proses penghayatan semangat Aidiladha dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh ajaran Islam dalam amalan dan penghayatan diri. 

Kita yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, golongan belia akan mampu mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang sejajar dengan tuntutan syariah. 

Persekitaran yang berteraskan Islam adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik atau Khayra Ummah. 

Bagi tujuan itu, marilah kita memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha ini dalam setiap kehidupan diri kita terlebih dulu selaku individu Muslim. 
Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama dalam kehidupan. Kita juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya. 

Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan integriti dalam setiap pekerjaan. Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia. Kesemua ini akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah SWT, yang disegarkan melalui amalan kerohanian seperti solat sunat, membaca al-Quran serta zikir. 

Semoga Allah merahmati segala urusan kehidupan kita semua dan memberi kekuatan untuk kita terus gigih dan komited di medan dakwah. Bagi jemaah haji kita di Makkah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mendoakan semoga semua memperoleh haji mabrur dan sentiasa berada dalam kesihatan yang terbaik untuk menyempurnakan ibadah terpenting Islam ini. 
DR MUHAMAD RAZAK IDRIS, 
Presiden ABIM.
 

0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP