Voting

Lawatan Jemaah Nazir Persekutuan

Ujian 1

GURU BERTUGAS : 27 Februari - 2 Mac 2012

Subjek Akidah, Akhlak Dalam Silibus Pelajar

Tuesday, November 30, 2010

SAYA menyokong penuh usaha murni kerajaan memperkasakan bahasa serta menyemai sikap pelajar supaya cinta kepada sejarah tanah air. Tanpa perjuangan tokoh sejarah lampau, belum tentu negara kita mengecapi kemerdekaan serta kemajuan seperti hari ini. 

Pada sisi lain pula, bahasa ibunda yang dulunya pernah menjadi lingua franca perlu dipertahankan daripada lenyap dalam arus kemodenan zaman yang begitu mencabar minda remaja dewasa ini.


Namun begitu, semacam ada kekurangan yang menyebabkan timbulnya masalah gejala sosial remaja sejak akhir-akhir ini seperti pembuangan bayi, seakan gambaran zaman jahiliyah 1500 tahun dulu.
Saya melihat gejala sosial ini terjadi akibat lambakan pusat hiburan, penjualan arak yang tidak terkawal, penagihan dadah, pengambilan pil khayal dan banyak lagi aspek lain terus menerus terhidang di depan mata anak muda kita. 

Masih ingat subjek Sejarah di tingkatan lima mengenai catatan sejarah kemenangan Barat ke atas China dalam Perang Candu 1839-1842 yang berlaku disebabkan Barat menggunakan helah menyebarkan candu kepada pembesar serta tentera China. Akhirnya, China kalah dalam peperangan hanya kerana tidak bermaya atas sebab penangan ketagihan dadah. 

Fenomena ini semakin membarah apabila sindiket pengedaran dadah menjadikan negara kita sebagai transit bagi mengumpul serta mengedarkan semula ke seluruh Asia Tenggara. Maka, wujud golongan yang digelar ‘keldai dadah’ yang diperdaya bayaran lumayan. 

Kebanyakan keldai dadah adalah gadis Melayu yang mudah terpedaya. Saya merasakan perlunya satu pendekatan sesuai bagi menangani permasalahan ini termasuk memasukkan subjek akidah dan akhlak dalam semua silibus pengajian. 


Diharapkan pendekatan ini dapat diguna pakai oleh semua institusi pendidikan supaya negara dapat melahirkan belia yang santun budi bicara, tinggi ilmu sejarahnya serta terpuji keperibadiannya. 


MOHD SAIPUDDIN SULIMAN, 
Pengajian Bahasa, Sastera dan Budaya, Universiti 
Kebangsaan Malaysia. 


0 comments:

Post a Comment

BERITA HARIAN

mengintai khabar semasa

Berita Harian : Agama

Followers

Powered By Blogger

TERIMA KASIH MENGINTAI BLOG INI

HALWA TELINGA

Berita Harian : Nasional

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP